Harga Braces di Klink Kerajaan : Percuma Untuk Pelajar Sekolah

Harga Braces di Klink Kerajaan : Percuma Untuk Pelajar Sekolah

Di manakah tempat memasang braces bagi mendapatkan harga braces yang murah di Malaysia? Baik untuk kakitangan kerajaan atau untuk pelajar sekolah atau untuk pelajar universiti?

harga braces malaysia

Sebenarnya, harga pendakap gigi yang murah atau mahal, semuanya bergantung kepada jenis braces.

Jika dipasang di klinik kerajaan, berapakah harga pendakap gigi yang akan dikenakan?

Bagaimana pula dengan bayaran braces bagi pelajar sekolah rendah? Adakah wujud jenis pendakap gigi plastik?

Bolehkah braces dilakukan di klinik UKM braces? Jika anda baru mahu memasang braces, anda pasti akan tertanya-tanya soalan sedemikian.

Jenis Dan Harga Braces di Klinik Swasta

Berikut di bawah adalah jenis-jenis braces dan harga pendakap gigi di klinik swasta Malaysia.

1. Harga Braces Malaysia : Pendakap Gigi Jenis Damon

Penggunaan dawai teknologi yang ringan adalah antara kelebihan Damon Braces Malaysia. Bibir dan pipi menjadi lebih selesa kerana ia mempunyai pendakap gigi yang lebih kecil. Sistem damon mampu memperbaiki keadaan gigi yang tidak sejajar dan kebiasaannya gigi tidak perlu dicabut. Keadaan gigi juga mampu diperbaiki dengan cepat dan mudah. Malah untuk tujuan permbersihan juga mudah.

Harga braces damon dibahagikan kepada 3 kategori. Pendakap gigi jenus clear adalah RM 7,000 hingga RM 9,000. Manakala pendakap gigi damon jenis betal harganya RM 6,000 hingga RM 8,000. Dan akhir sekali untuk pendakap gigi damon Q jenis metal, harganya boleh mencecah RM 6,500 hingga RM 8,500 dan pendakap gigi damon Q jenis clear pula harganya RM 7,500 hingga RM 10,000.

2. Harga Braces Malaysia : Kategori Pendakap Gigi Jenis Metal

Metal Braces Malaysia iaitu sejenis pendakap gigi kekal yang tidak boleh ditanggalkan sepanjang tempoh gigi dibetulkan. Harga bagi pendakap metal ini adalah antara RM 4,000 hingga RM 5,000. Braces metal ini berbentuk kepingan kecil yang dipasang pada gigi dengan dawai khas.

3. Harga Braces Malaysia : Pendakap Gigi Jenis Ceramic

Saiznya yang lebih kecil berbanding jenis tradisional merupakan antara kelebihan Ceramic Braces Malaysia. Jenis pendakap gigi ini mudah rosak dan mudah memerangkap kekotoran. Pendakap ceramic ini harganya sekitar RM 6,500 hingga RM 8,500.

4. Harga Braces Malaysia : Pendakap Gigi Jenis Invisalign

Ia merupakan braces paling cantik jika dibandingkan dengan braces yang lain. Ini kerana Invisalign Braces Malaysia ini tidak menampakkan dawai braces. Sesuai dan berbaloi dengan kecantikannya, kos pemasangan pendakap gigi invisalign ini sangat mahal dan harganya boleh mencecah antara RM 8,000 hingga RM 25,000.

5. Harga Braces Malaysia : Pendakap Gigi Jenis Lingual

Kelebihan braces jenis lingual ini adalah braces tidak akan nampak pada gigi si pemakai. Ini disebabkan dawai braces yang dipasang pada belakang gigi. Untuk pembetulan penjajaran gigi adalah lebih berkesan jika memakai braces lingual ini, namun semasa peringkat awal pemasangan akan menimbulkan ketidakselesaan pada lidah pemakai. Semua orang pada peringkat umur yang berlainan pun sangat sesuai untuk pemakaian pendakap gigi ini. Harga braces lingual ini jauh lebih mahal berbanding pilihan yang lain iaitu antara RM 20,000 hingga RM 25,000.

Senarai Harga Braces di Klinik Kerajaan

Harga braces di klinik swasta telah dinyatakan di atas, bagaimana pula dengan harga pemasangan braces di klinik kerajaan. Di klinik kerajaan, kos RM 500 akan dikenakan untuk aplians tetap, manakala RM 100 untuk aplians boleh tanggal yang jenis simple. Aplian boleh tanggal yang jenis kompleks pula harganya adalah RM 200.

Anda disarankan untuk meninjau dan buat perbandingan terlebih dahulu harga braces di Malaysia jika anda mahu memasang braces gigi. Caj pemasangan pendakap gigi adalah berlainan bagi setiap klinik. Anda juga perlu mengetahui harga pemeriksaan gigi dan kos lain-lain tidak termasuk dalam harga braces gigi.

Lakukan pengiraan terperinci dahulu dengan memasukkan kos harga pemasangan pendakap gigi dan juga kos-kos sampingan. Apapun, kami mahu mengucapkan selama mencantikkan gigi anda. Sekian, terima kasih.