GST Malaysia, Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot

GST Malaysia, Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot. GST RM24 Bilion Penyelamat!

Pejam celik, pejam celik. Tidak lama sahaja lagi

gst malaysia 2015

Sekitar kurang 1 bulan daripada sekarang, rakyat malaysia akan dihidangkan dengan pelaksanaan terbaru GST Malaysia 2015 6% bermula 1 April 2015 ini.

Ketika rakyat marhaen mula merasa risau dengan gelombang kenaikan harga barang, kenaikan harga rumah naik dek kerana GST Malaysia ini ditambah dengan nilai ringgit Malaysia yang dicatatkan pada hari ini ditahap yang cukup rendah dan lemah iaitu RM3.65 untuk setiap Dolar Amerika berdasarkan sumber bank negara exchange rate

Namun Timbalan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tampil menenangkan keadaan dan suasana.

Ini kerana Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengatakan kerajaan Malaysia telah melakukan tindakan yang tepat untuk melaksanakan GST malaysia kerana ia mampu ekonomi merosot dek kerana kejatuhan ringgit Malaysia.

gst malaysia

sumber : bank negara exchange rate

Kerajaan Malaysia Dapat RM24 Bilion Pelaksanaan GSt Malaysia

  1. Syarikat yang telah melakukan pendaftaran GST kastam telah meningkat daripada 140,000 kepada 317,000 sekaligus memberikan kutipan sejumlah RM1,000,000,000 (RM1 bilion)
  2. Kantung kerajaan Malaysia akan bertambah sejumlah RM24 bilion dengan pelaksanaan GST malaysia 2015 ini.

Apa dia? Ekonomi Malaysia jatuh disebabkan kejatuhan ringgit Malaysia? Itu kata Ahmad Maslan.

gst

Jikalau ditanya kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh ia memberikan kebaikan kepada Malaysia :

  • menarik lebih ramai pelabur ke negara ini kerana nilai mata wang tersebut yang rendah
  • sekaligus meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara

P/S : Macam mana tidak mampu meningkatkan kantung pendapatan kerajaan Malaysia kepada RM24 bilion jikalau tidak dapat perahan cukai daripada rakyat miskin, golongan pertengahan, dan golongan kaya. Tahniah…