Harga Rumah 2018 : Tahun Mencabar Pemain dan Pemaju Hartanah Malaysia


Harga Rumah 2018. Tahun Mencabar Buat Pemain dan Pemaju Hartanah Malaysia

Jikalau tahun ini adalah tahun yang mencabar untuk hartanah di Malaysia, tahun depan pula adalah tahun yang amat berat bagi pemaju dan pemain hartanah. Ia dijangka akan meningkat semula selepas itu.

harga rumah

Ini antara tinjauan dan kajian perunding hartanah yang juga menguruskan kelab pelabur hartanah terbesar di Malaysia “SwhengTee International Real Estate Investors Club”, Dato Sri Gavin Tee.

Jikalau tahun ini adalah tahun yang mencabar untuk hartanah di Malaysia, tahun depan pula adalah tahun yang amat berat bagi pemaju dan pemain hartanah sebelum ia akan meningkat semula selepas itu.

Jikalau rumah mahal, boleh cuba semak senarai projek rumah mampu milik di Malaysia. (Sumber : mypt3)

Ini antara tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh perunding hartanah yang juga menguruskan kelab pelabur hartanah terbesar di Malaysia “SwhengTee International Real Estate Investors Club”, Dato Sri Gavin Tee.

Manakala Property Guru Malaysia menjangkakan yang mana pasaran hartanah di Malaysia akan terus menunjukkan trend menurun pada 6 bulan pertama.

Walaubagaimanapun, pasaran hartanah dijangka akan naik semula pada 6 bulan terakhir. Adakah fantasi atau realiti? sama-sama kita nantikan…

Seperti yang terjadi kepada harga minyak dunia, apabila harga minyak dunia didagangkan pada nilai yang sangat rendah berbanding tempoh-tempoh sebelum ini.

  • Berita baik kepada pengguna
  • Berita buruk kepada pemain industri minyak

Begitu juga dengan pasaran hartanah Malaysia yang sedang merudum sekarang ini. Ini semua berbalik kepada permintaan dan pengeluaran.

  • Berita baik kepada pembeli rumah
  • Berita buruk kepada pemaju dan pemain hartanah

Hasil Kajian Pasaran Hartanah Malaysia dan Harga Rumah 2018?

Anda boleh semak data yang Berita Semasa kongsikan seperti di bawah ini, di mana menunjukkan di sini ia dalam keadaan tidak menentu.

Indeks harga rumah juga terus menurun dari suku ketiga tahun 2013 kepada paras terendah iaitu 5.4 peratus sahaja iaitu pada suku ketiga tahun 2015.

Adakah indeks harga rumah 2018 terus akan menunjukkan trend menurun? Sama-sama kita nantikan…data terbaru kelak.

hartanah malaysia

Dan jikalau anda semak data-data ekonomi ini juga, cakap-cakap mengatakan apabila nilai ringgit Malaysia jatuh, ada impak besar kepada pelabur. Tidak juga sebenarnya.

Ini kerana tidak menunjukkan banyak perubahan pelabur dari luar termasuk dari Singapore melabur hartanah dan rumah di Johor contohnya,

Ini dibuktikan antara 4 negeri. Johor mencatatkan pertumbuhan indeks rumah yang paling rendah, semuanya gara-gara isu “oversupply” dan juga ketidaktentuan pasaran rumah dan hartanah Malaysia, hasil kajian MIDF Research.

Kesan Harga Rumah dan Pasaran Hartanah 2018 Perlahan

Berita Semasa boleh katakan tahun depan, adalah tahun terbaik untuk anda yang tercari-cari rumah yang dirasakan rumah mampu milik untuk anda. Ia boleh diperolehi pada yang harga rumah yang lebih munasabah dan realistik.

Apatah lagi tahun depan bakal menyaksikan lebih banyak unit yang bakal siap.

Jikalau berkesempatan, tinjau-tinjau senarai rumah lelong untuk tahun ini.