Senarai Menteri Malaysia : UK, USA, Jepun, China, India Kalah Dengan Malaysia!

Senarai Menteri Malaysia : UK, USA, Jepun, China, India Kalah Dengan Malaysia!

Pelik! Tidak padan dengan jumlah rakyat Malaysia yang hanya berjumlah 30 juta

menteri malaysia

Nisbah rakyat Malaysia dengan senarai menteri Malaysia jauh meninggalkan negara besar dunia dan negara maju yang lain seperti China, India, Britain, Jepun, Amerika Syarikat USA. (Sumber : mypt3)

Untuk apa? Ada menteri kabinet yang menjadi santapan ketawa rakyat Malaysia. Ada menteri yang rela dijadikan bahan tohmahan dan kemarahan rakyat Malaysia.

Macam-macam perangai yang ada. Tidak padan dengan kemudahan, elaun, matawang malaysia yang Rakyat Malaysia laburkan untuk mereka.

Sepatutnya dalam keadaan hari ini, dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, kos sara hidup yang terus melambung tinggi, satu demi satu masalah yang tidak diselesaikan sehingga ke hari, ditambah dengan kenyataan menteri yang asalkan memberikan kenyataan, saiz senarai menteri Malaysia patut dirombak dan dikurangkan.

Untuk apa dibela dan ditanggung mereka ini?

Saiz dan Senarai Menteri Malaysia VS Impak Kepada Rakyat dan Malaysia?

Rakyat diajak supaya menguruskan kewangan dan kehidupan dnegan betul sedangkan yang di atas tidak menunjukkan contoh yang baik dalam perbelnajaan menguruskan kerajaan termasuk lebih gemar membesarkan saiz menteri kabinet Malaysia

Dengan saiz menteri kabinet Malaysia yang ada sekarang ini, Malaysia sudah pun mengatasi Singapore, Jepun, Korea Selatan? Tidak juga. Jadi apa hasil yang rakyat Malaysia perolehi dengan saiz menteri kabinet Malaysia yang ada sekarang ini?

P/S : Sudah ada JPJ, diwujudkan SPAD? Sudah ada Jabatan Pertanian Malaysia, ada pula FAMA, Peladang? Mengapa perlu begitu banyak agensi di Malaysia?

PP/S : Berdasarkan semakan Berita Semasa negara yang begitu banyak menteri ini kebanyakannya dari Benua Afrika yang terkenal dengan skandal dan penyelewengan