Klinik Gigi: Ubat Sakit Gigi & Harga Pergigian Braces Scaling

Klinik Gigi near me: Ubat Sakit Gigi & Harga klinik Pergigian untuk Braces Scaling gigi murah cabut tampal gigi

kos harga rawatan klinik gigi near me swasta

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan pemeriksaan gigi kepada masyarakat. Ini kerana kesihatan gigi dan mulut sangat penting bagi setiap individu.

Kerosakan dan kesakitan gigi akan berlaku jika kesihatan gigi dan mulut tidak dijaga dengan penuh berdisiplin.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mewujudkan klinik swasta dan klinik kesihatan kerajaan bahagian pergigian untuk menggalakkan setiap individu mendapatkan rawatan pergigian.

Setiap individu berhak untuk memilih untuk mendapat rawatan gigi melalui klinik gigi swasta atau kerajaan.

Kos Harga Klinik Gigi Swasta di Malaysia 2022

Berikut merupakan jadual kos rawatan di klinik swasta (private clinic) berdasar pemantauan kami seluruh malaysia termasuk di Putrajaya Kl Kuala Lumpur Selangor Johor Melaka Negeri Sembilan Perak Kelantan Terengganu Pahang Pulau Pinang Penang Kedah Sabah Sarawak dan Perlis bagi rawatan seperti berikut;

RAWATANCAJ HARGA
Kos harga cabut gigiRM60 – RM250
Kos harga veneer gigiRM350 – RM1000
Kos harga tampal gigiRM70-RM120
Kos harga gigi palsuRM3000 dan keatas
Kos harga scaling gigi murahRM100 – RM300
Kos harga braces gigi murahRM4000 dan keatas
harga scaling gigi murah

SUMBER: MOH

Beza Klinik Gigi Swasta vs Klinik Kerajaan

Terdapat beberapa perbezaan antara klinik gigi swasta dan klinik gigi kerajaan, antaranya ialah;

1. Kos Rawatan Gigi

Klinik gigi swasta menawarkan kos rawatan, ubatan dan perkhidmatan yang agak tinggi berbanding klinik gigi kerajaan.

Kos rawatan gigi di klinik swasta boleh mencecah sehingga ratusan atau ribuan ringgit.

Manakala, di klinik gigi kerajaan, pesakit hanya perlu membayar RM1 untuk pendaftaran dan beberapa ringgit sahaja untuk kos rawatan dan ubat.

Ini menunjukkan kos yang ditanggung oleh pesakit di klinik kerajaan jauh lebih murah berbanding swasta.

2. Kemudahan Rawatan Gigi

Kemudahan rawatan pergigian di klinik gigi swasta lebih canggih dan terkini berbanding klinik kerajaan. Doktor yang menjalankan rawatan juga terdiri daripada golongan doktor gigi yang pakar dalam bidang pergigian.

Oleh sebab itu, harga atau caj yang dikenakan di klinik swasta agak tinggi berbanding kerajaan.

Bukan itu sahaja, rawatan gigi di klinik kerajaan akan dijalankan oleh doktor gigi yang berbeza-beza mengikut jadual tugas mereka.

Manakala, doktor gigi swasta akan memberi rawatan yang konsisten di mana seorang doktor gigi untuk seorang pesakit sehingga rawatan mereka itu selesai termasuk rawatan scaling gigi.

Pemantauan daripada doktor gigi yang sama sangat penting untuk menerangkan progress semasa keadaan gigi pesakit termasuk yang ada masalah sehingga perlu scaling gigi.

3. Waktu Operasi Klinik Gigi Buka

Masa klinik gigi kerajaan beroperasi hanya pada hari bekerja sahaja iaitu Isnin sehingga Jumaat, manakala klinik gigi swasta beroperasi pada setiap hari.

Bukan itu sahaja, pesakit yang hadir ke klinik gigi kerajaan perlu menunggu tarikh temu janji yang dibuat untuk mendapatkan rawatan.

Tanpa temu janji, pesakit akan dinafikan daripada berjumpa doktor gigi kecuali melibatkan kes kecemasa sahaja.

Berbeza dengan klinik gigi swasta, pesakit akan menerima rawatan dengan kadar segera.

Tafsiran Maksud Mimpi Gigi Patah

Mimpi merupakan mainan tidur. Walaubagaimanapun, sesetengah orang mentafsir mimpi sebagai petanda mimpi yang buruk.

Mimpi gigi patah boleh ditafsirkan dengan petanda yang berbeza-beza bergantung pada kedudukan gigi yang patah. 

  • Pertama, mimpi gigi patah pada bahagian bawah merupakan petanda seseorang akan mengalami kesusahan dalam kehidupan.
  • Jika patah di bahagian bawah pada sebelah kanan, seseorang akan menderita dengan sesuatu penyakit sepanjang hidupnya.
  • Namun, jika patah di bahagian bawah pada sebelah kiri, seseorang akan mempunyai masalah berkaitan dengan pekerjaan.
  • Seterusnya, mimpi gigi patah pada bahagian atas, ia membawa maksud petanda yang baik seperti memperolehi rezeki yang melimpah ruah yang berbentuk keuntungan yang besar.
  • Secara tuntasnya, tafsiran mimpi ini tidak semestinya terjadi. Ia boleh jadi benar atau salah bergantung kepada kepercayaan seseorang terhadap mimpi.

Walauapapun di sini perlu difahami tiada apa yang membawa maksud mimpi gigi patah depan belakang, geraham atau taring menurut islam. TIDAK ADA!

BERAPA JUMLAH GIGI BONGSU DAN BILA GIGI BONGSU AKAN GANTI DENGAN GIGI KEKAL

contoh gambar gigi bongsu

Gigi bongsu ialah gigi yang paling akhir keluar dalam proses pertumbuhan gigi.

Ia dikenali dengan gigi geraham terakhir yang terletak dibahagian belakang mulut.

  • Gigi bongsu seseorang tumbuh sekitar usia 17 tahun sehingga 25 tahun.
  • Jumlah gigi bongsu yang dimiliki oleh seseorang individu ialah sebanyak 4 batang gigi.
  • Keempat-empat gigi ini berfungsi untuk mengunyah makanan supaya ianya menjadi lembut. 
  • Gigi bongsu ini akan menjadi gigi kekal setelah gigi susu mula tercabut satu persatu.

Walaubagaimanapun, gigi bongsu ini akan memberi impak kepada kesihatan gigi seseorang jika gigi tersebut tidak tumbuh dengan keadaan yang baik.

Oleh itu, penjagaan kesihatan gigi sangat penting.

Jumlah Gigi Geraham, Gigi Taring, Gigi Kapak

Gigi manusia terbahagi kepada 2 kategori iaitu gigi susu dan gigi kekal.

gigi susu

Gigi susu ini tumbuh kepada golongan kanak-kanak dengan bilangan gigi sebanyak 20 batang gigi, manakala menjelang dewasa, gigi susu akan mula patah dan diganti dengan gigi kekal di mana bilangan gigi yang lengkap bertambah menjadi 32 batang gigi.

contoh gambar gigi dewasa kekal

Mengikut jumlah gigi, 32 batang gigi tersebut terdiri daripada gigi seri yang berjumlah 8 batang gigi, gigi taring yang berjumlah 4 batang gigi, gigi premolar yang berjumlah 8 batang gigi, gigi geraham yang berjumlah 8 batang gigi dan gigi bongsu sebanyak 4 batang gigi.

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Sakit gigi boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang dan secara tidak langsung ia akan mengganggu aktiviti harian manusia.

Oleh itu, penjagaan oral ini sangat penting. 

Sakit gigi ini boleh berpunca atas beberapa faktor, antaranya termasuklah gigi berlubang, gigi geraham tumbuh dalam keadaan yang salah, akar gigi rosak dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, kesakitan gigi ini boleh dihilangkan dengan beberapa cara;

  1. Individu boleh berkumur dengan air garam kerana air garam bersifat anti bakteria. Hal ini dapat mengurangkan sakit gigi yang melampau.
  2. Individu juga boleh tuam bahagian pipi di mana gigi tersebut sakut dengan menggunakan ais atau air sejuk. Secara tidak langsung, salur darah pada bahagian tersebut akan mengecut dan sekaligus dapat mengurangkan sakit pada bahagian tersebut.
  3. Gunakan uncang the pudina yang telah dibekukan dan tuam pada bahagian gigi yang sakit.
  4. Gigit bunga cengkih menggunakan gigi yang sakit.
  5. Individu boleh juga menggunakan bawang putih, di mana bawang putih tersebut mestulah dihiris dan ditampal di bahagian gigi yang sakit.

Cara-cara tersebut boleh dipraktikkan di rumah jika anda mengalami kesakitan gigi yang melampau.

Namun, anda tetap perlu berjumpa dengan doktor gigi dan mendapatkan rawatan gigi bagi menghilangkan sakit gigi tersebut.

Apa Punca Karang Gigi

Karang gigi merupakan salah satu masalah gigi yang berlaku disebabkan oleh lapisan bakteria yang berkumpul sehingga membentuk lapisan yang dinamakan sebagai “Tartar”.

Apabila adanya tartar pada gigi, pesakit perlu hadir ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan.

Ini kerana tartar tidak boleh dibersihkan dengan hanya memberus gigi, ianya mempunyai rawatan khusus untuk menyingkirkannya. 

Karang gigi ini kebiasanya berpunca daripada individu yang tidak memflos atau memberus gigi dengan kerap, betul dan bersih.

Ini menyebabkan sisa-sisa makanan masih melekat di gigi dan akhirnya kuman atau bakteria membiak membentuk satu lapisan kotoran.

Jenama Ubat Gigi Terbaik Untuk Putihkan Gigi

Setiap orang mengimpikan gigi yang putih dan bersih. Ini kerana ia dapat melahirkan senyuman yang menawan apabila gigi seseorang cantik.

Oleh itu, penjagaan gigi mestilah dititikberatkan. Penggunaan ubat gigi yang betul juga amat penting.

jenama ubat gigi terbaik untuk sakit putih

Ubat gigi yang terbaik yang terdapat di pasaran yang berfungsi untuk memutihkan gigi ialah ubat gigi Colgate Optic White Plus Shine Whitening.

  • Ia banyak dijual di pasaran seperti Watsons, Guardian dan mana-mana farmasi.
  • Ianya juga selamat digunakan oleh setiap lapisan masyarakat dan mampu melindungi enamel dengan baik.
  • Bukan itu sahaja, ianya mempunyai perisa mint yang dapat menyegarkan mulut serta menghilangkan bau mulut.
  • Tambahan pula, ubat gigi ini terdapat kalsium pirofosfat dalam kandungannya yang berfungsi sebagai agen pemutih gigi yang dapat memutihkan gigi seseorang.

Jenama Berus Gigi Terbaik

Pemilihan berus gigi yang sesuai dengan pengguna sangat penting bagi memastikan semua gigi dibersihkan dengan betul daripada segala sisa makanan.

Cara memberus yang etul dapat mengelakkan berlakunya penyakit gusi dan kerosakkan gigi. 

jenama berusi gigi colgate terbaik

Berus gigi yang terbaik yang disyorkan oleh doktor gigi ialah Colgate Zigzag Medium Bristle.

Berus gigi ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat dalam membantu pembersihan oral.

Berusnya yang nipis dan lembut membantu mencegah kuman daripada merebak. 

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia