Rakyat Malaysia Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi di Malaysia? Setuju?

Rakyat Malaysia Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi di Malaysia? Setuju?

Meleleh air mata seketika dek kerana membaca kenyataan orang nombor satu dalam Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz apabila melihatkan laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan penanda aras pendapatan rakyat Malaysia. Mengejutkan…

gaji rakyat malaysia

Mengejutkan apabila hasil Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh pegawai & kakitangan BNM menunjukkan :

Laporan BNM : Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi?

Butirannya seperti di bawah ini:

  1. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah
  2. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana
  3. rakyat Malaysia yang memiliki gaji dan pendapatan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi
  4. Anda pula tergolong kelompok yang mana satu?

Lagi maklumat yang tersenarai dalam Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013

  • Kenaikan golongan berpendapatan sederhana di Asia termasuk Malaysia bakal menyebabkan kenaikan kos sara hidup jika berlakunya aspek permintaan melebihi penawaran
  • Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyarankan keperluan infrastruktur pengangkutan dan perumahan yang mencukupi, seiring dengan pertumbuhan kuasa beli rakyat

Berita Semasa fikirkan pada mulanya rakyat Malaysia berpendapatan tinggi itu adalah sekitar RM10,000, RM15,000 ke atas yang bagi kami masih dianggap munasabah. RM5,000 berpendapatan tinggi? Orang kaya rupanya yang berpendapatan dan mempunyai gaji RM5,000. Erm…..

“Pendapatan RM5,000 mampu beli rumah pertama Semi D di Kuala Lumpur?”

Inilah apabila pembuat dasar dan yang menghasilkan kajian tidak berpijak dibumi yang nyata antara realiti ataupun fatamorgana semata.

Mereka ini terlalu jauh jurangnya dengan rakyat marhaen yang sedang sesak bergelumang dengan gelombang kenaikan kos sara hidup di Malaysia ketika ini sehinggakan mereka tidak sedar adakah logik dengan pendapatan Rm5,000 mampu hidup dengan selesa di bandar?

Pernahkah mereka bertanya kepada diri mereka sendiri? Pernah?

Baik, jikalau anda terfikir sama dengan Berita Semasa bagaimana buku Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan sandaran tetapi akhirnya dilihat tempang apabila dibuat perbandingan seperti di bawah ini :

  • berdasarkan kajian RM5000 = dianggap pendapatan tinggi
  • berdasarkan LHDN RM2500 = dilihat cukup tinggi untuk buka fail?

Zaman Bas Mini VS Zaman Sekarang : Gaji RM5,000 Sebulan Pendapatan Tinggi?

Realitinya sekarang ini, taraf hidup makin tinggi dan terus meningkat tanpa menoleh kebelakang lagi malangnya gaji ditakuk lama.

Bagi Berita Semasa sangat tidak logik pada hari ini untuk mengatakan rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan RM5,000 dianggap tinggi. Angka tersebut hanya sesuai digunapakai ketika Malaysia diera “bas mini”. Bukannya sekarang.

Pendapatan Rakyat Malaysia 2014

RM5000 berpendapatan tinggi? Tinggal di bandar?

  1. dengan nursery anak-anak
  2. dengan kos parking + minyak ke pejabat
  3. dengan harga rumah melampau + sewa tinggi
  4. dengan harga makanan membebankan

Gaji RM5,000 Sebulan Pendapatan Tinggi : Contoh Perkiraan Kasar Berita Semasa

Berita Semasa sempat membuat perkiraan di bawah ini :

Gaji = RM5,000 sebulan

Perbelanjaan bujang (A);

  • 1. KWSP dan income tax Malaysia (10% anggap sahaja) = 500
  • 2. duit belanja dapur = 300 (anggap makan sehari RM10)
  • 3. duduk umah sewa = RM500 (anggap sewa sahaja dahulu, jikalau anda beli rumah biasanya antara RM1,000 dan ke atas contohnya)
  • 4. bayar kereta = RM500 (kereta viva contohnya)
  • 5. bayar bil telefon = RM100 (bersekali dengan internet)
  • 6. duit minyak kereta = RM300 (anggap sehari RM10)
  • 7. bagi duit kepada mak ayah = RM300 contohnya
  • 8. bayar ptptn (gaji RM5,000 mesti ada ijazah sekurang-kurangnya. Betul?) = RM400

total (A) = RM2900

untuk yang bujang, perbelanjaan diri sendiri (belum campur lain-lain lagi termasuk simpanan dan persiapan untuk berumah tangga) adalah seperti di atas…

adalah tinggal = RM5000 – RM2900 = RM2,100 – …. – …. = tinggal berapa akhirnya?

Perbelanjaan untuk yang berkeluarga (B);

  • 9. pengasuh anak = rm300
  • 10. pampers + susu = rm200

total (B) = RM500 untuk seorang anak

duit yang ada = RM5,000 – RM2,900 – RM500 = RM1,600

Belum lagi dengan perubatan dan lain-lain lagi perbelanjaan. Hmm…mewah kot?? Mungkin seperti “orang kuat” BNM cakap. Hebat…..Realiti?

Pendapatan Perkapita Malaysia

P/S : Gaji RM5,000 (kaya). Apabila sudah tolak EPF Income Tax Malaysia Socco tinggal RM4,000 (kedana) tolak lagi …….. tolak …… dan tolak ………. tinggal……? Apa respon balas anda pula?

PP/S : Saranan Berita Semasa, agar kajian semula dilakukan. RM5,000 nampak sahaja besar tetapi realitinya “nilainya” hari ini? Jatuhhhhh……

PP/S : BNM hanya akan memutuskan sebarang perubahan Kadar Dasar Semalaman (BNM OPR) pada Julai 2014? Samada kadar faedah pinjaman anda akan terus kekal atau bakal naik? Ehem….