Liga Super 2024: Kedudukan & Keputusan Piala Malaysia Terkini

Keputusan liga super dan Carta kedudukan Liga Super 2024 terkini melibatkan persaingan pasukan merebut piala malaysia bagi tahun ini.

piala liga super 2024 Malaysia

Piala Liga Super Malaysia merupakan pertandingan bola sepak yang menggantikan Liga-M. Ianya merupakan pertandingan bola sepak peringkat tertinggi di Malaysia.

Malaysia liga Super ini mula diperkenalkan pada tahun 2004 yang merupakan sambungan kepada Liga-M yang ditubuhkan pada tahun 1982.

Bermula tahun 2024, 14 kelab pasukan bola sepak dari seluruh Malaysia bertanding dalam liga malaysia 2024 ini. Ianya berubah-ubah mengikut tahun.

Tuntasnya, pengurusan Liga Malaysia ini adalah dibawah pentadbiran dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Check Carta Kedudukan Liga Super 2024 Terkini

Peminat bola sepak pastinya ingin mengetahui kedudukan Liga super 2024 terkini.

Semakan carta liga super malaysia 2024 ini boleh dilakukan menerusi portal, https://www.malaysianfootballleague.com

carta keputusan kedudukan liga super 2024 terkini

Kedudukan liga super malaysia 2024 untuk tempat yang teratas pastinya milik JDT, persoalannya siapa pemennag ditempat kedua dan ketiga?

Cara Semak Keputusan Liga Super 2024 Terkini

Keputusan setiap pertandingan bola sepak pastinya akan ditunggu-tunggu oleh semua penonton terutamanya peminat bola sepak.

Keputusan liga Super Malaysia 2024 ini boleh disemak menerusi live update ketika game bola sepak tersebut berlangsung dan dijadualkan.

Result liga super 2024 tersebut juga akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang permainan berlangsung.

Penonton yang terlepas daripada menonton game, boleh tengok sendiri result dan keputusan terkini liga super 2024 Malaysia menerusi portal, https://www.livesport.com

Sejarah Pemenang & Juara Liga Malaysia

Berikut merupakan sejarah pemenang Piala Liga Super Malaysia sejak daripada tahun 2010; 

TAHUNPASUKAN
2010Selangor
2011Kelantan
2012Kelantan
2013LionsXII
2014Johor Darul Ta’zim
2015Johor Darul Ta’zim
2016Johor Darul Ta’zim
2017Johor Darul Ta’zim
2018Johor Darul Ta’zim
2019Johor Darul Ta’zim
2020Johor Darul Ta’zim
2021Johor Darul Ta’zim
2022Johor Darul Ta’zim
2023Johor Darul Ta’zim
2024Johor Darul Ta’zim

Secara konklusinya, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah merangkul sebagai juara Liga Super Malaysia untuk 9 tahun berturut-turut menjadikan ianya pasukan terbaik Malaysia.

Senarai Pasukan Liga Super 2024 Malaysia

Pasukan bola sepak Liga Super Malaysia ini adalah berbeza tahun demi tahun.

Bagi tahun 2024, berikut merupakan senarai pasukan Liga Super Malaysia yang layak bertanding dalam pusingan ini;

  1. JDT dengan jurulatihnya : Esteban Solari.
  2. Selangor FC dengan jurulatihnya : B.Sathianathan.
  3. Terengganu FC dengan jurulatihnya : Tomislav Steinbruckner.
  4. Sabah FC dengan jurulatihnya : Ong Kim Swee.
  5. Negeri Sembilan FC dengan jurulatihnya : K. Devan.
  6. Kuala Lumpur City FC dengan jurulatihnya : Nenad Bacina.
  7. Sri Pahang FC dengan jurulatihnya : Fandi Ahmad.
  8. Kedah Darul Aman FC dengan jurulatihnya : Nafuzi Zain.
  9. Penang FC dengan jurulatihnya : Chong Yee Fatt. 
  10. Kelantan FC dengan jurulatihnya : Angel Alfredo.
  11. Kuching City FC dengan jurulatihnya : Aidil Sharin.
  12. Kelantan United FC dengan jurulatihnya : Ailton Silva.
  13. PDRM FC dengan jurulatihnya : Yunus Alif.
  14. Perak FC dengan jurulatihnya : Yusri Che Lah.

Sejarah Pemenang Kasut Emas Liga Malaysia 2024

Pemenang kasut emas dalam liga ini merupakan pemain bola sepak yang dinobatkan sebagai penjaring gol yang terbanyak ketika game bola sepak peringkat liga super tersebut.

Bermula pada tahun 2010, pemenang kasut emas liga malaysia ini dimenangi oleh pemain Terengganu untuk 3 tahun berturut-turut.

keputusan liga super terkini

Manakala, Indra Putra Mahyuddin merupakan pemain bola sepak tunggal tempatan pertama yang menerima kasut emas ini dan disusuli oleh tiga (3) pemain tempatan yang lain iaitu Nizaruddin Yusof, Abdul Hadi Yahya dan Ashaari Samsudin.

Berikut merupakan sejarah pemenang kasut emas pada peringkat Piala Liga Malaysia;

TAHUNPEMENANG KASUT EMASPASUKANJUMLAH GOL
2010Ashaari ShamsuddinTerengganu FA18
2011Abdul Hadi YahyaTerengganu FA20
2012Jean-Emmanuel Effa OwonaNegeri Sembilan FA15
Francis Forkey DoeTerengganu FA
2013Marlon Alex JamesATM FA16
2014Paulo RangelSelangor FA16
2015Dramane TraorePDRM FA19
2016Jorge Pereya DiazJohor Darul Ta’zim18
2017Mohamad GhadarKelantan/Johor Darul Ta’zim23
2018Rufino Segovia Del BrugoSelangor FA31
2019Kpah ShermanPKNS FC14
2021Ifedayo OmosuyiSelangor FC26
2022Bergson da SilvaJohor Darul Ta’zim30
2023

Punca JDT Sentiasa Teratas Ranking Liga Super 2024

Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan pasukan bola sepak yang berjaya memenangi Piala Liga untuk tempoh 9 tahun berturut-turut.

Kemenangan pasukan ini menjadi inspirasi untuk pasukan-pasukan yang lain.

Banyak faktor yang mempengaruhi kemenangan dan kejayaan pasukan ini pada peringkat Liga Super Malaysia dan berikut adalah sebab-sebabnya;

keputusan liga malaysia 2024

1. Kewangan Yang Kukuh

JDT merupakan pasukan bola sepak yang terbaik berbanding pasukan bola sepak yang lain.

Hal ini kerana JDT mempunyai sumber kewangan yang kukuh yang membolehkan pasukan bola sepak ini mendapatkan fasiliti dan kemudahan bagi menjalankan latihan bola sepak dengan baik.

Oleh itu, ramai pemain bola yang terlatih dilahirkan di dalam pasukan JDT disebabkan oleh fasiliti dan kemudahan yang diberikan adalah mencukupi.

2. Pemilik JDT Cukup Berdedikasi Dalam Pembangunan Bola Sepak Johor

Pasukan JDT sangat komited, konsisten dan berdedikasi dalam melibatkan diri mereka di dalam game bola sepak sehingga sentiasa berada di ranking teratas kedudukan liga super Malaysia.

Hal ini kerana penaung dan penyokong JDT sangat berdedikasi dalam membangunkan pasukan JDT ini.

Ianya penting untuk memastikan prestasi sukan bola sepak pasukan JDT sentiasa berada di tahap yang membanggakan dan menerima banyak lagi kemenangan pada masa hadapan.

3. Kebajikan Kakitangan dan Pemain Terpelihara

Kelab JDT sangat mementingkan kebajikan pemain dan staff untuk memastikan setiap daripada mereka dapat menjalani latihan bola sepak dengan baik.

Oleh sebab itu, pemain pasukan JDT adalah terdiri daripada pemain-pemain yang handal apabila beraksi di padang bola dalam apa jua game bola sepak.

Bukan itu sahaja, staff yang mengendalikan pasukan JDT ini juga terdiri daripada individu-individu yang hebat dan berpengalaman dalam permainan bola sepak.

Maka tidak hairanlah, staff dan pemain JDT berjaya mengatur strategi untuk sentiasa memenangi setiap game Liga Malaysia. 

4. Fasiliti Bola Sepak JDT Yang Sangat Baik

Bagi melahirkan pasukan bola sepak yang berkualiti tinggi, setiap pemain bola sepak mestilah diberikan dan disediakan dengan fasiliti bola sepak yang baik.

Sepertimana JDT, pasukan ini menyediakan fasiliti bola sepak yang sangat baik seperti padang bola yang terurus, pakaian bola yang selesa, kasut bola yang berkualiti tinggi, pengadil yang berpengalaman dan handal dalam permainan bola sepak dan banyak lagi.

Tuntasnya, pemain bola sepak yang menerima fasiliti bola sepak yang baik akan melahirkan pemain yang handal dari segi fizikal dan mental mereka.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia