Cara Untuk Dapat Gaji Tinggi di Malaysia Tahun 2023

Cara Untuk Dapatkan Gaji Tinggi di Malaysia Tahun 2023 untuk wanita, fresh graduate, lepasan spm. Banyak pekerjaan gaji tinggi sekarang. Teruskan membaca butiran di bawah ini….

cara dapatkan gaji tinggi di malaysia

Pastinya ramai anda di sini yang mahu memperolehi gaji tinggi di Malaysia, tetapi persoalan sekarang bagaimana cara dan tips yang boleh digunapakai? Kebiasaannya ramai yang beranggapan cara yang boleh dipraktikkan adalah dengan:

  • Menjadi pekerja yang mahir dalam syarikat anda bekerja
  • Menjadi pekerja yang setia
  • Menantikan masa dan ketika, peluang untuk kenaikan pangkat dan gaji

Sebenarnya usah kita bersandarkan kepada 3 tips di atas. Sebaliknya anda sendiri boleh tentukan masa depan kerjaya anda dengan cara dan teknik tersendiri.

Usah untuk mengharapkan dan bergantung harap kepada orang atas anda termasuk majikan untuk memberi ganjaran yang lebih baik kepada anda.

Tugas majikan anda adalah untuk memanfaatkan kemahiran anda, dapatkan keuntungan maksimum yang mereka boleh daripada anda. Ia adalah demi kepentingan terbaik mereka untuk membayar jumlah yang sama atau kurang, tidak lebih. Ini bukan tuduhan, cuma fakta.

Bagaimana Cara Dapatkan Gaji Tinggi di Malaysia

Untuk apa kita menunggu peluang kenaikan pangkat dan gaji, jika ia masih tidak kunjung tiba? Izinkan kami berkongsi dengan anda beberapa cara dan teknik yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kerja gaji besar di Malaysia.

Adakah Ada Kerja Gaji Besar di Malaysia?

TIADA. Semuanya perlu bermula dari bawah cari pengalaman / sambung pendidikan tinggi bagi lepasan spm / stpm, bersusah payah di awal kehidupan dalam kerjaya, dan insyallah dengan usaha berterusan tanpa kenal erti putus asa, tiada yang mutahil untuk menikmati gaji yang tertinggi dalam kerjaya yang anda ceburi.

  • Gaji diploma 2023 lebih tinggi dari gaji degree 2023, begitulah seterusnya

1. Negotiate Dengan Majikan Anda Sejak Dari Awal

Berdasarkan pembacaan dan penelitian kami mengenai asas perundingan gaji dan kenaikan pangkat, kami suka dengan kaedah dan cara untuk meningkatkan untuk menjadikan gaji anda lebih tinggi sepanjang tempoh kerjaya anda di Malaysia seperti dikongsikan oleh Ramit Sethi.

Ramit Sethi juga berkongsi dalam video panduan olehnya, skrip yang boleh anda gunakan semasa sesi rundingan tawaran kerja kepada anda.

Anda perlu rundingkan peluang gaji yang lebih tinggi pada mula-mula anda menerima tawaran kerja, ini kerana ia adalah tempoh yang paling sesuai untuk berbincang bagi memboleh gaji anda bertambah lebih cepat untuk sesuatu tempoh pada mada akan datang.

Sebagai contoh:

  1. Pekerjaan yang menawarkan kepada anda gaji permulaan RM2500 dengan kenaikan tahunan 5 peratus akan menjadi RM3000 + pada Tahun 5
  2. Pekerjaan yang menawarkan gaji permulaan RM3000 dengan kenaikan tahunan 5 peratus akan menjadi RM3600 + pada Tahun 5

Jadi adakah anda nampak betapa pentingnya untuk mendapat gaji permulaan yang tinggi?

YouTube video

Persoalannya sekarang, bagaimana jika anda sudah pun menerima tawaran kerja bersama-sama tawaran gaji? JANGAN RISAU, ini ada video yang SANGAT SESUAI untuk anda

YouTube video

2. Cara Dapat Gaji Lebih Tinggi Khas Untuk Wanita Malaysia

– PERTIMBANGAN KHAS UNTUK PEKERJA WANITA –

Untuk diskusi pekerjaan dengan gaji lebih tinggi untuk wanita di malaysia, anda perlu ubah gaya dan perkataan seperti yang dikongsikan pada video di atas ini.

Kami tidak sarankan anda mengambil skrip di atas, sebiji-sebiji. Ini adalah kerana golongan wanita tidak disarankan untuk cuba berunding dan tawar menawar secara langsung.

SEBALIKNYA, beritahu yang anda boleh melayani pelanggan syarikat dengan lebih baik dengan peranan baharu yang diberikan, sekali gus mampu membantu syarikat menjana lebih banyak pendapatan.

Beritahu mereka bahawa anda memerlukan jawatan yang lebih tinggi supaya anda boleh membantu membangunkan pekerja baru dan dapat meningkatkan produktiviti pekerja sedia ada.

3. Pindah Tempat Kerja

Baiklah, katakanlah anda tidak mahu berunding dengan majika anda. Kami sarankan anda untuk berpindah tempat kerja.

Anda boleh mula kemaskini CV anda dari masa ke semasa dan menghantar syarikat dan tempat kerja lain yang anda inginkan.

BACA SINI: Contoh cover letter bahasa melayu

Walaupun mungkin anda merasakan tidak banyak. Tetapi jika anda berpeluang untuk mendapat gaji dengan perbezaan sebanyak RM200 / RM300 / RM500 lebih tinggi berbanding tempat kerja sekarang, mengapa tidak?

Dengan tambahan dan peningkatan gaji sebanyak itu, setahun sudah berapa?

Berdasar kajian yang dilakukan sendiri oleh Agensi Pekerjaan iaitu Micheal Page, anda berpeluang cerah sebenarnya untuk naik gaji antara 10 peratus sehingga 25 peratus apabila anda berjaya berpindah ke tempat kerja yang lain.

pekerjaan gaji tertinggi

SUMBER: https://www.michaelpage.com.my

4. Pertimbangkan Untuk Kerja di Luar Negara

Tidak dinafikan di Malaysia, kita sekarang mengalami krisis pengangguran dikalangan belia. 10 tahun lalu, fresh graduate boleh dapat RM3000, sekarang RM2500 adalah jumlah dirasakan agak baik di Malaysia.

Di Malaysia, untuk mendapatkan kerja gaji besar di malaysia perlu bekerja di MNC ataupun GLC. Tetapi tahukah anda begitu banyak peluang di luar termasuk peluang kerja di luar negara sana untuk anda mendapat pengalaman dan gaji baru yang lebih tinggi?

Jika ia baik untuk masa depan anda, mengapa tidak?

kerja gaji tinggi lepasan spm

Pekerjaan Gaji Tertinggi di Malaysia 2023

Senarai pekerjaan di malaysia dengan gaji tinggi adalah seperti berikut:

  1. Juruterbang (Pilot)
  2. Agen Insurans
  3. Agen Hartanah
  4. Saintis Data <<< (Tengah laku)
  5. Chargemen
  6. Pakar Bedah
  7. Ketua Pegawai Kewangan
  8. Pengarah Pemasaran IT <<< (Tinggi Permintaan)
  9. Penyelidik Klinikal
  10. Pengarah Pengurusan Risiko
  11. Pengarah Strategi <<< (Tinggi Permintaan)
  12. Pengarah Perkhidmatan Guaman
  13. Pengurus Operasi Elektrik & Gas
  14. Banker Pelaburan (Tinggi Permintaan)
  15. Pakar Pembangunan & Operasi Dalam IT <<< (Tinggi Permintaan)

Kerja Gaji Tinggi Lepasan Spm

Walaupun anda hanya lepasan spm sahaja, ada sebenarnya banyak peluang kerja yang boleh dapat gaji tinggi untuk anda. Antaranya ialah:

  1. Agen insuran
  2. Agen hartanah
  3. Penasihat Kewangan

Tetapi jika anda sijil yang bertauliah untuk kemahiran tertentu anda boeh dapat gaji antara RM8000 hingga berpuluh ribu ringgit sebulan. Antara kerja tersebut adalah:

  1. Wireman
  2. Pegawai ROHS (Restriction of Hazardous Substances Directive)
  3. Chargeman
  4. Rig Operator / Operator Pelantar Minyak
  5. Pegawai Keselamatan & Kesihatan
  6. Plastics Welders
  7. Offshore Inspection (gaji offshore 2023 tengah sedap sekarang)
  8. Welding Inspector & Welding QC Co-ordinator

Soalan Lazim & FAQ

1. Apakah pekerjaan yang tidak memerlukan spm

Jual produk kosmetik, buat website, jual barang online, buat mobile app, jadi ahli sukan dan pemain bola sepak, jadi artis selebriti atau influencer dan banyak lagi. Peluang terbuka luas untuk anda.

Kami doakan hasrat anda untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi Malaysia dapat tertunai! Semoga berjaya dalam laluan kerjaya anda.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia