Kenaikan Gaji Tentera ATM Naik : Berita Gembira Untuk Angkatan Tentera Malaysia dengan semak sistem spgatm. Selamat Berjuang!
Sekarang ini adalah seramai 123,939 anggota Angkatan Tentera Malaysia ATM. Adakah anda salah seorang daripadanya di sini?
Sepertimana kenaikan gaji polis PDRM, anggota tentera Malaysia juga telah menerima berita paling gembira melibatkan kenaikan gaji baru baru-baru ini apabila pangkat dalam perkhidmatan ATM perkhidmatan awam disetarakan. Kalau dahulu….
Kalau dahulu kami boleh katakan, kerjaya ATM merupakan pilihan kedua. Tetapi dengan skim gaji tentera ATM baru kali ini, pasti kalangan anak muda berminat untuk menyertai pasukan tentera.
Berita Semasa juga difahamkan yang mana kenaikan gaji tentera naik antara 10 sehinggalah setinggi 41 peratus.
Antara Penambaikan Skim Gaji Tentera Naik
Kerajaan Malaysia memperkenalkan Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) bermula bulan Julai melalui semakan kepada Skim Perkhidmatan Awam.
[table sort=”desc,asc”]
Jawatan,Gaji lama, Gaji baru,Kelulusan
Perajurit Muda,RM1137,RM1564,Berjaya tamat latihan asas
Pegawai Kadet,RM1104,RM1500,lulusan SPM atau SVM
Leftenan Muda,RM2585,RM2730,Lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
Leftenan Muda,RM2703,RM2876,Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Leftenan Muda,RM2593,RM3022,Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar
[/table]
Lagi maklumat dan info mengenai semakan gaji tentera yang terkini
- Prebet – Gred 17
- Lans Koperal – Gred 20
- Gred jawatan dan gaji Koperal ATM dengan Gred 22 perkhidmatan awam.
- Gred jawatan dan gaji Sarjan ATM yang kini dalam Gred 27, disetarakan dengan Gred 29 perkhidmatan awam
- Staf Sarjan – Gred 32
- Pegawai Waren II – Gred 36
- Pegawai Waren I – Gred 38
- Leftenan Muda – Gred 41
- Leftenan – Gred 41
- Jawatan Kapten ATM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam
- Gred jawatan dan gaji Mejar tentera ATM dalam Gred 41/Gred 44, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
- Gred jawatan dan gaji Leftenan Kolenal ATM daripada gred 44, disetarakan dengan Gred 48 dalam perkhidmatan awam
- Gred jawatan dan gaji Kolonel ATM dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam
Melihatkan skim gaji tentera baru ini yang ditawarkan kepada Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sememangnya agak menarik, bukan? Tetapi mudah atau tidak bergelar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)?
Tidak sama sekali…..Hanya insan yang terpilih sahaja layak untuk berjuang di barian hadapan mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Sememangnya bagi kami, nilai darah dan nyawa yang dipertaruhkan tentu tidak dapat boleh disamakan dengan apa yang anggota tentera Malaysia perolehi seperti dalam penyata gaji.
https://www.youtube.com/watch?v=JcDD1VLIPuU