Gambar Keluarga Kerabat Diraja Johor termasuk agong malaysia baru berasal dari johor. Sangat EKSKLUSIF
Sebenarnya kerabat diraja yang lain saya akan sentuh di masa-masa akan datang. Takut tak muat pula di sini.

Bila kita sebut dengan kerabat diraja Johor apa yang popular di kaca mata Johor terutamanya dan rakyat Malaysia umumnya? Iaitu Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang dikatakan dekat di hati rakyat Johor.
Sedang berlangsung ketika ini. Ada cakap-cakap yang kata ianya membazir. Tetapi bagi saya sekurang-kurangnya kerabat diraja Johor ada inisiatif untuk dekat dan berdamping dengan rakyat. Takla…..hanya terperap di singah sana sahaja bukan?
Tidak mudah, tetapi mereka berjaya melakukannya dan rakyat Johor menyukainya. Saya tidak mahu banyak cerita “kisah lampau” keluarga kerabat Diraja Johor, kerana itu bukan tujuannya di sini.
Baru-baru ini 4 individu telah ditarik balik anugerah darjah kebesaran oleh Jemaah Majlis Diraja Johor pada 11 JUN 2010, antaranya :
- Dato’ Sharifah Mazlina
- Komander Shaftdean Lufty Rusland
- Hassan Yunos
- Datuk Dr Chua Jui Meng
Pertama kali titahnya selepas menjadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengingatkan dan memberikan amaran kepada sesiapa sahaja yang mempergunakan nama baginda terutamanya melibatkan tindakan mendapatkan pingat atau darjah kebesaran
Kalau dahulu baginda cukup sinonim dengan panggilan Tengku Mahkota Johor atau lebih mesra lagi dengan panggilan TMJ yang kini dipikul oleh Tunku Ismail (Ditabalkan Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim), kini Tengku Ibrahim memikul gelaran rasmi bagi Sultan Johor yang baru iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sejak 25 Januari yang lalu selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar Syah.
Hari ini bermulanya Kembara Mahkota Johor 2010 sehingga 28 Jun 2010 ini, yang mana Sultan Ibrahim bersama-sama kerabat Diraja Johor, Ketua-ketua Jabatan, Media dan Unit Sokongan yang akan turun berjumpa dengan rakyat yang saya rasa kali cukup lain daripada yang lain di mana Sultan Johor, Sultan Ibrahim akan membawa sendiri keretapi sejauh 391.3 kilometer. Tidak mengapa, yang ini kita akan sentuh lain kali.
Selepas ini, dikatakan Sultan Ibrahim tidak akan lagi menggunakan karpet kuning untuk tujuan turun mencemar duli. Dalil dan sebabnya mudah sahaja :
Sultan Ibrahim kata tukar karpet warna biru supaya mudah nak maintenance. Kalau karpet kuning, pijak mudah kotor. Lagi satu kalau betul kita hormat warna kuning itu warna kebesaran diraja, mengapa perlu dipijak?
Yang uniknya tentang kerabat Diraja Johor dan negeri Johor ini adalah di mana :
- Setiap kali sebelum pembubaran parlimen untuk pilihanraya umum, Perdana Menteri (samada Tun Abdullah Ahmad Badawi ataupun Tun Mahathir) akan berangkat ke Istana Bukit Serene untuk mengadap Sultan Johor. Perdana Menteri tidak ke Kelantan, Kedah atau negeri lain yang mempunyai Sultan.
- Jikalau negeri-negeri lain memanggil Dewan Undangan Negeri tetapi tidak bagi negeri Johor apabila ia dipanggil Dewan Negeri sahaja. Sebabnya apa? Sebabnya ia ditubuh sebelum daripada kemerdekaan iaitu tahun 1957. Apa yang disebaliknya? Ini menunjukkan pemerintah negeri Johor pada masa itu, mempunyai kuasa untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang dan membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk kepada British. Negeri-negeri lain pula, Dewan Undangan Negerinya ditubuhkan selepas kemerdekaan
- Setiap kali Perdana Menteri Singapore bertukar, lawatan pertamanya ke luar negara pastinya akan tertumpu kepada pertemuan dengan Sultan Johor. Bukan ketua negara-negara lain….
- Beberapa isu tambak johor, pulau pisang, perjanjian air Malaysia dan Singapura yang tergantung selama ini. Belum disentuh lagi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1949 dan juga Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang turut ada ceritanya melibatkan kerajaan Johor pada masa itu….
- Bagusnya tradisi Sultan Johor baginda akan turun untuk “berkhutbah” kepada rakyat ketika hari Jumaat. Kebanyakan imam sekarang “membaca khutbah” yang mana teks telah ditulis siap oleh Majlis Agama.
Bukan suatu yang mengejutkan apabila Almarhum Sultan Iskandar Syah pernah bertitah pada penghujung :
JOHOR BAHRU, 19 Jun 2008 : Sultan Johor, Sultan Iskandar menegaskan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan akan berikhtiar untuk mendapatkannya semula ketika merasmikan persidangan Dewan Negeri ke 12.
“Saya tak lupa pulau saya Batu Puteh.
“Itu bukan hak Singapura, hak Johor,”
“Sampai bila pun saya akan ikhtiar balikkan ia kepada Johor,” titah baginda lagi.
18 Jun 2009 : Sultan Johor tidak bersetuju pembinaan Jambatan Ketiga di sebelah Timur Johor yang mana telah disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor pada masa itu, Tunku Ibrahim ketika merasmikan persidangan Dewan Negeri ke 13
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofia dikurnikan 5 orang putera dan seorang puteri :
- Tunku Ismail Idris (1984)
- Tunku Aminah (1986)
- Tunku Idris Iskandar (1987)
- Tunku Abdul Jalil Iskandar (1990)
- Tunku Abdul Rahman (1993)
- Tunku Abu Bakar Iman (2001)
- Bonda Sultan Ibrahim Cik Kalthom Abdullah (Josephine Trevorrow)
- Kereta rasmi Sultanah Johor, Raja Zarith Sofea
- Kereta rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim (SI)