GDP Malaysia Akan Turun Kepada 5.0 Peratus (2018) dan 4.8 Peratus (2019)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

GDP Malaysia Akan Turun Kepada 5.0 Peratus (2018) dan 4.8 Peratus (2019)

Tahun ini KDNK Malaysia terus mencatatkan pada angka yang cukup baik. Berita baik kepada kerajaan Malaysia dan juga Perdana Menteri Malaysia melihatkan data terkini mengenai perkembangan Ekonomi Malaysia.

gdp malaysia

Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan Bank Dunia untuk unjuran GDP Malaysia untuk tahun 2018 dan juga 2019, ekonomi Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan lemah.


Ini berdasarkan dapatan dan kajian dari kalangan 15 pakar ekonomi, Malaysia antara beberapa negara yang dijangka pertumbuhan ekonomi di tahap yang lemah.

Tahun Kadar
2018 5 peratus
2019 4.8 peratus

Persoalannya apa punca yang menyebabkan GDP Malaysia mencatatkan angka yang lemah untuk tempoh 2 tahun mendatang?

4 Punca Besar GDP Malaysia Terus Merosot

  1. Dasar ekonomi Malaysia yang tidak pasti
  2. Perkembangan geopolitik mendatang
  3. harga komoditi yang tidak stabil
  4. Bertambah teruk lagi apabila hutang isi rumah di Malaysia adalah salah satu daripada dua negara di ASEAN yang melebihi 70 peratus daripada KDNK Malaysia.

Sehinggakan ahli ekonomi telah memberikan amaran yang mana hutang Malaysia akan meletup. Bila? Tidak tahu.

Tambahan pula kedudukan ekonomi Malaysia hari ini sebenarnya rakyat Malaysia tidak merasa tempiasnya. Ini antara persoalan yang dilontarkan sendiri oleh Farid Hadad Zervos, Pengurus Bank Dunia untuk negara Malaysia.

Share.

1 Comment

Leave A Reply