9 Tips Untuk Dapat Harga Tiket Murah Air Asia
Dengan tawaran tiket tambah murah Air Asia, ramai yang mengambil peluang menempah tiket tambang murah AirAsia baru -baru ini.

Mengapakah mesti menempah harga tiket murah Air Asia? Bagaimana caranya?
Jadi untuk tiket air asia murah ini pula adalah lebih berbaloi jika membuat tempahan menerusi point redeem. Contohnya kita akan dapat mata ganjaran (point) terutamanya yang mempunyai Big Shot jika kita selalu melancong.
Apabila mereka mengadakan promosi, AirAsia akan beri e-mel pada semua pemegang Big Shot. Jadi, inilah peluangnya untuk menebus mata. Sama juga seperti menggunakan kad kredit, kad Mesra dan kad-kad lain yang menggunakan sistem ganjaran.
Di situ sudah nampak kelebihan bagi semua pemegang kad yang setia dengan mereka.
Memang tidak dinafikan satu dunia mengetahui AirAsia adalah satu penerbangan tiket tambang murah sama seperti yang sudah dijanjikan dalam tagline AirAsia iaitu ‘Now everyone can fly’.
Sekarang ini pun kita boleh untung dan jimat banyak dengan memilih penerbangan AirAsia. Terdapat juga penerbangan murah lain di Malaysia seperti Firefly dan Malindo Air.
9 Cara Mendapatkan Tambang dan Harga Tiket Murah Air Asia
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan harga tiket murah Air Asia. Berikut di bawah kami kongsikan cara-caranya :
1. Daftarkan diri anda dulu sebagai ahli Air Asia
Ia turut dikenali sebagai AirAsia Loyalty Programme atau Big Shot kerana kelebihanny, anda akan sentiasa dikemaskini daripada aspek maklumat terkini berkenaan promosi-promosi yang dianjurkan.
Untuk mendaftar, di sebelah kanan laman web AirAsia diletakkan borang khas dan anda boleh memilih untuk mendaftar secara ‘sign up now’ atau ‘sign up with Facebook’. Ganjaran mata akan dikumpulkan untuk setiap kali tempahan penerbangan dilakukan sekiranya kita mendaftar sebagai ahli Big Shot.
Ganjaran mata ini apabila sudah cukup nilai mata ganjaran yang diperlukan boleh ditukarkan kepada tiket kapal terbang secara percuma. Selain itu, ganjaran mata akan dimasukkan ke dalam Big Shot jika anda menggunakan Tone Excel yang bernaung di bawah Tune Talk.
2. Sebaik-baiknya tempahan dilakukan pada waktu malam selepas jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.
Waktu ini sangat disarankan kerana tempahan yang dilakukan akan lebih lancar dan mudah kerana waktu ini kebanyakannya sedang tidur. Jika tempahan dilakukan pada pukul 7 pagi dan ke atas, peluangnya agak tipis untuk mendapatkan harga tiket murah Air Asia.
3. Sila pastikan cache dikosongkan
Ia perlu dilakukan selepas kita melayari laman web AirAsia ini sekiranya anda tidak jadi atau tidak sempat untuk membuat sebarang tempahan.
Ini kerana rata-ratanya akan membuatkan harga yang dipaparkan akan lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh cookies yang dipasang di laman web Air Asia.
Tidak salah untuk anda mencuba cara ini dan jika berjaya, tahniah kami ucapkan. Ini kerana sesetengahnya yang sudah berbuat demikian tetapi harga tiket masih lagi mahal.
4. Pelanggan yang setia
Apa anda bergelar pelanggan setia dengan sesuatu syarikat penerbangan pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal di atas kesetiaan yang telah dicurahkan.
Pasti lebih berbaloi jika kesetiaan yang diberikan kepada suatu penerbangan itu mendapat keistimewaan penumpang, mata ganjaran dan lain-lain.
5. Pilih jadual penerbangan hari biasa dan bukan di hujung minggu
Ini kerana kebiasaannya susah untuk mendapatkan tiket tiket murah Air Asia pada hujung minggu. Harganya selalu berbeza dan murah bagi hari biasa terutama hari Selasa, Rabu dan Khamis.
Apabila membuat tempahan anda pasti akan dapat melihat perbezaan harga yang ketara bagi hari biasa dan hari hujung minggu.
6. Anda boleh berkenal-kenalan dengan ejen pelancongan atau kaki travel yang sudah selalu travel dan melancong ke pelbagai tempat
Banyak tips yang boleh dikongsikan oleh mereka dan kebanyakan mereka ini mendapat hak keistimewaan dari AirAsia kerana kesetiaan mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan mereka.
Ejen pelancongan selalunya akan membeli tiket penerbangan secara banyak sekaligus, jadi anda boleh bertanyakan kepada mereka akan harga tiket murah Air Asia.
7. Kami sarankan kepada anda supaya tidak membeli tiket AirAsia di kaunter atau kiosk di pusat membeli-belah
Ini kerana anda tidak akan mendapatkan tiket dengan harga tiket murah Air Asia disebabkan bayaran pemprosesan yang dikenakan.
Harga tiket yang dijual pun dicaj pada kadar harga biasa dan tidak semurah seperti anda menempahnya.
Jadi adalah sangat rugi sekiranya anda membeli tiket penerbangan di kaunter-kaunter sedemikian.
8. Lebih baik sekiranya anda tidak menggunakan kad kredit atau kad debit.
Ini kerana bayaran pemprosesan akan dikenakan oleh AirAsia semasa mahu membuat bayaran sesudah anda selesai memasukkan semua butiran penumpang.
RM8.48 termasuk GST adalah kadar kad caj seperti American Express (AMEX) bagi bayaran pemprosesan tempahan menggunakan direct debit sekiranya tempahan dibuat menggunakan kad debit dan kad debit.
Caj ini dikenakan bagi setiap penumpang. Alasan caj yang mahal ini kerana AiAsia telah banyak melabur untuk meningkatkan taraf perkhidmatan. Manakala hanya RM 4.24 setiap tempahan bagi bayaran menggunakan debit ke akaun bank.
Cara yang paling terbaik adalah menggunakan kad prepaid BIG Prepaid Master Card AirAsia itu sendiri. Duit boleh dimasukkan ke dalam kad tersebut dan tiada caj bayaran pemprosesan akan dikenakan ketika menempah. Di samping itu, mata ganjaran juga turut dimasukkan.
9. Rebut Harga Tiket Murah Air Asia Bukan Mengejar Destinasi
Ini adalah contoh situasi iaitu anda ingin merasai pengalaman di Jepun. Mengapa perlu memilih Okinawa (RM399) berbanding daripada Hokkaido (RM299)? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Jadi, mengapakah anda harus memilih destinasi yang lebih mahal?
Kesimpulannya, adalah sangat mudah untuk mendapatkan tiket tambang murah cumanya anda perlu sentiasa berjaga-jaga dengan apa jua pengumuman dan promosi.
Selalunya golongan kaki travel ini akan sentiasa berjaga-jaga dengan maklumat dan berita terkini akan promosi tambang murah yang diadakan. Sekian itu sahaja perkongsian tips untuk mendapatkan harga tiket murah Air Asia.