Review Harga dan Gambar Tadom Hill Resorts Banting Selangor
Nampaknya Malaysia tidak pernah “kering” daripada segi khazanah alam semulajadi yang cantik-cantik.
Jikalau kena pada orang betul yang mengkomersialkan sesuatu tempat tersebut tanpa merogol keindahan yang sedia ada, pastinya akan ada tarikan daripada kalangan rakyat Malaysia dan orang luar yang terus tercari-cari tempat dan lokasi percutian di Malaysia yang lain daripada yang lain.
Salah satu yang ingin Berita Semasa kongsikannya adalah, Tadom Hill Resorts Banting Selangor yang merupakan satu lagi tempat menarik di Malaysia yang boleh anda kunjungi selepas ini lebih-lebih lagi menjelang Cuti Sekolah yang bermula minggu hadapan.
Di bawah ini Berita Semasa kongsikan Bersama rate harga dan lokasi tempat menarik kali ini :
Pakej Harga Tadom Hill Resorts Banting Selangor
- pakej harga Single : RM18 (Weekday), RM20 (Weekend)
- pakej harga Pack : RM15 (Weekday), RM17 (Weekend)
- pakej harga Bundle : RM12 (Weekday), RM15 (Weekend)
Jika yang tertanya-tanya di mana terletaknya lokasi dan tempat menarik ini, sebenarnya ia terletak dekat dengan Kolej Mara Banting Selangor. Jikalau anda dari KLIA, hanya sekitar 12 minit perjalanan sahaja dan jikalau dari tengah-tengah Kuala Lumpur, ia hanya mengambil masa lebih kurang 45 sahaja.
Berita Semasa boleh katakan jikalau anda tercari-cari tempat untuk meancing dan perkelahan yang cukup unik laian daripada yang lain permandangan dan dekorasi inilah tempat yang sesuai untuk percutian anda selepas sini. Jumpa di Tadom Hill Resorts Banting Selangor
Terletak hanya 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur, kawasan ini merupakan kawasan camping dan riadah ‘wajib’ pergi buat mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi. Dekat sahaja bukan untuk ke sana?
P/S : Siapa yang pernah tinggal dan menginap di sana semasa cuti sekolah? Boleh kongsikan review anda? Berapa bintang anda boleh bagi untuk tempat percutian menarik seperti ini?
Lagi Gambar Menarik Tadom Hill Resorts Banting Selangor
Semak satu persatu gambar-gambar seperti di bawah, kawasan persekitaran menarik yang ada di sana…