Gaji Fresh Graduate di Malaysia, Majoritinya RM2,500 Lebih Daripada Cukup. Setuju? Apa Respon Anda?

Gaji Fresh Graduate di Malaysia, Majoritinya RM2,500 Lebih Daripada Cukup. Setuju? Apa Respon Anda?

Apabila jika mahu dibuat perbandingan melibatkan pengurusan kewangan bagi kalangan yang memiliki gaji RM2,500 sebulan ia terlalu subjektif.

gaji fresh graduate

Ada yang cukup, ada yang tidak cukup. Ini semua….

Ini semua berpandukan dan berfaktorkan kepada lokasi tempat kerja, isu inflasi Malaysia, kos sara hidup semasa, lokasi kediaman, cara pengurusan kewangan dan juga sejarah dan latarbelakang hutang sebelum-sebelum ini.

Sebagai contoh ada yang mengatakan pada sekitar tahun 2002 contohnya dengan gaji permulaan RM2,700 sebulan masih dilihat banyak. Perbelanjaan boleh guna dilihat cukup.

  • Kereta iswara RM500
  • Beri ibu ayah RM300
  • Sewa rumah + bil RM350
  • Makan : RM500
  • Simpan ASB : RM700
  • Kos Minyak : Minyak harga murah pada masa itu dengan minyak yang berkualiti RON97

Itu tahun 2002, bagaimana realiti keadaan sekarang? Kami pulangkan persoalan ini semula kepada anda.

Hari ini, AKPK ingin memberikan peringatan kepada anda semua rakyat di Malaysia supaya memulakan pengurusan kewangan yang betul yang mana boleh mengelakkan anda semua kancah dan masalah “tidak cukup duit” setiap hujung bulan.

Semuanya AKPK bersandar kepada angka seperti di bawah ini :

  1. Gaji permulaan anda sebagai siswazah yang baru memulakan kerja berdasarkan kajian AKPK adalah dengan pendapatan dan gaji RM2,500
  2. Dengan gaji RM2,500 AKPK merasakan cukup sebenarnya apabila pengurusan kewangan anda betul
  3. AKPK mengingatkan golongan siswazah yang baru mula kerja tidak perlu tergesa-gesa beli kereta baru kerana bukan sahaja terpaksa tanggung beban kos beli kereta baru, tetapi juga kos minyak, kos parking kereta, tol, cukai, insurans dan kos penyelenggaraan kereta sedangkan pengurusan kewangan golongan muda masih belum kukuh.

Persoalannya yang ingin Berita Semasa kongsikan di sini, berapa ramai siswazah yang gaji fresh graduate permulaannya RM2,500 sebulan? Berapa ramai?

  1. Pernah AKPK semak kriteria yang diperlukan syarikat swasta contohnya, perlukan calon yang mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan sendiri? Di Jobstreet Malaysia contohnya, begitu banyak syarikat yang meletakkan syarat ‘must own transports’
  2. AKPK pernah membuat tinjaun yang lebih terperinci di mana ada yang lulusan universiti contohnya hanya mendapat gaji RM2,500 dengan pengalaman sekurang-kurangnya 3-5 tahun? Pernahkah?
  3. Berapa ramai graduan universiti yang berpeluang untuk meneyrtai keluarga syarikat besar dan gergasi MNC?
  4. AKPK ada dimaklumkan ada terdapat syarikat yang menerima deretan permohonan jawatan kosong untuk jawatan kosong kerani dengan gaji RM900 sebulan yang kebanyakannya lepasan ijazah pencapaian 3 pointer dan ke atas. Ada?

Kenaikan Gaji Fresh Graduate di Malaysia Munasabah VS Kos Sara Hidup VS Produktiviti?

Terus terang Berita Semasa ingin cakapkan, untuk pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang terkawal dengan gaji fresh graduate RM2,500 cukup sebenarnya bagi yang bujang.

Tetapi tidak untuk dengan status berkahwin dan berkeluarga yang mana memang hanya “cukup-cukup makan sahaja” apatah lagi yang tinggal di bandar-bandar besar di Malaysia. Dengan….

gaji fresh graduate

  • Bayar pinjaman rumah?
  • Bayar pinjaman kereta??
  • Bayar deretan bil utiliti??
  • Perbelanjaan duit dapur??
  • Belanja anak-anak??
  • Bayar tanggungan bayaran balik hutang ptptn??
  • Bayar insurans??
  • Peruntukkan duit-duit dan dana kecemasan??
  • Akhir sekali simpanan??
  • Hujung bulan……..

Ya…benar. Gaji fresh graduate RM1,000 sekalipun pun cukup sebenarnya jikalau diuruskan dengan baik, perbelanjaan terlalu berhemah.

Tetapi salahkah untuk rakyat Malaysia sudah beberapa tahun hidup secara berhemah dan berjimat cermat inginkan dan impikan kehidupan yang lebih selesa di atas bumi yang bernama Malaysia pada masa akan datang?