Sejarah Kenaikan Harga Gula Naik Kepada RM2.94 Hari Ini! (Subsidi Rakyat dan senarai bantuan kerajaan terkini 2021 Dipotong)
Akhirnya kerisauan seorang menteri Malaysia terhadap lonjakan pesakit diabates di Malaysia bagi membolehkan kenaikan harga gula naik telah pun “dihalalkan & diluluskan”.
Tidak cukup dengan itu dengan bahang kejatuhan nilai ringgit Malaysia yang merudum ini menambahkan lagi tekanan kepada pengeluar gula yang mana akhirnya pengguna-pengguna dan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa.
Bermula hari ini harga gula akan naik melonjak kepada RM2.95 sen sekilo apabila subsidi untuk rakyat Malaysia telah dipotong sejumlah 11 sen dan semua rakyat Malaysia sama-sama akan merasainya bahangnya….
Sejarah Kenaikan Harga Gula Naik Sejak 2010 Hingga 2017
[table sort=”desc,asc”]
Tarikh Kenaikan,Kadar terkini (sekilo),Jumlah kenaikan
1 Januari 2010,RM1.65,naik 20 sen
16 Julai 2010,RM1.85,naik 20 sen
4 Disember 2010,RM2.05,naik 20 sen
10 Mei 2011,RM2.30,naik 25 sen
1 Oktober 2012,RM2.50,naik 20 sen
10 Oktober 2013,RM2.84,naik 34 sen
1 Mac 2017,RM2.95,naik 11 sen
[/table]
Faktor Kenaikan :
- Kerajaan begitu risaukan kesihatan rakyat Malaysia termasuk anda semua di sini yang bakal terdedah dengan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong
- Kerajaan semakin bimbang dengan fakta dan bilangan pesakit diabetes di Malaysia (2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes).
- Penyelesaian yang dilihat berkesan oleh kerajaan adalah potong subsidi rakyat Malaysia sekaligus membolehkan harga gula naik selepas ini
- Kejatuhan nilai ringgit Malaysia yang merudun jatuh menjadikan kos bagi pengeluaran gula semakin melonjak
Apa respon anda pula mengenai berita kenaikan harga gula naik ini menambahkan lagi kesan rantaian kos makanan di Malaysia hari ini?