Gaji Minima Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Setuju Atau Tidak?


Gaji Minima Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Setuju Atau Tidak?

Jikalau anda semua, tidak terlepas berita mengenai berita baru-baru ini yang mana kerajaan Malaysia ada menanggung makan PATI (Pendatang asing Tanpa Izin) dalam tahanan sebanyak RM35.00 sehari.

gaji minima

Indahnya hidup mereka di atas bumi Malaysia ini.

Bagaimana pula dengan belanja makan kakitangan awam aka rakyat Malaysia yang sah, apatah lagi kakitangan swasta yang lain?

Apa perbezaan dahulu kos sara hidup dahulu dengan sekarang sehinggakan sehingga Tokoh Ekonomi seperti Allahyarham Dato’ Salleh Majid pernah mengatakan :

“Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi taraf makin menurun”

Melihatkan kos sara hidup yang melambung tinggi terutamanya kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan kadar tol pada tahun ini Cuepacs ada satu cadangan.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu memperjuangkan gaji minima penjawat awam naik ke paras sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan…

Cadangan Cuepacs Untuk Gaji Minima Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Analisa Cuepacs :

  • Kos sara hidup yang meningkat antara 8 hingga 10 peratus sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar
  • Sedangkan, kenaikan gaji kakitangan awam hanya sekitar 2.0- 2.5 peratus sahaja
  • Kumpulan yang paling merasai tekanan ini ialah 54 dan ke bawah
  • Kerajaan mesti menyelaraskan Elaun Sara Hidup ( elaun COLA) bagi seluruh negara manakala Imbuhan Tetap Khidmat Awam dinaikkan kepada minimum RM250.

Cuepacs juga mungkin boleh mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk segerakan keluar Pekeliling SST, seperti yang dijanjikan bagi mengantikan SSM dengan SST.

Pada pandangan Berita Semasa, cadangan dan tuntutan Cuepacs perlu diambil perhatian pihak kerajaan daripada sekarang. Dalam pada masa yang sama Cuepacs perlu lebih menumpukan elaun rumah, ITKA dan cola. Elaun perumahan pun sudah berada terlalu di takuk lama, tiada perubahan.

Apa respon balas kakitangan awam mengenai tuntutan terbaru Cuepacs untuk anda semua yang mana gaji minima penjawat awam naik RM1,200 sebulan.

Setuju atau tidak? Atau anda ada cadangan lain?