Berapa Harga Getah Malaysia Sekilo Hari Ini dan esok
Harga getah akan terus meningkat naik dalam tempoh dua tahun akan datang.

Jangkaan ini diumumkan oleh pemilik ladang getah terbesar dunia yang berpangkalan di Singapura iaitu Halcyon Agri Corporation Ltd.
Ini sekaligus memberikan berita gembira untuk trend harga getah Malaysia.
Susulan itu, untuk mengembangkan perniagaan terasnya, peluang pengambilalihan untuk syarikat perladangan berkaitan sedang diintai oleh syarikat berkenaan.
Pegawai Eksekutifnya, Robert Meyer menerusi temu bual melalui telefon di Singapura berkata dalam tempoh dua tahun akan datang, harga getah dijangkakan mampu kembali kepada AS$2.50 (RM 10.17) 1KG. Ia adalah lebih tinggi berbanding bawah paras AS$1.50 (RM 6.10) ketika ini.
Halcyon bercadang untuk melabur dan mengembangkan bekalan getah kepada pengeluar produk seperti sarung tangan, kondom dan tayar dan pendapatan dalam tempoh 18 bulan akan datang akan dapat digandakan.
Meyer berkata sambil merujuk kepada harga getah,”Saya tidak melihat mengapa harga 10 tahun akan datang lebih murah berbanding harga purata 10 tahun sebelum ini.”
“Pemulihan sedang berlaku. Sama ada peladang kecil tidak berminat ataupun sama ada ahli politik campur tangan melalui kawalan eksport sekali lagi atau sama ada peserta pasaran getah dan pedagang yang menyaksikan asasnya dan mula membeli – terdapat banyak kemungkinan perkara berlaku.”
1.1 juta tan getah tahun ini disasarkan terjual oleh syarikat itu dan kepada hampir sekali ganda jualan kepada dua juta jualan menjelang 2020.
Kata Meyer, getah adalah sumber yang tidak boleh diganti ataupun ‘non-substitutable’. Ia mendapat manfaat daripada kelemahan harga komoditi itu diambil oleh Halcyon untuk membeli aset dan mengukuhkan persaingan.
Menurut data Bloomberg menunjukkan pada 30 September, Halcyon memiliki hutang sebanyak AS$737 juta.
Semak Harga getah Malaysia Hari ini
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh lihat dan semak sendiri trend harga getah Malaysia seperti yang diumumkan oleh Lembaga getah Malaysia.
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Pasaran Harga di Malaysia,KLIK SINI
[/table]