≡ Menu

Gaji Menteri Malaysia Perlu Potong dan Kurang Menjelang Pembentangan Bajet 2018


Gaji Menteri Malaysia Perlu Potong dan Kurang Menjelang Pembentangan Bajet 2018

Kadang kenyataan menteri-menteri yang ada ramai yang merasakan lebih baik diam daripada berkata-kata sehingga menampakkan bertambah rendah martabat seorang yang diangkat dalam barisan kabinet Malaysia yang ada hari ini.

gaji menteri

Seorang pakar ekonomi terkenal dari Khazanah Research Institute, Dr. Muhammed Abdul Khalid melontarkan cadangan supaya menjelang pembentangan Bajet Malaysia 2018 ini potong gaji menteri kabinet Malaysia yang ada sekarang ini. (Sumber : mypt3.com)

Katanya dalam keadaan sekarang belum lagi memasuki era kegawatan ekonomi, tetapi suasana dan iklan ekonomi Malaysia hari ini cukup mencabar di pihak kerajaan dan juga rakyat di bawah. Rakyat sudah brkorban dan ada juga yang terkorban mendepani gelombang ekonomi yang tidak menentu hari ini.

Oleh itu, barisan menteri Malaysia yang di atas perlu menunjukkan contoh dan tanggungjawab supaya dilihat yang mereka juga bersama-sama dengan rakyat Malaysia untuk merasai sendiri kesusahan dan keperitan yang dirasai oleh rakyat Malaysia sekarang.

Ia juga perlu dilakukan supaya menteri Malaysia tidak dicop “cakap tidak serupa bikin”.

Gaji Menteri Malaysia Dipotong, Sanggupkah Mereka?

“Hanya berdegar-degar di hadapan media tetapi menikus apabila disuruh berkorban demi rakyat”

Gaji menteri Malaysia tinggi, elaun pelbagai. Tetapi mendengar ucapan dan jawapan di media, semacam tidak berbaloi dengan keringat rakyat Malaysia bayar e filing LHDN aka cukai pendapatan dan cukai korporat untuk “menanggung” menteri-menteri seperti itu.

P/S : Menteri Malaysia perlu perbanyakkan lagi menteri seperti Johari Abdul Ghani dan tolong kurangkan menteri seperti Ahmad Maslan, Ismail Sabri dan tidak lupa juga Salleh Keruak. Malaysia tidak perlukan pembodek membuta-tuli.

PP/S : Ada siapa di sini yang bersetuju dengan cadangan potong dan kurang gaji menteri Malaysia termasuk Perdana Menteri Malaysia?