Unifi Fibre Home 2023: Wifi Plan & TM Customer Service

Daftar Unifi Fibre Home 2023 paling murah (termurah): Pilih wifi plan & Cara contact hotline TM Customer Service number

daftar tm unifi fibre home wifi plan 2023

Masyarakat pada hari ini bergerak kearah gaya hidup digital yang bermaksud penggunaan internet yang berleluasa dalam kalangan masyarakat tidak lagi merupakan kehendak tetapi ianya sudah pun menjadi keperluan.

Dengan adanya internet, ianya boleh menghubungkan seseorang individu dengan individu yang lain merentasi sempadan, hatta di mana sahaja keberadaan seseorang di dalam dunia ini. 

Terdapat beberapa produk internet yang menjadi pilihan masyarakat ini Malaysia, antaranya ialah Unifi Fiber dan Streamyx. Ia merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan kabel fiber optik sebagai medium utamanya.

Perkhidmatan ini diperkenalkan oleh TM Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan yang lebih cepat dan pantas berbanding kebanyakkan medium penghantaraan lain dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, ramai pengguna memilih Unifi Fiber sebagai produk internet mereka untuk memudahkan urusan harian mereka.

Daftar Unifi Fibre Home Plan

Unifi Home Fibre Plan telah memperkenalkan beberapa pakej yang boleh dilanggan dengan harga yang berpatutan yang bermula dengan harga RM89 sehingga RM349 sebulan dan mengikut kesesuaian pengguna.

Antara pakej unifi fibre plan yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  1. 30 Mbps (Unlimited data)
  2. 100 Mbps (Unlimited data)
  3. 300 Mbps (Broadband only)
  4. 500 Mbps (Broadband only)
  5. 800 Mbps (Broadband only)
  6. 300 Mbps + Unifi Plus Box
  7. 500 Mbps + Unifi Plus Box & Mesh Wi-Fi
  8. 800 Mbps + Unifi Plus Box & Mesh Wi-Fi
unifi fibre plan

Unifi Home Fibre Plan ini memberi banyak manfaat kepada pengguna kerana kelajuan penghantaran data dari satu kawasan ke satu kawasan.

4 Tips Untuk Unifi Wifi Bertambah Laju

Sejak pandemik melanda dunia pada tahun 2020, Kerajaan mula memperkenalkan inisiatif baru dengan menggalakkan pekerja bekerja dari rumah.

Oleh itu, penggunaan internet di rumah kini menjadi keperluan dan sangat penting. Untuk memastikan internet bergerak dengan laju, beberapa ciri perlu dititikberatkan oleh pengguna unifi wifi plan.

1. Pasang Unifi Mesh Router

Pertama, pengguna boleh memasang Mesh WiFi (seperti pada Rajah di bawah ini untuk meningkatkan kelajuan internet. Dengan memasang Mesh Wi-Fi ini, rangkaian internet di rumah pengguna akan diperluaskan yang dapat mencapai setiap sudut sesebuah rumah.

Sambungan rangkaian internet menggunakan Mesh Wi-Fi tidak akan putus dan menyokong sambungan peranti yang pelbagai.

Oleh sebab itu, Mesh Wi-Fi ini penting bagi pengguna yang inginkan rangkaian internet yang stabil dan laju.

router unifi wifi

2. Kedudukan Router Unifi

Langkah kedua untuk memastikan unifi wifi dirumah pengguna bertambah laju adalah dengan memastikan kedudukan router yang berada di tempat yang betul.

Kedudukan yang betul membolehkan rangkaian internet bergerak dengan pantas tanpa sebarang gangguan.

Router mestilah ditempatkan di kawasan yang terbuka, elak letak di kawasan yang terdapat halangan fizikal seperti dinding tebal dan elak router di kawasan yang panas kerana haba boleh mempengaruhi keadaan router tersebut.

3. Reboot Modem atau Unifi Router Wifi

Tips ketiga ialah pengguna hendaklah sentiasa refresh internet connection unifi mereka apabila berlaku gangguan rangkaian internet atau rangkaian internet bergerak dengan lambat.

Refresh internet connection unifi boleh dibuat melalui dua (2) cara iaitu dengan reboot modem atau router Unifi.

Cara ini penting bagi memastikan jaringan WiFi di rumah pengguna kembali laju.

4. Sambungan Wifi Unifi

Keempat, pemilihan jenis penyambungan WiFi di rumah pengguna memainkan peranan yang penting.

Terdapat dua (2) jenis penyambungan WiFi iaitu penyambungan berwayar (Wired) dan penyambungan tidak berwayar (WiFi).

Pengguna perlu mengenal pasti penyambungan yang mana sesuai untuk digunakan di rumah mereka bagi mendapatkan rangkaian internet yang stabil dan laju.

4 Jenama Router Terbaik Bawah Harga RM1000 Ganti Unifi Router

Pemilihan jenama router juga memainkan peranan penting untuk memastikan kelajuan internet yang fleksibel.

Antara jenama router yang terbaik berharga bawah RM1000 bagi menggantikan unifi router adalah;

  1. TP-Link WiFi6 AX1500 Archer AX10 Gigabit Wireless Router 
  2. Asus TUF-AX3000 TUF Gaming WiFi 6 AX3000 Router
  3. Huawei WiFi AX3 Dual-Core AX3000 (WS7100 V2) WiFi 6+ Plus AX Router
  4. Mercusys (By TP-Link) MR70X AX1800 WiFi 6 Gigabit Wireless Router

Unifi Fibre Home Coverage

Sebelum mengambil keputusan untuk membuat langganan Unifi di rumah, pengguna perlu memeriksa coverage unifi kediaman atau kawasan perumahan mereka terlebih dahulu bagi memastikan semuanya baik.

Berikut merupakan cara untuk memeriksa coverage unifi, iaitu;

  • Pengguna perlu melayari laman sesawang unifi coverage https://unifi.com.my seperti pada Rajah di bawah ini.
unifi fibre coverage
  • Masukkan alamat pengguna pada bahagian “Address” dan klik pada butang “Check Now” untuk mengetahui kawasan anda merupakan kawasan yang mempunyai coverage yang baik atau tidak.
  • Kemudian, peta akan mengakses alamat pengguna dan menyatakan kawasan anda sama ada baik atau tidak. Jika baik seperti pada Rajah di bawah ini, anda bolehlah klik pada butang “Subscribe Now” untuk melanggan Unifi Fiber untuk rumah anda.
unifi home plan

Kelebihan Home Fibre Unifi vs Maxis Fibre vs Time

Ketiga-tiga produk internet ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Terdapat tiga (3) faktor yang membezakan antara Unifi Home Fibre, Maxis Fibre dan Time Fibre iaitu faktor harga, coverage dan kelajuan. 

Unifi Home Fibre dan Maxis Fibre tentu sekali menjadi permintaan ramai disebabkan oleh kelebihan-kelebihan yang terdapat pada kedua-duanya. Kami boleh katakan di sini unifi home fibre termurah. Ini kerana kerajaan baru sahaja umum pakej mampu milik home fibre paling murah melibatkan unifi.

Walaubagaimanapun, Time Fibre juga tidak terkebelakang dari segi permintaan pengguna.

Unifi Home Fibre dan Maxis Fibre menjadi permintaan ramai disebabkan oleh coverage yang meluas ke seluruh tempat di bandar mahupun luar bandar.

  • Time Fibre punya menjadi langganan ramai disebabkan oleh coveragenya yang luas kepada penduduk kondominium dan apartmen.
  • Time Fibre mempunyai coverage yang baik di tempat-tempat yang tinggi.

Dari segi harga, ketiga-tiga produk internet ini menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik mengikut pelan yang dipilih.

Hal ini membolehkan pengguna memilih mana-mana sahaja yang menjadi keinginan pengguna mengikut keperluan mereka.

Akhir sekali, Unifi Home Fibre menawarkan rangkaian internet yang sangat laju berbanding Maxis Fibre dan Time Fibre.

Kelajuan untuk memuat turun adalah antara lingkungan 300 Mbps dan kelajuan memuat naik adalah 50 Mbps.

Kelajuan ini memainkan peranan penting untuk memudahkan urusan harian pengguna. Semakin laju rangkaian internet, semakin ianya menjadi permintaan ramai.

KATEGORISIAPA MENANG
Unifi vs timeUNIFI
Unifi vs maxis fibre 2022UNIFI
Maxis fibre vs unifi vs time fibreUNIFI

YouTube video

Contact TM Unifi Number Jika Ada Problem

contact unifi number

Jika berlaku sebarang masalah pada Unifi anda, anda boleh melayari laman sesawang unifi customer service , https://home.unifi.com.my seperti pada Rajah di atas ini untuk menghubungi pegawai Unifi berdasar tm number yang telah dikongsikan.

Anda boleh menghubungi tm customer service tm unifi secara langsung, emel atau live chat mereka untuk mengemukakan masalah anda.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia