Sejarah Harga Minyak Masak Naik. Terkini, Hapus Subsidi Malaysia oleh KPDNKK

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kemaskini berita pada Disember 8th, 2017 pada 10:38 am


Sejarah Harga Minyak Masak Naik. Terkini, Hapus Subsidi Malaysia oleh KPDNKK

Nampknya satu demi satu subsidi di Malaysia tidak dapat dinikmati rakyat Malaysia hari ini.

harga minyak masak

Terkini, subsidi minyak masak di Malaysia yang telah dinikmati selama ini telah pun ditarik daripada anda. Yang tinggal hanya subsidi minyak masak untuk 1kg sahaja. Erm….Apalah nak jadi dengan negara Malaysia hari ini. Bagilah apa istilah sekalipun, penstrukturan semula, penstabilan harga, pelasaran harga.

Hakikatnya harga minyak masak naik setelah subsidi minyak masak telah dihapuskan atas nama kesalahan itu diletakkan kepada kalangan yang menyeludup minyak masak bersubsidi selama ini.

Penguatkuasaan yang lemah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK, akhirnya beban diletakkan kepada rakyat marhaen.

Dengan pengumuman kenaikan harga minyak masak naik sepertimana diumumkan oleh KPDNKK ini bukan sahaja berikan kesan kepada golongan kaya, golongan pertengahan iaitu penjawat awam dan kakitangan kerajaan termasuk golongan miskin termasuk orang FELDA, orang asli, rakyat Sabah Sarawak yang tinggal di pedalaman.

Semakan Harga Minyak Masak Naik Yang Terkini

Butirannya boleh anda semak pada angka yang dikongsikan pada jadual di bawah

Bulan 1kg 2kg 3kg 5kg Paket Plastik
April 2017 RM3.70 RM7.40 RM11.10 RM18.50 RM2.50
Januari 2017 RM3.70 RM7.40 RM11.10 RM18.50 RM2.50
Disember 2016 RM3.70 RM7.40 RM11.10 RM18.50 RM2.50
November 2016 RM3.70 RM7.40 RM11.10 RM18.50 RM2.50
Oktober 2016 RM3.60 RM7.20 RM10.35 RM14.70 RM2.50

P/S : Pelik, kita adalah antara pengeluar minyak sawit yang terbesar di dunia selepas Indonesia tetapi rakyat Malaysia menjadi hamba kepada kenaikan harga minyak masak naik?

PP/S : Kepada menteri Malaysia, jangan buat lawak dan jangan memperbodohkan rakyat dengan berlagak menjadi hero dnegan mengarahkan peniaga jangan naik harga. Kamu hapus subsidi, kemudian menghalang peniaga naik harga? Apa peniaga bukan rakyat Malaysia juga?

PPP/S : Di bawah ini juga dikongsikan jadual yang lebig lengkap yang memaparkan harga minyak masak baru jenama seperti Saji, Red Engle, Vesawit, Seri Murni, Neptune, Knife Blended Cooking Oil, Buruh, Alif vegetable, Avena.

 

 



Share.

Leave A Reply