Harga Kereta Turun di Malaysia 30 Peratus Dalam Tempoh 5 Tahun Menjelang PRU ke 14 (2018). Nantikan!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Harga Kereta Turun di Malaysia 30 Peratus Dalam Tempoh 5 Tahun Menjelang PRU ke 14 (2018). Nantikan!

Jikalau sebelum Pilihanraya Umum ke 13 terdapat perlumbaan manifesto pilihanraya antara Barisan Nasional VS Pakatan di mana BN merancang untuk menurunkan harga kereta 20 peratus-30 peratus untuk tempoh 5 tahun sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 14 (2018).

Harga Kereta turun

Manakala Pakatan dengan janji untuk turun harga kereta sebanyak 20 peratus setiap tahun untuk tempoh 5 tahun. Akhirnya, BN terus berjaya mengekalkan kuasa dan baru-baru ini mereka mengumumkan dasar dan mekanisme untuk harga kereta turun 20 peratus – 30 peratus seperti yang dijanjikan dalam NAP yang lalu.

Di Malaysia hanya ada 2 sebab dan faktor yang menyebabkan harga kereta di Malaysia melonjak tinggi berbanding harga kereta di negara-negara lain. Pertama….

  1. Duit eksais kereta Malaysia antara 40 peratus -105 peratus
  2. Kelulusan permit import AP yang membawa masuk kereta pasang siap (CBU) ke Malaysia ke “kelompok istimewa”

Sebenarnya jika kedua-dua elemen ini berjaya dikurangkan, Insyaallah harga kereta boleh diturunkan dengan ketara tanpa perlu berlengah terlalu lama.

turun harga kereta

Cara Buat Harga Kereta Turun 2014 – 2018

  1. Harga kereta trun bagi kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018
  2. Menyediakan insentif untuk terus menggalakkan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini.
  3. Pengeluar bahagian kenderaan dari Malaysia dan negara ASEAN dibenarkan memohon rebat cukai, sekali gus membantu mengurangkan harga jualan.

Harga Kereta

Bagi pendapat Berita Semasa harga kereta turun berperingkat ada bagusnya tetapi keburukannya ramai orang akan menanggguhkan pembelian. Contohnya apabila masuk bulan 8, 2015, jualan kereta akan jatuh merudum sebab orang akan menunggu tahun 2016 kerana Januari 2017 kereta akan lebih murah (contohnya 5 peratus).

Jikalau kereta Exora misalnya, 5 peratus adalah bersamaan dengan RM3900 (untuk model RM78,000). Pun gitu, Proton memang biasanya akan bagi diskaun RM3,000-RM4,000 pada awal tahun untuk habiskan stok.

Jadi kemungkinan akan berlaku penurunan tax dan tambah diskaun daripada Proton. Jadi jika begitu keadaannya, jualan Proton akan jatuh pada hujung tahun sebab lebih baik tunggu awal tahun seterusnya untuk beli kereta. Kereta terpakai juga tidak akan ambil kereta apabila masuk 3rd Quarter melainkan dengan diskaun yang lebih besar. Pelanggan kereta terpakai akan tunggu sebab apabila harga kereta baru turun, kereta 2nd hand juga akan turun.

Kejadian sama akan berulang pada 2016 dan 2017 dan 2018 hingga tiada lagi penurunan.

Berita Semasa lebih suka cara Singapore dalam mekanisme harga kereta turun dengan cara turunkan cukai sekaligus (walaupun dengan penurunan cukai kereta Singapore, ia masih  tetap paling mahal di dunia).

Walaupun ianya akan mengakibatkan pasaran havoc dan kesan buruk pada pengusaha 2nd hand tetapi ianya bersifat sementara paling lama dalam 1 tahun. Bagi pelanggan yang telah beli sebelum ini, pastinya 2nd hand value jatuh mendadak tetapi selepas itu mereka akan dapat beli kereta baru pada harga yang lebih berpatutan.

Senarai Harga Kereta Turun Tahun 2013?

Senarai Harga Kereta

Erm….melihatkan perbandingan senarai harga kereta turun seperti di atas ini membuat Berita Semasa geleng kepala. Ada sesiapa yang kerja MITI di sini?

  1. Honda Jazz 89K tu adalah Honda Jazz full specs VS¬†Honda Jazz baru itu adalah Honda Jazz tin milo kosong tiada apa-apa. Adakah sesuai dimasukkan dalam senarai harag kereta turun? Seterusnya…
  2. Terdapat perbezaan ketara antara kereta CKD dan CBU. Adakah ini dkirakan sebagai harga kereta turun?
  3. Adakah yang menyediakan senarai ini tidak hidup “in the real world”? Sentra yang ada di Malaysia

Apa pandangan anda dengan Dasar Automatif Negara melibatkan harga kereta turun di Malaysia yang telah dibentangkan baru-baru ini?



Share.

22 Comments

  1. Aku dah x caya dah pada KERAjaan BN nih…dekat nk PRU baru nk turun rege kete…minyak pun mungkin turun tu…bila dah menang lepas PRU macam2 mak nenek akan naik balik sebab nk cover yang dh turun tu

  2. Berbangga jd rkyat Malaysia,siapa ada kereta baru dia org kaya la,masakan tidak harga kereta di Malaysia antara yg termahal di dunia.

  3. Kenyataan dari sorang menteri mulut longkang. Penipu brsar. Dulu masa mula2 pegang jawatan mntri pmbngunan usahawan bersama derih jusoh dr.teganung darul runtuh, dah brapa ramai rakyat kena tipu dgn.program pinjaman SEFF. Duit!peserta yg nk mohon pinjaman habis untuk bayaran proses, kertaskerja,tp habuk pun tadak. Bank dn CGC lepas tangan.

  4. Tuan Tanah on

    xpayah la nak ckp 2018 baru turun harga..smua org tau tu taktik nak pancing undi utk PRU..kenapa 2018 baru bleh turun harga keta..kenapa bukan sekarang..JGN PERCAYA PADA MENTERI2 BN….DR ATAS TIPU MEMBAWA SAMPAI KE BWH…TLG LA TGK KEADAAN RAKYAT NI…kami sengsara hidup dgn kenaikan dr semua aspek….

  5. kepada mereka yang mengundi bn dapat tak harga istimewa kereta.
    padan muka kamu puiii

  6. Macam mana sudah rakyat mahu percaya sedangkan manusia yang bernama biawak cakap harga kangkun sudah turun tapi bila rakyat cepat-cepat pergi pasar bawa bakul besar nak beli sayur kangkung banyak-banyak buat lauk tau-tau bukan pula turun naik lagi RM1.00. Apa macam bah ini. Cakap satu macam tidak serupa bikin.

  7. Taktik yg dah berkali2 guna. harga kereta turun?? munkin xpi aku rasa x lah murah jugak.. depa naikkan insuran .. roadtax ..ke hapa mende yg berkaitan kenderaan.. last2 harga lebih kurang jugak. 2 x 5

  8. Kereta wira saya tahun 2003 masih ok lagi, boleh bertahan sampai 2018 baru nak beli kereta baru. Sekarang kena ikat perut sebab harga barang makin MAHAL….
    Nanti beli kereta kena GST tak? Kalau harga kereta RM50,000, GST 6% = RM3000. Haaaa… mampus la kalau gaji pun masih sama…

  9. Karthigesu Karthik on

    This is first and last pm from umno….. after this no more cheating the people’s in Malaysia. All now no more believe to bn. Now bn proof the symbols is barang naik…….

  10. ORG BODOH MCM PEMBANGKANG JER NK TURUNKAN HARGA KERETA… ORG PANDAI MCM AKU NK HARGA KERETA TINGGI CKET TP ROAD TAX INSURANS RENDAH . BARU TIAP2 TAHUN BOLEH BWK KERETA. KALO ROAD TAX INSURANS TK DPT BAYAR JANGAN HARAP KERETA DAPAT JALAN…

  11. razlanmohd on

    Kau memang pandai…dia org bangang..sekolah masih bodoh lagi. Tak tahu apa makna pemilikan sebuah kereta

  12. Kalu budget boleh beli keta Wira, belilah yg bawah Wira cthnya kancil ke.. simpan duit baki tu… ni naik gaji je tukar keta baru, gaji sejuta pun tak cukup kalu camtu…pastu bising tak cukup duit. Dah terbeli Wira tu jaga elok2 tak payah tukar keta lagi… duit lebih nak beli keta baru tu simpan atau guna waktu kecemasan.. tu pun nak kena ajar…

  13. Yg bodoh tu korang lar… pandai ckp org lain bodoh.. awak tu yang tolol, bahlol, samdol, badigol…

  14. Ko tu yang bangang ckp org bangang plak… otak kat buntut… pikir sebelum cakap lar bongok!

Leave A Reply