Gaji Minima Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Setuju Atau Tidak?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Gaji Minima Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Setuju Atau Tidak?

Jikalau anda semua, tidak terlepas berita mengenai berita baru-baru ini yang mana kerajaan Malaysia ada menanggung makan PATI (Pendatang asing Tanpa Izin) dalam tahanan sebanyak RM35.00 sehari.

gaji minima

Indahnya hidup mereka di atas bumi Malaysia ini.

Bagaimana pula dengan belanja makan kakitangan awam aka rakyat Malaysia yang sah, apatah lagi kakitangan swasta yang lain?

Apa perbezaan dahulu kos sara hidup dahulu dengan sekarang sehinggakan sehingga Tokoh Ekonomi seperti Allahyarham Dato’ Salleh Majid pernah mengatakan :

“Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi taraf makin menurun”

gaji minima malaysia

Anda boleh ikuti laporan berita yang sangat menarik bertajuk : Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid

Melihatkan kos sara hidup yang melambung tinggi terutamanya kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan kadar tol pada tahun ini sekaligus mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu memperjuangkan gaji minima penjawat awam naik ke paras sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan…

Cadangan Cuepacs Untuk Gaji Minima Penjawat Awam Naik RM1,200 Sebulan. Analisa Cuepacs :

  • Kos sara hidup yang meningkat antara 8-10% sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar
  • Sedangkan, kenaikan gaji kakitangan awam hanya sekitar 2.0- 2.5 % sahaja
  • Kumpulan yang paling merasai tekanan ini ialah 54 dan ke bawah
  • Kerajaan mesti menyelaraskan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi seluruh negara manakala Imbuhan Tetap Khidmat Awam dinaikkan kepada minimum RM250.

Cuepacs juga mungkin boleh mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk segerakan keluar Pekeliling SST, seperti yang dijanjikan bagi mengantikan SSM dengan SST.

Gaji Minima Penjawat Awam Naik : Pada pandangan Berita Semasa, cadangan dan tuntutan Cuepacs perlu diambil perhatian pihak kerajaan daripada sekarang. Dalam pada masa yang sama Cuepacs perlu lebih menumpukan elaun rumah, ITKA dan cola. Elaun RUMAH pun sudah berada terlalu di takuk lama, tiada perubahan.

Ini antara rekod yang sempat Berita Semasa kongsikan di sini :

  1. Januari 2005 : Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma dan SPM) naik daripada RM135.00 kepada RM180.00
  2. Januari 2006 : Elaun Batuan Saraan Hidup (elaun COLA) diperkenalkan antara RM50 hingga RM150.00
  3. Januari 2007 : Elaun Khidmat Awam (EKA) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma) naik daripada RM115.00 kepada RM160.00
  4. Januari 2007 : COLA naik 100% kepada RM100 hingga RM300.00
  5. 2008 – Tiada apa-apa elaun kakitangan awam naik
  6. 2009 – Tiada apa-apa elaun kakitangan awam naik
  7. 2010 – Senyap tanpa apa-apa berita
  8. 2011 – Senyap tanpa apa-apa berita
  9. 2012- COLA kawasan B dan C naik sebanyak RM50.00. RM100 jadi RM150. RM200 jadi RM250. Yang kawasan A kekal RM300.00
  10. 2013 – Senyap tanpa apa-apa berita
  11. 2014 – Senyap tanpa apa-apa berita. Mungkin Ada?

Apa respon balas kakitangan awam mengenai tuntutan terbaru Cuepacs untuk anda semua yang mana gaji minima penjawat awam naik RM1,200 sebulan.

Setuju atau tidak? Atau anda ada cadangan lain?



Share.

30 Comments

  1. tak cukup. semua benda naik…

    Keperluan dapur dah Rm500, Instalment rumah (900), minyak & maintainance (200), tol dah Rm100, Lain-lain RM300

    jumlah gaji minima sepatutnya RM2000

  2. skang ni gj 3000 idop kt kl mmgla xcukop…sewa umah,paking,tol,myk,mkn nk kasi mak bapak….last2 ujung bulan pose sementara tunggu gj msk….pose kalo ikhlas xpela..ni pose sbb xde duit nk mkn…terima kasihla PM kerana memahami penderitaan rakyat…kite jumpe di mahsyar nant..

  3. emas lapok on

    gaji minimum tu bagus tapi bukan untuk kakitangan kerajaan. semakin naik gaji kerajaan semakin naik harga barang. kerajaan bukannya menjana keuntungan macam swasta. percayalah kenaikkan gaji kerajaan menyebabkan sektor swasta terpaksa menampung kos kenaikkan tersebut dengan pelbagai bentuk dan jenis cukai perniagaan yang menyebabkan kadar keuntungan semakin mengecil. yang patut diutamakan adalah pemantauan dari agensi kerajaan yang terlibat bila peniaga menaikkan harga barang.

  4. I agree with the proposal to increase the minimum wage of the government worker because nowadays the living cost already increase exponentially. This is become hard for the fresh graduate to get married because everything has become costly.

  5. apeponxbole! on

    pnjawat kerajaan d beri keutamaan….pnjawat swasta? hade die nk tlg? smua maken naik….. senang la die nk mkan duit rakyat…… bg yg bkmampuan 2 xpe la… yg KURENG kmampuan ni cmn? xde toleransi dh… yg kaya tmbh kaya, yg miskin tmbh miskin…..sy rasa malaysia ni bek tukar sistem ekonomi la….

  6. tak payah la keluarkan kenyataan macai. di padang mahsyar nanti semua akan berdiri ketakutan sampai dah tak peduli perihal orang sebelah menyebelah. waktu tu kau dah tak terfikir dah tentang najib pasal untung nasib kau tu sendiri pun tak tau.

    jadi tolonglah, jangan keluar kenyataan macai yang rasa dirinya pasti masuk syurga tanpa hisab. tolonglah….

  7. Rakyat Malaysia akan merasa dirinya terseksa apabila harga semua barang naik, tapi gaji tidak naik..Apabila tibanya 1 April 2015, akan mulanya GST sebanyak 6%. Gaji sebanyak RM1200 sememangnya tidak cukup terutamanya keluarga mempunyai 4-5 orang anak. Elaun gaji kakitangan awam pun dikurangkan..gaji swasta pula tidak dibela..Kenaikan bil elektrik akan dapat dilihat pada bulan januari 2014 ini.. Negara mempunyai hutang sebab pemimpin selalu mengagihkan Bantuan Wang rakyat kepada orang yang memerlukan. Tapi tidak semestinya semua orang dapat.. Dijangkakan minyak petrol tahun ini akan naik lagi sebanyak 40 sen lagi..jadi bersedia lah dari segi mental dan fizikal.. Bila petrol naik, maka secara tidak langsung, semua barang akan naik sebanyak 20 sen ke atas..Menjelang 2020, kerajaan akan menghapuskan semua subsidi untuk barang keperluan..ini merupakan satu cabaran untuk semua rakyat Malaysia..

  8. Salam Sayang..

    Akak rasa bangga kalau gaji minimum dinaikkan bukan jadi RM1200 tapi RM2500,kalau RM1200 akaka nak beli TUALA WANITA pun tak lepas…Dato Najib please take note…akak luv BN..muahhhh

  9. peace no war on

    Naikkanlah smpai rm2500 sb saya nak beli rumah PR1MA. Rm1200 mana cukup nak apply rumah PR1MA..

  10. hai kak senah, kalau dah tahu nak beli tuala wanita tak lepas kenapa undi bn

  11. Saya setuju gaji di naikkan bukan saja kakitangan awam tapi disektor swasta sekali.
    Yang penting di masa ini ia lah pembaziran harus di bendung. Pihak kerajaan sudah sampai masanya adakan open tender. hentikan sifat kronisma dan monopoli Kurangkan pekerja asing.

    Dengan cara ini harga barangan dapat di kawal.
    Pandangan saya bn tak rela lakukan semua ini.
    Eelok saja kita tukar pemerintah

  12. Naik la gj pokok ke 2000.saya ni keja 10 tahun dah.gj pokok baru 1500.rumah tk mampu beli.anak 3 masih sekolah menengah.duduk menumpang rumh mk bapa lg.org kata kerja kerajaan senang.tk da senang juga.kami tk dilindungi insuran apa2 pun.nk beli insuran sendiri tk mampu.

  13. nabila huda bontot hitam on

    sepatutnya gaji minimum kakitangan awam dinaikkan kepada rm5000. Sekarang ni semua barang dah naik harga. Harga tudung dah mahal sekarang. Nabila pun nak merasa jugak pakai tudung fareeda..tapi nabila tak mampu sebab gaji Nabila pun cukup-cukup makan je..Sekarang ni pun nabila pergi kerja naik bas sebab tak mampu nak beli kereta idaman nabila iaitu toyota vios..dah la nak buat pinjaman peribadi pun setakat 10 tahun je..memang susah hidup nabila sekarang

  14. nanti semua bleh makan kangkong lah…kangkong dah turun..ini adalah permulaan dalam usaha kerajaan untuk ringankan beban rakyat.tqvm PM kangkong.

  15. gaji asas untiuk kakitangan KERA Jaan sepatutnya rm2000 sebulan..tidak termasuk elaun perumahan rm 300 sebulan, elaun anak2 rm500 sebulan dan elaun kenderaan rm 250.

  16. swasta penyumbang cukai terbesar…
    kerajaan penguna cukai terbesar..
    bila nak naik gaji….swasta dipinggirkan…
    kerajaan paling kuat mengula time keje

  17. swasta penyumbang cukai terbesar…
    kerajaan penguna cukai terbesar..
    bila nak naik gaji….swasta dipinggirkan…
    kerajaan paling kuat mengula time keje…
    itulah hakikat yang kene terima…

  18. Masalahnya setiap kali ada semakan gaji,tidak menyeluruh dan kerap menimbulkan rasa tidak puashati.Mesti ada lompang di situ dan di sini.Contoh ketara,kalau adanya kenaikan,tidak adil dan boleh dipertikaikan.Malah kelihatan membebankan gred yg ketinggalan jauh.Contoh pasti,golongan pertengahan yg begitu terasa kesan kos sara hidup.Senang cakap,yg kaya bertambah kaya,yg susah bertambahlah susahnya..

  19. Nickson Nick on

    Saya cukup berbangga menjadi Rakyat Malaysia dan juga bekerja dengan Kerjaan.Perkara yang saya nak jelaskan adalah beberapa tahap kehidupan kami orang sebagai pengawai kerjaan didalam Gred R.3 dimana kedudukkan gaji terlalu rendah daripada pekerja Ladang Sawit,sebahagian nya itu kalau di Sarawak ini.contoh saya dalam sebulan untuk belanjawan rumah sebulan Rm600 untuk beli barang dapur,belanja sekolah Rm300 sebulan,kenderaan Rm400 sebulan dan bil-bil air/letrik serta lain-lain Rm250 sebulan belum belanja sendiri,sedangkan saya bekerja dengan Jabatan Kerjaan Gaji Pokok cuma Rm1,321.80 kalau tambah Wilayah Rm297.41,Khidmat Awam Rm95.00 tak pernah dinaikkan,apa lagi kalau kami di Sarawak dapat diberikan Cola Rm300 seperti di Semenanjung,Kalau dikira semua gaji bulanan saya hanya RM 1,714.21sekarang sebelum potongan Petronesa/Angkasa RM888.03 setiap bulan,cuba pihak atasan fikirkan bagaimana kehidupan kami di bawah tapak kaki Kerjaan ini,sedangkan kami dibawah ini bekerja tidak kira siang dan malam sampai terlupa bahawa kami kerja tak kira jam serta masa,jangan hairan jika pengawai Kerjaan R.3 sehingga sanggup berhutang dengan along kerana Kerjaan tidak perhatin dengan taraf gaji mereka masih di takuk lama walaupun sampai penjen/berhenti kerja dalam Kerjaan mereka-mereka ini masih merempat susah,oleh yang demikian saya menyeru Pihak Kerjaan dipegang tampok PM serta dibawahnya agar membuka mata dan telinga supaya turun padang atau membuat semakkan semula perkara ini agar dapat kita selesaikan untuk keselesaan Penjawat Awan didalam R.3 ini seterusnya diberikan keistemewaan sebaik mungkin juga taraf terbaik,Saya cuma memberikan pandangan yang sekian lama kami rasai selama saya berkhidmat dengan Kerjaan selama 10 tahun ini dan hanya tinggal 20 tahun lagi saya bekerja dengan pihak kerjaan terasa amat sedih dalam hati saya tahan juga kerana masih mahu bekerja.
    Sekian,Mohon sempati pihak PM.

  20. Stat goverment Sarawak
    Cadangan saya untuk kaki tangan Awam di Sarawak seperti ini iaitu:-

    Gaji Pokok diberi : Rm 2,500.00 sebulan
    Cola sara hidup : Rm 600.00 sebulan
    Bi Wilayah : Rm 500.00 sebulan
    It Khidmat Awan : Rm 400.00 sebulan
    tidak termasuk hal-hal lain,jika boleh jadi tidak ada masalah lagi kepada penjawat Awan,yang sentiasa tertekan…mari sama2 kita fikirkan.

  21. ORANG PERLIS on

    kerajaan perlu prihatin dengan kesusahan kakitangan awam yang gred 1- 36 kerana gaji sikit dengan barang keperluan yang naik mendadak . Terpaksa bayar sewa rumah yang tinggi. Sekarang semuanya perlu duit. Saya dah pencen simpanan satu sen tiada.Harap kerajaan dapat naikkan elaun rumah dan cola.

  22. nape asyik bincangkan kos sara hidup,bila bg hanya untuk org semenanjung saje,utk penjawat awam dr sarawak yang hanya dapat elaun malaysia timur,,,,kenapa x bg selaras kenaikannya,ni x,hanya elaun kolar je naik,BIS nape x naik ?

  23. Apa yang patut kerajaan buat adalah kawal harga barang yang macam dah tak terkawal

  24. junaidi dimi on

    klo perintah diurus dgn jujur dan bijaksana…gaji minima 2000 pun teda masalah…..kita bagi mandat bkn kita di beri mandat….

  25. Aku ni dah lama menjerit , kerja 25 tahun pun terseksa dgn macam beban …..gaji memang tak memada dgn sara hidup….semua bertol-tol sampaikan tandas pun kena bayar konon jaga kebersihan , bila masuk dalam sama je…..Sebenarnya org bergaji besar kurang merasa keperitan seperti org bawah (paras dagu..).Rakyat melaung dikata menentang kerajaan , kalau diam dikata rakyat cukup , rakyat senang.Sesekali melihat Yg…yg B diatas tu macam tak nak tengok Yg…yg b dibawah.Dah lama menanggung susah ditanahair sendiri.Betulllll……..untung org Don yang duduk Malaysia ,,,boleh niaga diam2 tak perlu tol bertol macam aku…kerajaan bagi cukup klu kena tangkap….siap bagi makan ,siap dihantar balik…Hai rakyat Malaysia ….penat kita menyumbang pada Negara ..hasil tarak.

  26. Ktngan dh saban tahun gaji elaun naik tp mutu msh takuk lama. Rasuah& slhguna kuasa berleluasa d klgan kktngn kjaan.

  27. Banyak sangat cakap cuba plk jd usahawan nak tau. Silap2 nk beli beras pn xde duit. Atau petani nk tau. Kakitangan kjaan bnyk x bersyukur. D bg kemewahan & mcm2 kemudahn oleh kjaan tp bnyk sokong pembanngkang.

Leave A Reply