≡ Menu

11 Foundation Terbaik Bagi Gadis dan Wanita Malaysia

11 Foundation Terbaik Bagi Gadis dan Wanita Malaysia yang ada masalah kulit kering dan juga kulit berminyak

Pemilihan foundation yang tidak sesuai dan tidak tepat dengan kegiatan aktiviti seharian anda adalah salah satu kesalahan dalam makeup.

foundation terbaik

Foundation yang tahan lama adalah foundation terbaik untuk dimiliki jika anda sering berada di luar ruangan atau mempunyai aktiviti yang padat.

Pasti anda tidak mahu foundation yang dipakai luntur dan tidak tahan pada kulit terutamanya yang kulit berminyak dan kulit kering.

Justeru itu, sangat penting bagi anda untuk memilih long-lasting foundation dan berikut di bawah adalah senarai pilihan foundation terbaik dari Berita Semasa.

10 Foundation Terbaik Pilihan Berita Semasa


1. Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation, RM39.92

Foundation ini sangat sesuai penggunaan seharian kerana teksturnya yang ringan, tahan sehingga 4 jam, mempunyai penutupan sederhana (medium coverage) dan harganya yang mampu milik. Bagi anda yang memiliki kulit normal atau berminyak, Maybelline Fit Me Matte adalah pilihan terbaik untuk anda. Berita Semasa loves it so much!

2. Borjois Healthy Mix Serum RM55.22

Foundation ini mempunyai tekstur gel yang ringan yang menghasiklan ‘dewy finish’ dan ‘semi matte’. Bourjois Mix Serum ini mampu mencerahkan kulit yang kusam, menyeimbangkan warna kulit dan mampu bertahan sehingga 6 jam lamanya. Baunya yang sangat lembut adalah daripada ekstrak goji berries, delima dan laici di dalamnya.

3. Cover FX Total Coverage Cream Foundation

Cream foundation ini mampu menutupi kemerahan, tanda lahir, bekas luka kemerahan dan yang paling penting tahan lama di kulit. Untuk menghindari foundation pecah (cracky) pada kulit, boleh gunakan setting powder selepasnya.  Ia juga boleh digunakan sebagai contouring cream ataupun concealer. Hebat bukan produk ini? Mempunyai banyak fungsi dalam 1 produk.

4. Make Up For Ever Water Blend, RM200

Kebanyakan foundation di luar sana berasaskan dari bahan dasar minyak, namun tidak untuk Make Up For Ever kerana ia berasaskan formula air (water based). Jadi ia adalah satu kelebihan untuk produk ini kerana boleh mengurangkan kecenderungan memyumbat pori-pori wajah dan mengelakkan kulit dari berjerawat. Teksturnya amat ringan, ‘dewy finish’ dan boleh tahan sehingga 6 jam lamanya. Kami syorkan ini kepada para gadis dan wanita yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.

5. Bobbi Brown Long-Wear Even Finish SPF 15, RM163

Foundation untuk diciptakan untuk menjaga kelembapan kulit yang boleh menghasilkan kesan ‘dewy’ dan ‘natural’ kerana dilengkapi oleh Glycerin dan shea butter. Ia mempunyai ‘medium to full coverage’ dan mampu bertahan hingga 12 jam. Kulit juga mampu dilindungi daripada bahaya UV kerana di dalamnya terdapat SPF yang mengandungi antioksidan Vitamin C dan E. Ramai orang sukakannya!

6. Kat Von D Lock It Tattoo Foundation

Sesuai dengan nama yang diberi, ia mempunyai pigmentasi dan penutupan cela yang sangat tinggi hingga mampu menyembunyikan tatu di muka atau badan. Namun begitu, formula teksturnya tidak akan membuat kulit anda terasa berat. Ia sangat sesuai untuk aktiviti seharian kerana ia memberi kesan matte dan soft finish di samping boleh kekal lama di kulit.

7. Lancome Teint Idole Ultra 24H Foundation, RM185

Keunikan pada produk ini adalah tahap pH pada kulit akan kekal terjaga sehingga warna foundation tidak akan berubah setelah diaplikasi kerana ia diformulasikan dengan NAI pigments. Hasilnya, anda tidak perlu memakainya berulang kali ataupun ‘retouch’. Lebihan minyak pada wajah anda juga akan diserap dengan bantuan Perlite dan Silica di dalamnya. Jadi, boleh kekal cantik sepanjang hari.

8. MAC Pro Long-Wear Foundation, RM150

Foundation ini bertekstur ringan dan dalam bentuk krim membuatkannya senang untuk diaplikasikan dan membantu kulit anda lebih bernafas. Micronized pigments yang terkandung di dalamnya membuatkan kulit terlihat lebih halus dan kekal natural dengan warna aslinya.

9. Estee Lauder Double Wear Stay-In-Place Foundation, RM166.25

Foundation ini boleh bertahan sehingga 15 jam lamanya, mempunyai penutupan yang natural dan yang paling penting, sama ada di udara panas mahupun sejuk ataupun aktiviti padat sekalipun, ia boleh kekal lama di wajah. Jangan risau, wajah akan kelihatan segar sentiasa dan tidak akan berubah warna seperti saat pertama diaplikasi pada wajah.

10. Tarte Amazonian Clay 12Hr Full Coverage Foundation, RM149

Foundation ini diasaskan tanpa unsur minyak tetapi menggunakan Amazonial Clay dan pelindung matahari (sunscreen) yang bebas dari unsur kimia sebagai formulasinya. Nampak seperti menarik bukan produk ini? Ia mampu menutup pori-pori besar, warna wajah yang tidak sekata dan cela lain pada wajah. Selain memiliki ketahanan sehingga 12 jam, produk ini dapat menjaga kulit daripada radikal bebas dan memperbaiki tekstur kulit. Nampak menarik sungguh produk ini.

11. Revlon Color Stay 24H Foundation, RM55

Ia merupakan salah satu foundation terbaik yang paling digemari hampir di seluruh dunia.

Ia mampu bertahan lama pada kulit dan tidak akan memudar hasil daripada bantuan kandungan Softflex Technology. Sangat sesuai digunakan untuk kulit kombinasi dan berminyak. Walaupun produk ini tidak semahal produk-produk yang lain, tetapi ia mampu menghasilkan keputusan dan kesan yang mengagumkan.

Sekian itu sahaja perkongsian foundation terbaik yang kekal lama di kulit oleh Kosmo. Moga-moga entri ini dapat membantu anda semua dalam memilih dan membeli foundation yang terbaik untuk kulit anda.