Kenaikan Harga Makanan Malaysia Naik vs Harga Dunia Turun? Dr Muhammed Abdul Khalid Pelik!
Sekarang ini boleh dikatakan inflasi di Malaysia berada di paras yang rendah. Ramai yang sudah cari formula cara nak kaya cepat dan mudah untuk berhadapan dengan masalah inflasi sekarang.Siapa yang kata?
Dr Muhammed Abdul Khalid dari Khazanah Research Institute KRI yang kata. Tetapi angka ini ada bersebab. Inflasi Malaysia berada pada angka yang rendah ada disebabkan permintaan yang lemah dan kos pengangkutan di Malaysia yang menunjukkan kos menurun.
Ini adalah disebabkan yang kita sudah sedia maklum di mana sekarang ini harga minyak dunia masih lagi berada di paras yang rendah sekaligus mempengaruhi tawaran harga minyak terkini di Malaysia.
Tetapi…
Tetapi jikalau kita buang kategori pengangkutan dalam mengunjurkan inflasi di Malaysia sebenarnya inflasi negara Malaysia adalah di paras yang tinggi iaitu 4.6 peratus.
Pada Mac 2016 telah pun dicatatkan inflasi di Malaysia paling tinggi sejak tahun 2009. Jadi apa yang menyebabkan kenaikan inflasi Malaysia? Sebenarnya sekarang ini kenaikan harga makanan Malaysia naik adalah penumbang terbesar kepada lonjakan inflasi.
Apa mesej yang ingin disampaikan di sini? Ini menunjukkan inflasi harga makanan di Malaysia sangat-sangat tinggi lonjakkannya.
Untuk kategori makanan terbahagi kepada tiga. Iaitu daging, ikan dan hidupan laut dan juga produk tenusu. Untuk harga produk tenusu Dr Muhammed Abdul Khalid sendiri pelik dan hairan. Mengapa?
Ini kerana kajian dan semakan harga makanan di dunia bagi produk tenusu menunjukkan trend menurun sekarang ini bagi 3 tahun terakhir. Faktanya, Malaysia import hampir 90 peratus produk tenusu. Tetapi realitinya di Malaysia produk tenusu terus melonjak naik dari masa ke semasa. Pelik bukan?
Trend Harga Makanan Dunia (Produk Tenusu)
Kata Dr Muhammed Abdul Khalid, mungkin ada yang mengatakan lonjakan ini adalah disebabkan harga makanan termasuk harga produk tenusu di Australia dan New Zealand yang meningkat. Jawapan Dr Muhammed Abdul Khalid, tidak sama sekali. Harga di Australia dan New Zealand juga menurun pada ketika ini.
P/S : Faktanya 9 daripada 10 perbelanjaan rakyat Malaysia adalah untuk makanan berbanding produk dan barangan lain. Ini memberikan kesan besar kepada perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia melihatkan kenaikan harga makanan naik di Malaysia. Apa respon anda pula?