Gaji Siswazah RM2500 Sebulan Tidak Cukup dan Tertekan Dengan Kos Sara Hidup? Bagaimana Dengan Anda?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Gaji Siswazah RM2500 Sebulan Tidak Cukup dan Tertekan Dengan Kos Sara Hidup? Bagaimana Dengan Anda?

Berita Semasa merasakan zaman sekarang sangat banyak sangat cabaran untuk berbelanja lebih daripada kemampuan.

gaji siswazah

Jika seseorang graduan tidak ada ilmu pengurusan kewangan ditambah dengan pengalaman dengan “sepak terajang” hidup sendiri dengan kos sara hidup yang terus melonjak tinggi.

Jikalau mahu dibandingkan dengan dahulu :

Gaji Siswazah : Kos Sara Hidup Tahun 90an VS Kos Sara Hidup Terkini?

  1. mana ada telefon canggih-canggih
  2. internet? Dial up?
  3. kedai makanan berjenama pun tidak sebanyak seperti sekarang
  4. begitu juga kompleks membeli belah tidak bersepah seperti yang anda lihat sekarang
  5. kereta? Dahulu nak beli kereta pun siksa, margin yang dibenarkan 80 peratus sahaja dan tempoh pinjaman yang dibenarkan maksimum 5 tahun sahaja
  6. kredit kad? Kredit kad cukup sukar untuk mendapatkan kelulusan. Mesti kerja dengan pendapatan tetap sekurang-kurangnya 2 tahun baru ada kelayakan untuk memilikinya. Itupun belum tentu diluluskan

Dahulu pergi dan balik kerja. Tidak banyak terdedah kepada hiburan. Sekarang? Ya….Allah. Jikalau tidak kuat “dalamannya” begitu mudah untuk goyah dan tersungkur atas nama berbelanja melebihi kemampuan tanpa keperluan yang mendesak.

Ini semua merujuk di zaman 90an. Zaman kegemilangan sebenarnya di mana ekonomi Malaysia sedang bergerak rancak di mana kemuncaknya Malaysia pernah diangkat menjadi “Harimau Asia” daripada sudut ekonomi bersama-sama Korea Selatan, Singapura, Taiwan. Sekarang?

Dahulu cukup sukar untuk kita dicampakkan laporan berita mengenai masalah bankrap dan masalah kewangan, di mana ia masih sangat minimal dikalangan rakyat Malaysia tahun 90an, sekarang realitinya?

Hasil Kajian Jobstreet Malaysia Terhadap Siswazah Malaysia Gaji RM2500 Sebulan

Berdasarkan kajian yang dibuat Jobstreet Malaysia terdapat 2,062 responden

  1. siswazah yang baru mendapat pekerjaan dengan gaji siswazah setiap bulanan sebanyak RM2,500 berdepan kesukaran untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat
  2. sebanyak 77 peratus daripada mereka memberitahu tidak mempunyai baki wang mencukupi untuk membuat simpanan kerana terpaksa menampung perbelanjaan keperluan.
  3. Pecahan perbelanjaan mereka adalah (63 peratus bersamaan RM1,500 untuk tujuan pembayaran pinjaman kereta dan pinjaman PTPTN contohnya, kos minyak, tol)
  4. 50 peratus tinggal bersama ibubapa, 30 peratus lagi menyewa secara berkongsi bersama rakan dan 20% sahaja yang membuat keputusan tinggal berseorangan.
  5. 87 peratus daripada responden tidak memiliki pendapatan sampingan

Ok baik. Bagi Berita Semasa sendiri laporan berita yang terkini bukanlah medan untuk kita membandingkan di zaman mana yang lebih baik samada “oldskool” (zaman 90an) atau millenium. Tetapi masalahnya adalah berkisar kepada bagaimana cara kita menangani cabaran-cabaran hebat zaman sekarang ini.

Berita Semasa percaya kalangan pembaca Berita Semasa sudah mempunyai anak sendiri yang sedang meningkat remaja dan dewasa.

Di mana akan mula merasa tekanan kewangan dengan permintaan anak-anak yang pelbagai. Setuju?

Tetapi apa-apapun sentiasalah bertegas apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Pokoknya tidak boleh dimanjakan anak-anak, semuanya di dunia ini ada hadnya kecuali kehendak dengan Allah. Gaji siswazah RM2500 sebulan tetapi yang paling pentingnya adalah keberkatannya.

“We are what we eat and how we spend our money!!”

Jikalau dengan gaji siswazah RM2,500 (ditolak dengan KWSP semua dalam RM2200 contohnya) hujung bulan asyik kering, maknanya mestilah perlu diaudit semula perbelanjaan anda setiap bulan. Cari semula “kebocoran duit” yang berlaku. Apa puncanya?

P/S : Adakah benar siswazah sekarang seringkali berbelanja melebihi kemampuan? Ataupun gaji siswazah hari ini tidak setanding dengan kelajuan ibarat roket Soyuz melibatkan kos sara hidup di Malaysia?



Share.

84 Comments

  1. akak dulu masa lepas graduasi dahulu, under 2.5k je dik gaji
    boleh je hidup. Budak2 skang ngada2 je lebih.

  2. mana tak nya… gaji rm2k, beli kete rm1k sebulan. ansuran mampula.. servis? insurance?

  3. bersyukur la sikit.. orang kerja kilang gaji RM1100 boleh hidup.. siap BR1M “permohonan anda tak diluluskan” lg..

  4. orang timur on

    kita selalu buat ‘self-audit’ tentang ketirisan wang kerajaan.
    tp kita jarang/tak pernah buat ‘self-audit’ tentang ketirisan wang dlm poket kita..

    klu pun kita sedar ada ketirisan dlm perbelanjaan kita,ramai yg tak amik kisah utk perbaiki kewangan sendiri.dan terus-terusan berulang ketirisan ni terjadi.

  5. Gaji 2500 belanje macam gaji 5000… Mmg la duit x cukup… Belaja sampai degree kalau duit sendri xtau manage baik xpayah amik degree

  6. Nilai 2.5k dulu tak macam skang fareeda oiii.. Dulu makan nasi campur masih boleh dpt RM1.50. Ayam goreng seketul kat pasar malam hanya rm1.00. Soalnya skg nilai duit kita dah mcm tisu..

  7. bru keja sebulan dua dh upgred hp hrga lbih kurg dg gaji…..msuk 3,4 bln keja sebuk nk beli keta 0 dp plak…loan 9 thn…mna x pokai

  8. Salam Sayang,

    Akak kesian tgk siswazah yg tak tahu bersyukur dgn rezeki yg ada. Kalau siswazah sokong UMNO/BN insyaAllah mereka akan beryukur setiap masa.

  9. AKu yg dah keje 5 taun ni pon nampak skang duit ni mengalir laju je macam air dgn kos brg meningkat..dulu bawak rm50 pergi pasaraya boleh dapat jgk separuh troli….skang ni..alahai….rm50 dpt la x smpai suku troli..duit skang mcm air lajunye…kos sara hidup skang tinggi…sewa rumah, tenet, astro…..tu blom brg utk anak skolah lagi….

  10. Anonymous 1 on

    Saya pernah dengan satu ceramah agama. Ustaz tu kata
    kalau orang beriman sedikit pun cukup, tapi kalau tidak beriman banyak pun tak cukup..

  11. Lbh krang 6 thn dulu.. Ak pn dkre siswazah.. Kje eng. kilang gji 2200 je.. Ikut mmg xckup.. Tp ble tgk operator kilang gji xsmpi pn 1000.. Ciap bole kwin n ad anak skolah., Bole je hdup.,kne byk blja ng org.. Kat U xd ajar manage duit ni.,

  12. kalaulah gaji graduan rm2500 baru mula kerja di katakan tak cukup apa lagi gaji lepasan spm rm900 baru mula kerja.dah 13 tahun kerja dengan kerajaan naik n22 kup belum juga gaji saya sampai rm2500.13 tahun kerja gaji baru rm2164.44…….bayangkanlah……

  13. mana tidaknya gaji tak cukup baru mula kerja sudah beli kereta mahal2 beli toyota vioslah honda citylah dan lain2…..biasalah ada degree belagak mesti lebih.bayar ptptn paling banyak pun rm300 sebulan.

  14. Tak cukup kalau boros. Cukup kalau berjimat. Cth gaji rm 2500 duduk kl. Patut pakai kancil saja. Kalau duduk kg rumah pak sendiri boleh pakai vios. Duk kl rumah sewa ngan member. Pandai pandai bajet.

  15. saya rasa yang buat tak cukup nie sebab tak mampu mengawal diri daripada berbelanja…sebabnya gaji saya rm1500 elaun rm400…belanja tiap2 bulan saya rm300 rumah sewa, astro rm90, bil celcom rm50, insurance rm50…masih boleh menyimpan dalam amanah saham rm300 tiap2 bulan…

  16. Gaji bersih abg Top RM2,300.00. Bagi mak rm200, belanja seharian tak sampai rm20 (kalau sebulan Rm500 jer), reload hp rm30, internet rm68, sedekah masjid rm2. itu ajelah abg top belanjakan duit gaji. Alhamdulilah abg top dah langsai hutang ptptn, itupun belajar 1 sem jer sbb dpt keje gov terus quit belajar. hutang 1 sem lebih kurang rm4 ribu lebih. abg top pakai motor je, beli cash. kete xder lg. masih bujang. rumah dah beli pkai loan bank tapi belum endorsement. abg top x merokok.

    sebulan abg top dpt simpan rm1500….. abg top shopping pakaian setahun sekali dlm anggaran bajet rm200. kdg2 sebulan sekali abg top pergi KL jln2. habis rm50 je termasuk tambang bas, komuter, mkn.

  17. Rugi belajar sampai ijazah kalau gaji rm2500 baru mula kerja dan belum ada tanggungan yang banyak tak cukup tiap2 bulan.itu baru gaji pokok belum tambah elaun.

  18. Benci Betina Boros@BBB on

    klo pepuan ni mana tahu erti ckup. bg gaji 10k sekalipon depa tetap kata x cukup. sbg contoh kwn sekerja kat opis aku kerani je tp mak ai dia punya mentenen mcm artis. tiap2 hari pakai baju berbeza dtg opis… klo kuar shopping mall mesti beli donut dunken utk tapau slepas mkn KFC or McD.. sbelum mkn. dia layan wayang dulu dgn geng2 dia.. perkara wajib setiap kali pi mall mesti beli baju, paling lekeh pon beli coli… itu blom kira lg klo beli kereta n rumah. hmmm. lelaki klo boros pon setakat rokok je kot.

  19. siswazah sekarang cerdik atas kertas je. bila menempuh realiti kehidupan, semuanya fail. sebab tula ramai yang masa temuduga, berbuih-buih mulutnya menggoreng, bila diambil bekerja, lembab.

    jadi jangan hairan sekiranya diberi gaji rm10,000 pun masih lagi tak cukup. sebab dia berbelanja rm11,500.

  20. brada/sista, dulu soh blaja malas. tgk orglen naik jeles. derfak. std aa baru masuk. xkan baru nak blaja gentel da reti nak uli2. cas kon

  21. Sama saja…dulu ayam goreng mmg boleh dpt dgn hrga rm1tp gaji masa tu bukanlah rm2500 pun… kita kena sedar setiap kali gaji naik setiap kali itu jugalah harga barang naik…jd tak ada bezanya pun… yg pnting cara kita mngurus kewangan… Janganlah mentang-mentang siswazah semua nak yg ada kelas gitu!!

  22. Mmg btl pn..bru keja da belagak bli keta import..pki hp latest..pe x ckup..pastu lari dr byr hutang ptptn

  23. SambalBelacan on

    Manusia ni bak kata Nabi Muhammad SAW…sekiranya mereka itu mendapat satu gunung emas…mereka akan mencari2 lagi gunung emas yang lain…

    Pointnya disini ialah…manusia ni memang tamak, kalau dalam hidup memang tidak pernah merasa cukup…apalagi nak bersyukur kepada Allah…hanya saat2 kematian sahaja yang membuatkan mereka sedar bahawa harta x boleh dibawa mati…

  24. Pembantah OpenSuSE on

    Tu x boleh dikira..pokoknye, sape2 yg educational level dia tinggi, of coz la tangga gaji dia berbeza. yg lepasan SPM sepatutnye cube untuk terus blajar selagi mampu or if tak mampu..keje je la tapi anggapla bab2 gaji ni hakikat yg takleh lari lg dh. Besenye untuk lepasan SPM ni kalo betul2 nak maju, disarankan berjinak2 dengan bisnes..start awal,keje kuat dan cari pengalaman..insyaallah one day gaji lepasan Master pun kalah.

  25. salam…aku yg tingal di s.alam ni jenuh nk pusing modal…gaji rm1650.00….bini tingal di penang..nak bawak bini mai keja kt s.alam mmg aku x mampu la …sbb bini aku pun keja kilang ja di penang ..sewa rumah di s.alam mau dlm rm 700.00 to rm 10000..itu pun belum di kira duit api n air lagi..x termasuk klu kita melangan astro lagi…kt s.alam ni aku sewa rumah gn mber2 je..bulan2 kita org kutip sorang rm 150.00..sewa rumah di s.alam gn mber2 aku rm 850.00 tiap2 bulan…aku tiap2 mgu bilik penang berjumpa gn bini n mak ayah aku…tolak duit sewa rumah aku d s.alam rm 150.00 + duit aku beli umh d penang dh rm 467.00 + duit tiap2 mgu aku blik penang rm 320.00 utk 1bulan..n bulan seterusnya + duit mkn aku n top up HP aku kat s.alam rm 250.00..itu belum lagi bagi nafkah kat bini aku lagi..batin nya mmg aku bgi tiap2 mgu..tapi zahir nya hanya aku beri yg termampu…itu pun bini aku faham sgt2…nasib baik hutang keta aku dah bayar habis…lani pun aku dok tunggu ja lubang kerja baru yg ada di penang…aku dah x leh tahan lgi nk mencabar hidup aku d bandar s.alam yg semua d ktakan mahai…nak beli rumah di bandar s.alam mcm aku ni mmg x mampu la…beza langit dan bumi la..sbb itu aku terpaksa beli umh di penang..itu pun bukan di pulau..hanya di seberang ja…aku cabar sesiapa anak muda yg merantau mencari rezeki di s.alam yg bergaji rm15000…ke rm 3000 dapat beli rumah di s.alam mmg aku tabik hormat gila2 punya…aku org penang..mmg di penang harga rumah terlalu mahal..tapi kadar sewa rumah x lah terlalu mahai mcm di s.alam n KL…di s.alam n KL sewa pun mahai..nak beli pun mahai…jenuh mcm ni…hangittttttttttt…yg di atas akan bertambah kaya raya…yg di bawah akan terus di himpit masalah kewangan… maka..zaman kasta akan muncul di malaysia….

  26. Kalau lah Malaysia tak berhutang rasenya tak berlaku kejutan terhadap ekonomi Malaysia..Perbelanjaan mengurus dan membangun semakin lama semakin meningkat rakyat pula terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi akibat daripada hutang negara…Bukan tak bersyukur dgn kerajaan sediada tetapi kami ini rakyat sepatutnya dilindungi dari bencana kos melampau tapi tidak rakyat yang terpaksa menampung perbelanjaan kerajaan..semua benda kena cukai macam mana nak ada rumah sendiri tu statistik perkahwinan dgn org tempatan lembap jer..

  27. Study degree lebih kurang 5tahun…
    dapat gaji rm2500 min – hutang PTPTN
    lebih baik lepas spm :-
    1) cari kerja kilang (xpayah blajar 5tahun)
    = gaji rm1200 + xda hutang PTPTN + experience
    2)jadi pilot (blaja 3tahun)
    = gaji +rm10k
    3)Join bidang Oil n Gas start dari kuli
    lepas 5 tahun = gaji dah riban2 (lebih rm5k)
    Logik ke gaji budak degree rm2500?
    Perlu ke masuk Universiti?

  28. cik senyum on

    Alhamdulilah. walaupun gaji saya tidak la sampai RM2500 tapi setelah tolak EPF dlm RM1900 begitu saya dapat menyimpan dan membayar hutang2. Tapi tidak dinafikan bahawa saya agak tersempit juga ini kerana sehabis sahaja diploma saya sudah mempunyai hutang PTPTN. setelah mendapat pekerjaan, tempat kerja pula jauh dari rumah. nak menyewa lagi makan banyak kos. jadi saya kena ambil hutang untuk beli kereta pula dan duduk dgn keluarga. separuh dari gaji adalah untuk bayar kereta, petrol dan PTPTN sahaja. jadi untuk menyimpan mmg saya kena banyak berjimat dari segi makan bawa bekal dan kurangkan berhibur dgn kawan2. sekarang saya dalam perancangan ingin sambung degree separuh masa pun masih dalam dilema kerana sebolehnya saya tidak mahu lagi membuat hutang. tapi kalau tak ambil hutang tak cukup. hmmm.. ini pun saya terpaksa cari duit lain dgn buat business online. saya terfikir juga dgn nasib kawan-kawan saya yg sudah setahun selepas diploma masih tidak punyai pekerjaan tetap atau mereka yg sudah bekerja tapi gaji 1500 sahaja. sedangkan saya ini pun rasa cukup2 sahaja.

  29. kembalikan degree berasaskan kepandaian. maka takda lagi dah orang berebut kerja, lambakan graduan menanggur, lambakan graduan yang merungut gaji tak setimpal dengan “kepandaian” yang mereka ada.

    20-30 tahun lepas nak buat sarjana muda memerlukan seseorang itu lulus pangkat 1 dan ada sesetengah pangkat 2 yang layak. sekarang ni dapat 1A pun dah layak. tu punca lambakan graduan. graduan pula tak berkualiti.

    20-30 tahun lepas kita hanya lihat mat-mat rempit, minah-minah cia yang melepak di tepi jalan atau pacak moto dan keluar naik kereta ramai2 sambil buat huru hara di tengah pekan terdiri dari mereka yang keciciran dalam pendidikan atau paling kuat pun lulus spm/sap. sekarang ni kita boleh lihat budak kolej, budak universiti(terutamanya uitm) yang mempunyai ramai “mahasiswa” dan “mahasiswi” yang perangai ntah apa2, keluar malam sampai lewat subuh berpeleseran merata-rata, main pacak moto, check-in hotel bersama pasangan, yang perempuannya pula keluar beramai-ramai naik kereta lepak kedai makan sampai subuh sambil gelak mengilai-ngilai. ini bukannya budak yang keciciran dalam spm, ini budak yang SEDANG BELAJAR DI UNIVERSITI!

    lepastu bising rm2,500 sebulan pun tak cukup. mana taknya, masa di kolej dah dimanjakan dengan wang ringgit duit mak bapak atau duit biasiswa/pinjaman pendidikan, bila dah masuk kerja dapat gaji permulaan sebegitu, beli pula kereta dan pelbagai jenis perhiasan yang tak ikut kemampuan. dalam erti kata lain tak ukur baju di badan sendiri. walhal mereka ini GRADUAN UNIVERSITI, ada diploma, ada sarjana muda!

    inilah dia kualiti graduan universiti masakini. sedih!

  30. Apa nak di kato..? memang gaji banyak tu tak cukup makan..tapi mintak kenaikkan pelarasan pon tak boleh dapat.. nak buek cam mano?? tambah lagi kalau dah pencen.. Gaji tinggal setongah ha.

  31. Ada ke fresh graduate dapat RM2500?? Rasanya dalam RM1600 ke RM1800 rate gaji degree.

  32. Orang Islam baiuk mudo ko tuo ko,

    Solat dhuha sebelum ke atau mas1 kerja 2,4 atau 6 rakaat.
    Insyaallah rezerki gaji 1000 ke 3000 ke bisa beres.

    saya dah amal dan sedang amal… sat lagi masa rehat ni solat dhuha dulu baru pi minum.

    Hari ni sembahyang pun kantoi. jem sikit tak sembahyang dah. Rezekikan dari Allah, bagi Allah suka dulu lepas tu baru bagi boss suka…………………… Petua graduan sekarang untuk maju ke hadapan.

  33. betul tu ahmadi, itu adalah rete utk negara kita yg maju tapi masih berpebdapatan rendah,, x termasuk syrikat oil n gas la,

  34. SambalBelacan on

    Kalau susah2 banyak merungut, suruh aje diorang balik kampung tanam kangkung…biar diorang tu rasa 2,500 tu cukup ke tidak…bila x pernah rasa hidup susah, jangankan 2,500…5,000 pun pasti x cukup…

  35. try apply bantuan am pelajaran baitulmal.amek mse sketla tp at least bleh avoid dr pinjam

  36. jimatla .aduh hai.itu pun nak kena ajar.sekolah smpai masuk U..xreti2 matematik ker.nampak sangat xpandai menabung.sekolah je pandai sampai U.korang tengok mat bangla n ngan indon keje sini.gaji rendah pun leh hidup.tuhan bagi akal suruh fikirkan..tau takpe..

  37. Mata Tajam on

    Kalau dibayar gaji RM5,000 pun tak cukup juga sebab mereka akan tukar kereta yg lebih mewah dan semakin boros. Sukarnya nak jumpa manusia yg sentiasa bersyukur jika dibandingkan dgn orang lain yang hanya kais pagi mkn pagi je. Sy bersyukur kerana ALLAH memberikan tubuh badan yg sempurna wlaupun pendapatn sy RM1,300 kebawah

  38. 2.5k mana cukop
    Nk bayar ansuran motor ducati pun x lepas
    Nak beli tudung fareeda pn dpt yg design cap ayam
    Please la…

  39. Abng pacak on

    Kau dah lawin nti ko tau la cukup ke tak
    Setakat duduk umah mak ayah boleh sembang la brader..

  40. SambalBelacan on

    Bagus sikap bersyukur selalu…walaupun pendapatan 1,000 lebih aje tetapi berkat…x ada hutang keliling pinggang…bak kata orang tu ukur baju dibadan sendiri…

  41. memang tak dinafikan graduan yang ada sekarang kebanyakkannya tidak berkualiti..agak malas dan demand..kerja berlambak di malaysia ni. jangan memilih sangat. yang penting rezki yang diraih halal dan berkat. walau apapun pekerjaan kita hendaklah diniatkan kerana Allah..rezki bukan sahaja berbentuk wang ringgit dan harta..kesihatan, kefahaman dlm menuntut ilmu, murah hati dn sifat2 mahmudah anda itu juga adalah rezki. Jangan sempitkan maksud rezki tersebut…kepada pelajar2 mahasiswa , nilai diri anda dahulu bagaimana cara anda semasa menghadapi exam..adakah anda menggunakn daya usaha anda sendiri @mendapatknya cara tidak jujur.. tepuk dada tanyalah iman..

  42. mestilah nk yg class..blaja penat2..bkn senang nk dpt degree,diploma..perkara ni slalu jd isu di tmpt keje..golongan lepasan spm x puas ati dgn org lepasan universiti dr segi gaji, cara kerja n sbgainye..ape yg dieorg ckp kat executive slalunye ‘untungla duk depan pc je’..bkn nk kurang ajo, tp hakikat..

  43. Graduan skrg tak reti bersyukur, graduan skrg bnyak yg bangang2 English out, tp gaji nak tinggi, buat keje bodo giler, graduan2 dulu2 hebat, bijak2 tp mereka tak poyo nak demand, mereka sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah bagi

  44. kalau tak berkat, berilah rm10,000 sebulan sekalipun takkan cukup.

    “sekiranya kau bersyukur, nescaya Aku akan tambah lagi”.

  45. hantukacang on

    kau dulu masuk kerja memula pun lagi teruk dari siswazah tu. at least diorang dah ada training masa belajar

  46. setuju, kerajaan berhutang, menyebbkan rakyat juga turut berhutang…

  47. KESIAN KAT PAKCIK-PAKCIK YANG LAMA MCM TMPAT AKU KERJA. ORANG BARU MASUK / GRADUAN GAJI TINGGI IKUT GAJI SEMASA. PAKCIK DULU MASUK GAJUI 500 SKRG BARU NAIK SMP 1000. ORG BARU MASUK X TAHU APA2 GAJI >1500-2000. PENGALAMAN KOSONG XPE ASAL ADA SIJIL.KESIAN KAT PAKCIK..

  48. golongan pertengahan on

    WASATIAH ‘besederhana’..gaji 1k,2k,2500k..sederhana;))

  49. Demm gaji aku dulu start below 2k..kerja kilang jepon. Sebat OT dapat dalam 3k. bole la nak idop. Kalau kerja area KL memang agak sempit la. Ayat cliche kena pandai budget tapi ni penting. Bersabar la dulu dengan gaji yang ada ..ada experience lebih carik kerja lebih lumayan gaji.

  50. Saya setuju dgn Fareeda, dulu sy punya gaji 1,300 cukup je pun tapi mmg tak mewah lar.. sedar diri. Simpan duit sikit2 skrg selesa walau tak mewah pun. Budak2 skrg semua nak kena suap….

  51. Wahai Cik Laser, kalau dah jenis tak boleh nak kawal selera nafsu berahak besar gunung everest tu bagi gaji 20k pun tak cukup. Ni bukan masalah harga ayam dulu RM1 skrg RM1.50. Tapi memang dasar jenis suka ikut nafsu serakah berahak, lepas tu tuding jari kat orang lain..!

  52. Bagus Abg Top. Sy sokong dan setuju sangat. Itulah yg saya amal kan masa bujang hinggalah dah kahwin anak 2 skrg. Pada org yg lurus bendul mcm Abng Pacak maksud ‘amalan’ tu ialah berjimat cermat mengikut keperluan semasa. Wahai Abng Pacak jgn hidup dengan bagi alasan. Xder beza bujang dan berkahwin. Jgn jadi bongok. Org yg byk bagi alasan mcm Abng Pacak ni lar buat malu dan perosak otak bangsa melayu. Kalau dah mmg dasar pikir negatif tu ckp apa pun mmg negatif je lah. Muhasabah diri tu..

  53. Setuju dgn Fizo, mmg tak cukup RM2,500. Macam saya sendiri mana nak bayar hutang perabut lagi, hutang kereta nissan skyline lagi, hutang motor ducati lagi, hutang tv plasma 100 inci lagi, hutang credit card masa melancong kat Bandung lagi, hutang mentekedarah kat old town white coffee lagi. Kerajaan patut naikkan gaji minima RM10k. Pastu kenaikan gaji paling kurang 50% setahun baru lar puas.

  54. Saya sokong Akak Senah. Org yg tak tau bersyukur ni bagi emas satu lautan pacific pun tak cukup. Apa yg ada kat tangan dia yg dah dpt tak sedar pulak, yg kat tangan org lain pulak yg di nampaknya. Lepas tu salahkan takdir.

  55. Sokong Fizo, mmg tak cukup gaji RM2,500. Mana nak bayar keta nissan skyline lagi, hutang perabut court mammoth lagi, hutang moto ducati lagi, hutang credit card masa melancong kat Bandung tu lagi, tu belum masuk belanja mentekedarah kat Old Town White Coffee dan Secret Recipe…

  56. Setuju dengan Fizo, mmg tak cukup gaji RM2,500. Mana nak byr hutang perabot lagi, hutang keta nissan skyline lagi, hutang moto ducati lagi, hutang credit card masa melancong kat Bandung tu lagi, tu belum masuk mentekedarah kat Old Town White Coffee dan Secret Recipe…

  57. Setuju dengan Maso.. tingkatkan kemahiran diri, ada peluang cari keja lebih baik..

  58. nampak gaya camni kerajaan bleh kurang lagi subsidi minyak, gaji n bonus tahun ni x payah lah ye..

    sbb ramai org kata cukup,, time kasih rakyat Malaysia..

  59. Gaji bersih ak rm1300..ak degree..sewa+api+air+astro+barang dapur kne bayar rm300 tiap2 bulan..duduk umah sewa macam sardin..1 bilik duduk 2org..ak tanggung mak bapak dan adek ak..ak hanya mampu bagi rm120 kepada mak bapak ak tiap2 bulan..ak kerja dekat KL..itu tak termasuk ptptn+kereta+maintenance kereta+insuran..hari2 kereta ak kena lanyak sbb company tempat ak kerja kedekut taknak kluar kereta..diorg suruh ak guna kereta sendiri..mak ak kata ak bodoh sbb company tu pijak kepala ak tapi ak bagi..bersyukurlah wahai manusia..

  60. macam kau baru start keja dah expert gila! xpayah nk belagak sgt la cik PR oii

  61. mmg x cukup..kwn aku keje lepas abis spm dah 7 tahun keje..gaji dah 3k ke 4k…aku blajar degree engineering 7tahun gaji 2.5k..fair ke 2.??…mcm 2 baik aku dari spm trus keje..

  62. btol 2…ada yg spm je..sama baya ngan aku…aku fresh engineer gak…tp dia gaji da 3.5k…tp ckp english sepatah pon xtaw…ni aku masuk keje yg dia wat selama ni pon aku wat..tambah lagi paper work..tambah lg meeting dan mcm2 gaji 2.5k je…patut ke…bukan pasal x cukup…pasal x fair…

  63. ni org2 lama yg ada spm yg ckp mcm ni…cuba korang org2 lama…tiba2 ada 1 org masuk sama baya ngan ko…pas2 kelulusan pmr je..tp gaji lg tinggi dari ko…apa ko rasa..fair ke x…ko spm dia pmr…umur sama…tp gaji dia lg tinggi…

  64. baik aku dari spm trus keje…amik degree 7 tahun…keje dari spm…rm900..pandai cari tempat lompat2 keje…1 tahun naik rm300…300 x 7 dah 2.1k…2.1k +900 dah 3k…kalo spm leh 3k…degree 2.5k…camne 2 weyh…bukan setakat 2 je…dia untung selama keje 7tahun bape byk da simpanan..pengalaman lg…fair ke weyh bg fresh graduate ni

  65. tol 2..ada budak ada pmr je..xde spm…lepas pmr amik sijil tahap 1 dan 2 selama 2 tahun..pas2 trus keje…gaji start sijil tahap 2 rm 1.1k..2 baru masa umur 17 tahun..dalam masa 7 tahun gaji setahun naik rm300 dah 2.1k..so total dah 3.2k..ni degree in engineering..7 tahun gaji 2.5k….fair ke x???…diorg dulu boleh simpan lg untung..ni budak degree baru keje 2.5k je…kalo mcm ni aume org apm nk keje weyh!!!…baik xyah amik degree

  66. pakcik2 nk marah x bile…pakcik patut marah kalo ada org yg sebaya pakcik pas2 kelulusan lg rendah tp gaji lg tinggi…how do u fell…

  67. standard aku tanya org2 lama yg ada kelulusan…diorg sendri pon ckp mmg xpatut fresh skarg 2.5k je..terlalu sikit..ni yg xde kelulusan yg marah selalu…contoh dulu degree gaji 1.7k ke 1.8k…tapi nasi lemak rm 1…ni sekarang dah rm2..barang2 pon dah naik lebih 2kali ganda harga…tp gaji…xsampai 2 kali ganda harga dulu…dulu umh leh beli 100k..200k dah umh besar…sekarang…400k pon umh teres…

  68. Anonymous on

    Sya pljr degree ipta. dh kerja 4 thn..tp still gji rm1300 shj. nk mnta kerja bkn main ssh skrg. kabel2 pn xde. kdg2 tu slalu menitiskan air mata sb bljar degree penat2 slm 4 thn gji byk ni je. bkn x bersyukur, tp kt manusia mst akn rasa mcm tu. cm nasihat sy pd pljr yg dpt kerja gji rm2500 bersyukurlah dgn ap yg ad..alangkah bagusnya kalau sy brd dtempat anda.

  69. Anonymous on

    Semua gaduh bongok2 kan diri memasing. X pyh bandinglah. Bujang mmg senang. Klu dh kawin beranak tu lain. Dulu pun lain semua x mahal mcm skrg.

  70. saya sayang pm on

    lepas dapat degree tahun 2011 first gaji 1400 je..keje je apa pun dulu.
    ingat lagi masa tu tgh hari mkn roti gardinia 60sen..mlm mkn nasi lemak atau roti canai atau burger.

  71. Sy plajar diploma, baru kerja setaun, gaji first 1500, tukar job gaji basic 2100. Tinggal di kl, mmng x ckup, krete 290, rmah 160, savings 630, hutang 300, insuran 150, parents 100, topup 100, balance minyak krete tol dan makan. Takde dana yg lebih unk brhibur dan sebagainye

Leave A Reply