Gaji Polis Baru Naik : Durian Runtuh Bagi Anggota PDRM. Tahniah!


Gaji Polis Baru Naik : Durian Runtuh Bagi Anggota Polis Diraja Malaysia PDRM. Tahniah!

Nampaknya lebih ramai anak muda yang akan memasang impian untuk menganggotai polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas ini.

gaji polis baru

Kalau dahulu, gred dalam skim lama dipakejkan bersekali dengan jawatan Inspektor, ASP, DSP, Supritenden dalam gred 41. Sekarang?

Sekarang tidak lagi di mana, anggota dan pegawai polis akan menerima skim gaji dan kenaikan pangkat sama seperti penjawat awam yang lain seperti anda, anda di sini. Contohnya ?

Contohnya anda boleh semak pelbagai pangkat dan kenaikan tangga gaji baru polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti di bawah ini skim gaji polis yang baru seperti di bawah ini:

Tangga Gaji Polis Baru

Tangga Gaji Baru Inspektor (YA 13)

  • Dari RM 2,329.00 hingga RM 8,883.00

Tangga Gaji Baru Konstabel (YA 1)

  • Dari RM 1,014.00 hingga RM 3,517.00

Tangga Gaji Baru Sarjan (YA 5) (lantikan)

  • Dari RM 1,711.00 hingga RM 5,199.00

tangga gaji polisDengan sejumlah 109,209 anggota dan pegawai polis, kami yakin masing-masing anggota polis kita akan tersenyum lebar seperti gambar disebelah kiri dengan berita kenaikan gaji baru polis kali ini.

Sepertimana anda melihat kenaikan tangga gaji baru polis yang anda semak di atas tadi, gred Konstabel, Lans Koperal, Koperal akan disetarakan kepada Gred 17, 20 dan 22 manakala Sarjan pula menjadi Gred 29.

Manakala bagi gred jawatan Inspektor, Asisten Superintendan Polis (ASP), Superintenden Polis (Supt) dan Asisten Komisioner Polis (ACP) disetarakan kepada Gred 41, 44, 46A dan gred 52 dalam perkhidmatan awam. Tahniah! Tahniah Berita Semasa ucapkan.

Cuma satu harapan, kalau dapatlah kiranya supaya diperbanyakkan anggota polis wanita di dalam PDRM. Apatah lagi kami memerhatikan sekarang semakin banyak jenayah melibatkan wanita. Bagi kami wanita lebih memahami perasaan dan cara terbaik menangani masalah dan jenayah yang dihadapi kalangan wanita hari ini. Sekadar cadangan…

P/S: Semoga dengan berita kenaikan gaji polis PDRM yang baru kali ini akan dapat memberikan satu tonik tambahan dan suntikan semangat baharu kepada anggota polis Diraja Malaysia PDRM. Insyaallah!

PP/S : Berita terkini yang Berita Semasa terima, skim gaji polis perlu dilakukan semakan semula bagi membolehkan anggota Polis Diraja Malaysia PDRM terhindar daripada penyalahgunaan dan gejala rasuah di Malaysia. Adakah anda bersetuju?