≡ Menu

Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya? Ku Li Dedah Punca!

Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya? Ku Li Dedah Punca!

Berdasarkan statistik yang Berita Semasa pernah laporkan setahun yang lalu, kajian menunjukkan seramai 33.8% berpendapatan antara RM1,500 dan RM3000 sebulan.

Miskin Bandar

Adakah anda salah seorang daripadanya?

Dan jikalau lebih 3 tahun lalu seperti yang pernah dilaporkan seorang Menteri Malaysia dari Kelantan (Kalau Gaji RM3,000 Dikira pekerjaan gaji tinggi?) pernah meletakkan paras pendapatan dan gaji RM3,000 sebagai berpendapatan tinggi nampaknya hari ini ia tidak relevan lagi. Mengapa?

Keadaan dan kedudukan sudah berubah jauh berubah. Landskap kos sara hidup di Malaysia semakin melebar.

Dan terkini Tengku Razaleigh Hamzah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan mantan Menteri Kewangan mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersiapa sedia supaya rakyat Malaysia terutamanya golongan bumiputera di Malaysia tidak senasib dengan Red Indian di Amerika Syarikat, menjadi pengemis di negara sendiri. Jadi miskin bandar

Punca Pendapatan dan Gaji RM3,600 Adalah Miskin Bandar di Malaysia?

Mengapa mereka mengatakan begitu. Huraiannya di sini…

  1. Ringgit Malaysia di terus jatuh. Jikalau dahulu matawang Malaysia dan matawang Singapura sama hebat dan sama padan. Sekarang? Rakyat Singapore tersentyum girang membeli belah di Johor Bahru dan tempat-tempat lain di Malaysia
  2. World Bank juga telah menetapkan kadar baru bagi kerajaan Malaysia mengatasi kadar kemiskinan di Malaysia
  3. Inflasi malaysia semakin melonjak naik
  4. Pendapatan dan gaji yang diterima rakyat Malaysia terllau perlahan dibandingkan kadar kos sara hidup di Malaysia

Bagaimana realiti kos sara hidup yang perlu anda lalui sekarang dibandingkan gaji yang anda terima setiap bulan, terutamanya yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar di Malaysia?