Hapus Tol Lebuhraya PLUS : Bakal Dilakukan Kerajaan Sekarang VS Malaysia Boleh Muflis!!

Hapus Tol Lebuhraya PLUS : Bakal Dilakukan Kerajaan Sekarang VS Malaysia Boleh Muflis!!

Baru-baru Datuk Seri Shaziman ada mengatakan sekarang ini kerajaan sedang mengkaji untuk hapus tol  lebuhraya di beberapa konsesi lebuhraya di Malaysia dengan harapan kata menteri Malaysia, ia boleh meringankan beban rakyat.

tol lebuhraya

Alhamdulillah, niat dan matlamat yang baik. Rupanya boleh sebenarnya Malaysia ke arah untuk hapus tol. Tetapi……ada tetapinya.

Tetapi melihatkan kenyataan Tan Sri Nor Mohamad Yaakub, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ekonomi) di bawah ini, mungkin tugas kerajaan akan menjadi lebih sukar, apabila Tan Sri Nor Mohamad Yaakub meramalkan Malaysia muflis dek kerana tindakan hapus tol.

Bolehkah Hapus Tol Lebuhraya? Antara Fakta Konsesi Tol di Malaysia

Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan TOL PLUS :

  • Mula Dibuka : 8 September 1994
  • Kos Pembinaan : RM 6 billion
  • Pendapatan : RM24.3 billion
  • Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini………….
  • ROI : 305 peratus
  • Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.
Pembinaan Lebuhraya Metramac
  • Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta
  • Keuntungan : RM440 juta 
  • ROI : 978 peratus
Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
  • Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta
  • Keuntungan : RM1.4 billion
  • Tempoh konsesi : selama 38 tahun.
Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Kos Pembinaan : RM1,08 bilion
  • Keuntungan : RM1.61 bilion.
  • Tempoh konseasi : selama 34 tahun

tol lebuhraya malaysiaBerapa lama masa yang diperlukan kepada taikun-taikun konsesi tol lebuhraya ini untuk mengumpul kekayaan hasil keperitan pembayar tol?

Ya…benar kita perlu realistik dalam berbuat keputusan. Jadi, konsesi tol Malaysia yang sudah pun memperolehi keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada modal yang dikeluarkan sepatutnya sudah boleh dihapuskan.

Yang pastinya syarikat konsesi tol Malaysia boleh dikatakan hampir mustahil untuk tidak balik modal. Jauh….sekali untuk rugi.

Jikalau aliran kenderaan kurang, kerajaan kena top-up, silap-silap kena beli semula lebuhraya tersebut.

Dan, inilah yang terjadi apabila PLUS terpaksa membeli lebuhraya yang “tak laku” seperti :

  1. Lebuhraya Seremban – PD expressway
  2. Menanggung kos akibat penutupan tol seperti di Plaza Tol Senai di mana PLUS hanya mengutip tol lebuhraya di Tambak Johor sahaja
  3. Lebuhraya Kulim

Tak cukup lagi dengan itu, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar tol PLUS lebuhraya mengikut tempoh yang dipersetujui. Tetapi sekiranya kadar kenaikkan tidak dipersetujui, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi kepada syarikat konsesi.

Akhirnya “plus-minus” apabila dikirakan semula nilai pampasan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada syarikat konsesi, sebenarnya kerajaan juga mampu membina lebuhraya tanpa swastakan lebuhraya tersebut.

P/S : Apa respon anda dengan isu konsesi tol lebuhraya di Malaysia dan cadangan kerajaan mahu mengkaji untuk hapus tol beberapa di konsesi lebuhraya di Malaysia?