Gaji Pekerja Swasta Naik dan Kenaikan Elaun : Najib Syor Syarikat Swasta Tingkatkan Kongsi Keuntungan Dengan Pekerja!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Gaji Pekerja Swasta Naik dan Kenaikan Elaun : Najib Syor Syarikat Swasta Tingkatkan Kongsi Keuntungan Dengan Pekerja!

Bukan semua gaji pekerja swasta tinggi di Malaysia. Bukan semua pekerja swasta yang akan menikmati jaminan bonus setiap tahun. Ada yang tidak pernah merasa kenikmatan pembayaran bonus tahunan pun ada.

gaji pekerja swasta

Dan juga bukan semua majikan mendapat pulangan yang lumayan. Ada yang tercungap-cungap untuk bernafas, sukat dan sekat sana sini bagi meredakan lambungan kos operasi perniagaan dan syarikat mereka pada ketika ini.

Bukan semua pekerja swasta yang ada kekuatan untuk membuat tuntutan elaun mereka naik lagi. Bukan semua pekerja mampu tersenyum lebar di saat ekonomi Malaysia tidak menentu. Masih mampu meneruskan tugas dan pekerjaan yang sedia sudah cukup bertuah, di saat di luar sana masih lagi berkeliaran di sana sini di seluruh Malaysia dan di sekeliling bangunan, pejabat untuk mencari peluang pekerjaan kalau ada.

Tetapi tidak dinafikan juga ada majikan yang bertindak menekan pekerja swasta bawahannya dengan memebrikan gaji dan elaun yang rendah, asalkan mereka dapat memaksimakan seberapa banyak keuntungan syarikat setiap tahun. Tetapi angka dan statistiknya masih lagi menjadi persoalan.

Mungkin Datuk Seri Najib Razak ada jawapannya dan angka? Mungkin?

Syor Najib Razak : Gaji Pekerja Swasta dan Elaun Naik?

Ini kerana Datuk Seri Najib Razak mahukan beberapa penambahbaikan yang dilakukan terhadap syarikat dan majikan di Malaysia supaya :

  • Majikan dan syarikat meningkat perkongsiaan keuntungan syarikat sebanyak 40 peratus berbanding 34 peratus pada ketika ini daripada Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK Malaysia
  • Dalam erti kata lain, bermula pada sekarang syarikat perlu membuat semakan semula gaji dan elaun untuk pekerja swasta mereka tanpa kompromi daripada produktiviti syarikat

Persoalannya berapa ramai majikan di Malaysia mahu ikut nasihat dan syor daripada Datuk Seri Najib Razak?



Share.

96 Comments

  1. naikkan la gaji minima serta elaun setaraf kerja.. anda ada kuasa untuk menekan majikan

  2. gaji minima dan elaun swasta perlu setaraf kerajaan.. sedangkan kerja swasta lebih 9jam seminggu. tapi gaji swasta lebih banyak dari kerajaan

  3. Perlu dinaikan gaji penjaga lembu Kak Jat Lembu kerana kos penjagaan lembu sekarang telah meningkat

  4. gaji minima RM900 pe dapat skg,tahun depan pun naik rm1000 alahai…gst lg aduhai…

  5. majikan pakai cantik, kuli pakai kotor…. majikan kereta besar, kuli kayuh basikal atau nek kapcai….. majikan rumah besar, kuli dok umah setinggan…

  6. Jabatan Buruh & Tenaga Manusia perlu lawat dan pantau kilang2 yg menindas dan mengabaikan kebajikan pekerja

  7. Gaji pakar2 bom harus dinaikkan kerana mereka menjalankan tugas bahaya

  8. Gaji Pekerja sektor awam harus ditingkatkan kerana terlalu rendah berbanding dgn pekerja TNB, Telekom, Petronas, bank2… yg mendapat gaji besar & bonus sehingga 6 ke 10 bulan gaji

  9. Guru menikmati gaji dan elaun yg rendah berbanding dgn sektor awam yg lain

  10. Di sektor awam tertentu, pekerja2nya boleh menggunakankan kuasa utk dapat duit lebih/poket money

  11. Aktiviti ini menjejaskan kutipan hasil kerajaan dlm bentuk saman, denda, cukai dll.

  12. Ha2 bajet 2017 nanti akan menentukan hidup mati parti umno… akan terus relevan atau tidak

  13. Bayaran bonus rm500 januari ini membuktikan wang kerajaan dah eleekkk.. Walaupun kutipan cukai impot dan GST terkumpul berbilion2….

  14. Seperti mana Penjawat Awam yg terlewat declare CUKAI PENDAPATAN telah dikenakan PENALTI, harap2 anak2 & keluarga menteri yg mengelak CUKAI dikenakan denda/penalti yg sama

  15. Berhenti kerja,buat company sendiri,xde sape halang,kerja rilek dan tenang..

  16. kerajaan ini boleh direpair semula jika sebuah kerajaan baru mengambil alih pemerintahan negara ini selepas PRU 14..

  17. nko nak sleeping partner pergilah kat dannok, thailand… beratus GRO dok tunggu matahari jatuh
    jer diorang nak nko booking utk T.I.D.U.R…

  18. Tun Madey cakap masa dia jadi menteri dulu, dia pun kena bayar CUKAI…. sekarang Menteri sama PM ada bayar ka?

  19. Ckp memang senang naik gaji bagi gaji tinggi kosing keuntungan syarikat tetapi berapa byk untung boleh di kongsikan!! Kalau rugi adakah boleh kongsi dgn perkerja??? Skrg byk syarikat mahu cut kos buang perkerja lagi mahu naik gaji mampukah syarikat teruskan operasi atau tutup golong tikar.

  20. Apalg masa skrg brg semua naik harga masih tak cukup tinggi ke kenaikkan harga skrg masih mahu dinaik??? Dah dekat 50% kenaikan dlm masa 2 tahun malah rakyat tidak mahu terima kenaikan harga brg sehinggakan byk peniaga menerima kesan kejatuhan yg mendadak! Kerajaan tahu collect duit je…tahu ke buat bisnes! Kalau tak ekonomi negara tidak mcm ni.

  21. Sy pasti kalau kenaikan gaji perkerja terlalu tinggi mesti akan dikurangkan perkerja lepas ini semakin byk yg menganggur sebab tu byk yg nak berkerja dlm kerajaan namun ada ke kekosongan?/?jadi kerajaan tidak membantu malah rakyat juga tidak mahu terima kenaikan harga brg .

  22. Dulu aku kerja gaji 400 je, dah sepuluh tahun baru sampai 1500, yang baru ni masuk dah jadi 900~1000, padahal gaji saya x tambah jadi 2000 di mana 450 dah lompat ke 900 bagi gaji minima…kesian pada gaji pekerja yang tinggi sikit berbanding gaji minima…tapi macam mana pun jika aku kena tambah 500, nanti leader pulak minta, assitant manager pun minta, tutup lah syarikat, hahaha

  23. kalau bandingkan dgn Thailand dan Indonesia kos hidup di Malaysia sekarang sangat tinggi… harga rokok pun dh nak sama dgn Singapura

  24. CUKAI pun sudah hantam 2,3,4 kali atas satu2 barang esp barang yg diimpot..

  25. Peniaga2 asing kt Malaysia pun sound untung merosot walaupun diorang meniaga x payah bayar cukai pendapatan

  26. jacki, dengan gst dan ringgit yang parah ni di samping ekonomi dunia yang lembab, banyak syarikat mengalami keadaan untung yang berkurangan atau lebih teruk lagi mengalami kerugian.Mana ada wang lebih untuk kenaikan gaji, pecat pekerja lebih ideal, haha

  27. Peniaga2 asing dari Thailand dan Indonesia especially yg buka restoran mana kena CUKAI pendapatan… diorang untung bersih 100%

  28. Ramai diorang masuk Malaysia atas tiket lawatan sosial tapi menjalankan perniagaan dan aktiviti persundalan serta elak dan terlepas bayar cukai

  29. Bagaimana org2 asing boleh berniaga dgn mudah di Malaysia tanpa membayar cukai keuntungan ?

  30. Cuba korang angkat kereta sorong atau pergi sewa satu kedai makan kat pekan dannok @ padang besar…. aku ingat x dan 5 hari samada korang mati kena tembak, kedai kena pau atau korang kena bungkus

  31. Rakyat dan pihak berkuasa Malaysia memang murah hati kepda rakyat asing… bahkan toke2 ini pula siap ngaku ada bela2 bos2 dlm jab imigresen

  32. Ianya menjadi “lorong tikus” bila kucing “berpura2 tidur”….

  33. Ia menjadi “lorong tikus” bila bapak kucing dijamu dgn tikus mongel yg merah menyala… sehingga bapak kucing dan kucing telah berdarah tikus

  34. Untuk menampakkan kesungguhan pihak berkuasa, lorong tikus itu patut ditukar namanya kepada “lorong anjing”

  35. Sebab tu di jabatan tertentu pekerjanya comel2 seperti kucing siam, berbulu lebat, berkilat dan bulunya cantik…. kerana friskiesnya berkualiti melimpah ruah

  36. Diorang x makan lagi masakan kt rumah, modal dah lebat…. sebut jer nak amende…. aksesori & sangkar diorang pun mcm sangkar kucing emas…

  37. Ketika rakan2 di sektor swasta menikmati bonus berbelas ribu, 1.5 juta Penjawat Awam akan dibayar rm500…. pecah tradisi Penjawat Awam Malaysia di ketika kutipan GST bertimbun setinggi gunung

  38. Annoyingmous on

    pegi ler korang berhijrah ke negara lain, singapore, japan, usa, england, russia & try keje di sana klu nk tau pay/hour sape yg lg bagus. kt luar mmg ade yg bergaji tinggi, tp derang keje bagai nk mati dr subuh smpi tgh mlm pun ade. nkorang yg baru keje 9-10 jam dpt gaji ala kadar tp ade masa utk lepak2, tido puas2, bersama kluarga n so on, lagi mau bising???

  39. kat europe diorang dah lama laksanakan sistem kadar upah minima…. boleh kerja ikut jam, contoh 1 jam dibayar USD10, kalau dapat 5 jam kerja sehari dah cukup

  40. Australia pun dah on sistem ini, diorang boleh ambil gaji mingguan atau bulanan. Kalau sehari kerja 5 jam, 1 minggu dah dapat 25 jam @ USD250 (MYR1000)…. ok la tuh

  41. Malaysia patut dah laksanakan sistem bayaran gaji mingguan @ gaji 2 minggu sekali

  42. kenapa transformasi kerajaan tidak merata hingga ke jumlah hari kerja utk pay day yg baru

  43. Jika CTOS & CTRIS terus berperanan menekan Penjawat Awam, struktur pembayaran gaji sebulan sekali dah x relevan lagi….

  44. sokong tu, kenapa perlu tunggu sebulan sekali gaji, kenapa tak bayar 2 minggu sekali gaji

  45. Kat europe dan US tu memang kadangkala diorang kerja lebih masa, sebab ada musim tertentu contoh musim sejuk diorang bercuti 3 bulan dlm setahun

  46. Hakikatnya upah dan gaji di Malaysia jauh lebih rendah berbanding kt europe & US….. Sebab tu diorang suka buka kilang kt Malaysia, Vietnam dan Kemboja kerana upah dan kos buruh kita sangat rendah

  47. Malah pekilang tekstiles dari jepun sendiri melabur dan membuka kilang di negara 2 Asia Tenggara kerana kos buruh yg rendah… sedangkan bahan mentahnya diimpot dari US dan produk itu utk pasaran jepun, US dan global

  48. Dalam industri baju dan seluar jeans, pekilang2 Jepun banyak mengimpot bahan mentah tekstil dari USA tetapi membuka kilang2 mereka di thailand, kemboja, Vietnam dan mexico kerana kos buruh lebih menjimatkan

  49. Malaysia juga tergolong dlm negara di mana buruh dan pekerjanya menerima upah yg rendah

  50. GLC milik kerajaan seperti TNB, Telekom & petronas mungkin dilihat membayar gaji dan bonus agak tinggi setanding gaji buruh di Eropah & USA

  51. Walaupun ada sedikit perubahan gaji bagi buruh di Malaysia, tetapi dgn kejatuhan nilai ringgit, kenaikan harga brg2 & GST, perubahan gaji itu tidak membawa apa2 penambahbaikan kepda pekerja

  52. Ia seperti seorang pesakit jantung yg telah mendapat berita telah sembuh sakit jantungnya. TETAPI didapati telah dijangkiti pulak dgn diabetes…

  53. Harap2 satu2nya syarikat gergasi milik Kem. Kewangan iaitu 1MDB akan mencatatkan keuntungan besar tahun ini… dan sudah tentunya menyuntik dana yg lebih besar kepada kerajaan Malaysia…

  54. sebagai sebuah syarikat pelaburan strategik, tentu tempoh 6 bulan yg dijanjikan telah menyuntik kejayaan cemerlang dlm pelbagai pelaburan dlm & luar negara

  55. pastinya bonusnya hebat… syarikatnya gergasi hasratnya berbilion, x kan bonus ciput

  56. Nama je gaji naik
    Selagi makan gaji kena tolak incometax same je mcm tak naik gaji
    Yg sure bertambah adalah keje dan tanggungjawab

  57. kerajaan naikkan gaji PA +elaun lebih RM1500 adalah bukti gaji bawah RM1500 sangat rendah.. gaji minima swasta termasuk elaun RM1000 sahaja yang kerajaan naikkan adalah satu penghinaan pada tuntutan gaji minima swasta.

  58. ramai yang berlumba untuk kerja PA berbanding swasta pada sektor bawahan kerana habuan yang kerajaan berikan berbangding

  59. Anonymous on

    orang keje swasta macam2level dari buruh sampai lah executive. kalau yang keje buruh swasta, nak beli rumah pun sekarang ni pun memang xmampu. maka merempat lah dibumi tanah air tercinta. elaun rumah tiada tidak seperti penjawat awam mcm2 kemudahan yang kerajaan berikan sepatutnya bersyukur. syarikat swasta ada sesetengah tu hari2 kena keje dan ada yang keje shif siang dan malam tidak berbaloi dengan pendapatan. Di Malaysia ni penjawat awam je blh survive tidak seperti sektor swasta. pikir2 kanlah.

  60. Walaweidebab on

    Sy cadangkn gaji minima rm1000 pun sudah brbaloi… Ditambah pula kenaikan elaun. Kos sara hidup yg smakin meningkat di masa kini dgn adanya gst..

Leave A Reply