Harga Lembu Korban di Malaysia Naik 60 peratus. Cecah RM4,000 Seekor? Punca?

Harga Lembu Korban di Malaysia Naik 60 peratus. Cecah RM4,000 Seekor? Punca?

Dah elok-elok ada projek lembu berskala mega untuk menampung permintaan tinggi rakyat diberikan pula projek bernilai RM250 juta tersebut kepada kalangan tiada pengalaman langsung, tidak mampu menyelaseikan projek dengan jaya yang akhirnya dilihat gagal.

lembu korban

Itu sebablah jangan salahkan rakyat Malaysia adalah pembunuh dan perosak nombor satu negara Malaysia.

Masalah yang Berita Semasa perhatikan yang membuatkan harga lembu korban di Malaysia hari ini adalah berpunca daripada masalah penternak yang tidak mampu menampung kenaikan harga makanan lembu yang semakin mahal dan melonjak tinggi.

Harga Lembu Korban di Malaysia : Kos Ternak Naik?

  1. Dedak penggemuk 50 kg + dedak zat 50g
  2. Ianya dijual pada harga RM90 untuk 100 kg
  3. Untuk penggemukkan seekor lembu contohnya perlu makan 20% daripada berat badannya
  4. Jikalau berat 150kg, makan perlu makan 30kg sehari
  5. Jikalau purata 30kg sehari untuk diberikan makan untuk lembu, sehari sudah RM30
  6. Untuk korban lembu perlukan mencapai umur lembu sehingga 2 tahun
    Jadi berapa besar agaknya kos kasar yang diperlukan untuk membesarkan lembu selama tempoh 2 tahun?
  7. Lebih-lebih lagi hari ini padang ragut pun sudah semakin kurang hari ini

Dan Berita Semasa tidak terkejut jikalau beberapa tahun lagi harga lembu korban di Malaysia akan mencecah RM5,000 seekor. Mampu?

Berita kejatuhan nilai ringgit Malaysia hari ini memberikan satu berita buruk kepada rakyat Malaysia. Apatah lagi menjelang ibadah korban pada hari Khamis ini sempena Hari Raya Aidiladha.

Ini kata penternak lembu :

  • Harga lembu import dari Thailand 2014 : RM2,500 seekor
  • Harga lembu import dari Thailand 2015 : RM4,000 seekor

Berapa banyak kenaikan itu? Hakikatnya setiap tahun kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan duit daripada kantung kerajaan sejumlah Rm1.4 bilion untuk import 700,000 ekor lembu. Persoalannya sampai bila?