nak buat satu dasar dalam negara ini. Apa yang perlu pemimpin-pemimpin kita lakukan adalah melaksanakan satu dasar yang memenangkan majoriti, bukannya manoriti. Sekali lagi MAJORITI bukannya MINORITI. Jikalau di dalam sistem pendididkan negara, siapa majoritinya? Anak-anak kita yang dahagakan ilmu daripada guru-gurunya…..
Guru Bermasalah di Sekolah
Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan rawatan psikiatrik.
Andaikata ini hanya kes terpencil. Singkirkan sahaja guru seperti ini. Gantikan dengan bakal guru yang lebih berkaliber. Ramai lagi anak-anak muda yang diluar sana yang begitu berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa kita semua. Takkan masih mahu disimpan lagi guru yang bermasalah.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkembangan guru terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling kementerian. Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Kadang-kadang kami terfikir. Mungkin bukan semua. Kami pasti di sini ramai guru-guru yang berprestasi baik di sini. Cuma beza guru dahulu dengan guru sekarang. Guru dahulu azamnya, cita-citanya, niatnya mahu membantu mendidik anak bangsa kita kerana mereka sudah tanamkan diri yang mana mereka benar-benar minat dalam bidang perguruan.
Realiti yang berlaku hari ini, ada kalangan guru yang terkandas dalam jurusan yang dia minat pada mulanya akhirnya memilih profesiona perguruan sebagai pilihan kdua dan terkahir. Ada juga yang tidak mendapat kerja dalam bidang yang diminati tetapi terpaksa akur dengan pelbagai tuntutan sehingga memaksa golongan seperti ini memilih profesion perguruan sebagai pilihan terakhir walaupun tidak minat sebenarnya.
Tahniah. Harap-harap menjadi kenyataan. Ini kerana, sistem kemauskan data yang disediakan selama ini termasuklah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang mengundang kontroversi (KLIK SINI) dan pertikaikan daripada kalangan guru-guru ini seperti melepaskan batuk ditangga. Guru ini kami faham banyak tugas yang pelru diselesaikan. Sekurang-kurangnya tekanan dan bebanan kerja serta tugasan yang perlu diselasaikan terasa kurang apabila sistem yang disediakan berada dalam keadaan terbaik.
Inilah masalahnya apabila pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah buat “manpower gap assessment daripada 3rd party”.
P/S : Agaknya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahu berapa peratus % guru yang bermasalah di sekolah baru hendak bertindak?