Hanya 20 Peratus Harga Rumah RM250K-RM500K. Bukan Salah Kami, BNM. Salah Pemaju.

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Hanya 20 Peratus Harga Rumah RM250K-RM500K. Bukan Salah Kami, BNM. Salah Pemaju.

Jikalau ada yang mengatakan harga rumah tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh pinjaman perumahan yang acapkali ditolak oleh pihak bank.

harga rumah bnm

Nah, ini jawapan pihak Bank Negara. Bank Negara mengatakan yang harga rumah Malaysia sama sekali tidak dibeli oleh rakyat Malaysia disebabkan harga yang dijual melampaui kemampuan pendapatan rakyat Malaysia hari ini.


Hakikatnya hari ini pinjaman perumahan yang telah diberikan selama ini telah pun mencecah 70 peratus. Bank pusat sama sekali tidak akan melongggar syarat dan garis panduan pemberian dan kelulusan pinjaman perumahan bagi mengelakkan masalah pinjamna tidak berbayar terus melonjak tinggi.

Sebaliknya pemaju hartanah yang perlu bertindak dan meningkatkan usaha mereka mengurangkan kos dan juga mempercepatkan bekalan perumahan yang ada di Malaysia.

  1. Rakyat perlu bayar cukai GST yang tinggi setiap bulan
  2. poket rakyat setiap kali hujung bulan terus menipis
  3. harga barang terus meningkat
  4. harga minyak yang tidak menentu
  5. bayar tol lagi

Ditambah pula dengan masalah harga rumah yang tidak munasabah pada hari ini. Bank Negara Malaysia mahu terus menstabilkan semula hutang isi rumah yang tertinggi di ASIA. Masalah di pihak pemaju tidak mahu bekerjasama.

BNM Kata Harga Rumah Yang Dilancarkan, Rakyat Tidak Mampu Beli

  • Berdasarkan rekod, untuk suku pertama tahun 2017 ini hanya 20 peratus sahaja projek rumah baru yang dilancarkan pada harga antara RM250,000 dan ke bawah.
  • Berbanding 33 peratus pada tahun antara 2010 hingga 2014
  • Hakikatnya sebahagian besar harga rumah di Malaysia dijual hari ini adalah antara RM250 ribu hingga RM500 ribu.

Jikalau anda lihat sendiri data yang yang dikumpulkan di bawah ini (merujuk kepada 5 gambar di bawah), purata harga rumah maksimum yang boleh dibeli olah warga Kuala Lumpur adalah sekitar RM385,000 sahaja.

Tetapi masalahnya di sini, purata pendapatan warga Kuala Lumpur yang dikatakan sekitar RM7620 sebulan terpaksa berhadapan dengan situasi purata harga rumah yang dijual adalah RM490,000.

Share.

1 Comment

  1. Dr.Nefario on

    pemaju tau kalau dia buat rumah mahal masih ada demand dari pembeli, pemaju sekarang jenis yg tamak haloba nak kaya cepat sebab tu buat rumah mahal saja, rumah murah harap pada kerajaan untuk buat. kerajaan pulak lemah dalam laksana undang2 utntuk galak pemaju buat rumah sedeherhana dan murah. mangsanya rakyat. hidup dalam sistem kapitalis yg di perjuangkan UMNO dan Baziran Nasional.

Leave A Reply