Faktor Ringgit Jatuh Hari ini. Bukan Punca 1MDB, Tetapi Undi Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Faktor Ringgit Jatuh Hari ini. Bukan Punca 1MDB, Tetapi Undi Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen!

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengatakan isu 1MDB mesti diselesaikan segera jikalau mahu nilai ringgit Malaysia naik. Seperti biasa, menteri tidak bersetuju.

A money changer counts Malaysian ringgit banknotes for customers in Kuala Lumpur on June 11, 2015. The fall in the Malaysian ringgit would boost exports and encourage foreign tourists to visit the Southeast Asian country since goods and services will be cheaper. AFP PHOTO / MOHD RASFAN

Malah, berdasarkan jawapan terbaru Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani ada senaraikan empat faktor yang dirasakan lebih tepat untuk dijadikan faktor dan punca mengapa dan kenapa nilai ringgit Malaysia jatuh hari ini ditahap antara yang terburuk di Asia.

Mengapa?

Kata menteri antara lain ialah :

  1. Faktor kemungkinan kadar faedah akan naik lagi dalam masa terdekat ini oleh Federal Reserve US
  2. Pertumbuhan ekonomi melibatkan negara-negara baru dengan kejatuhan nilai matawang masing-masing hari ini
  3. Penyusutan dan kelembapan pertumbuhan ekonomi China dan tindakan China turun nilai Yuan China mengalami kelembapan ekonomi dan tindakannya menurunkan nilai yuan
  4. Ketidaktentuan yang berlaku dalam negara Malaysia termasuklah cadangan pembangkang yang mahu lakukan undi tidak percaya Najib Razak di parlimen

Ermm…..kepada menteri. Ringgit Malaysia sudah mula jatuh teruk sejak suku ketiga tahun 2014 lagi sejak kepala sawit jatuh harga lagi. Undi tak percaya Najib Razak di Parlimen hanya bari kedengaran sebulan dua ini. Menteri, menteri.

P/S : Nazir Razak mengatakan sukar untuk mempromosikan Malaysia selagi ada skandal dan berita 1MDB yang tidak baik. Mana satu yang patut rakyat percaya? Nah….Berita Semasa ada kongsikan di bawah ini satu kajian terhadap kebanyakan profesion di Malaysia, mana satu yang rakyat Malaysia percaya? Anda boleh klik gambar-gambar di bawah ini…



Share.

50 Comments

  1. Terlalu rindu,terlalu rindu….jujur aku terlalu rindu,tiada lain selain rindu…..

  2. Hahaha. .. kerana undi tidak percaya nilai ringgit jatuh!!! Baik menteri2 kewangan akaunten letak jawatan kerana anda tidak layak jaga wang negara sebab tidak bijak takbir urus ekonomi negara. Sebab hutanglah ekonomi malaysia merudum dgn nilai ringgit yg jatuh teruk!! Nak ikut amerika jadi penghutang demi hidup selesa dan maju mampu kah malaysia???

  3. Malaysia menuju kegelapan masa depan yg bermimpi di siang hari !! Berapa byk wang malaysia ada??? Hutang berapa byk??? Harta minyak berapa byk??? Berapa byk. Product yg boleh di ganti dgn wang??? Dll..

  4. Nilai ringgit susah nak kembali pd paras rm 3 perdollar kalau negara lain semakin maju ke depan, negara malaysia kebelakang banding dgn negara jiran sudah cukup membuktikan malaysia ketinggalan sejak beberapa tahun lalu. Negara kena berubah kalau nak maju tetapi kerajaan perlu juga berubah dgn takbir urus ekonomi kewangan dgn lebih telus bijak dgn segala langkah yg diambil.

  5. Nampak lawa nampak lawa dia pakai NV….Nampak lawa nampak lawa dia pakai NV

  6. Apa guna hospital paling maju jln raya paling selamat sekolah paling modern bangunan paling tinggi dll kalau satu hari nanti negara malaysia bangkrap dgn hutang yg tidak mampu bayar balik, minyak kehabisan hanya kerana keagungan nama dimuka dunia yg tidak membuktikan malaysia akan terselamat dari segala bencana baik alam atau buatan manusia itu sdr.

  7. Anonymous on

    Bagi clear isu 1MDB, suntik semula rm2.6 bilion dlm ekonomi…. naik balik la ringgit tu…

  8. Anonymous on

    biarlah ringgit jatuh rebah tersungkur, harga rokok Dunhill pun naik lagi…

  9. Anonymous on

    aku yakin ringgit kita akan pulih semula…. bila GST kita terkumpul setinggi gunung…

  10. Anonymous on

    Kerajaan dapat satu lagi sumber kewangan baru… daripada zero tiba2 tanpa mengeluarkan apa2 komoditi kerajaan dapat SUMBER baru melalui GST… Kutipannya gila2 pulak tu… dlm sehari berjuta2 .. ke mana duit tu ?

  11. Anonymous on

    Yg kita bimbang … rm2.6 bilion lesap, hutang 1MDB bertambah, wang GST pun hau hau…

  12. Anonymous on

    Heran gak aku, kalau betul DS Najib ada wang sebanyak rm2.6 bilion tu… dia buat apa dgn duit tu dan mngapa ada unsur2 rahsia…

  13. Anonymous on

    Naper mula2 tidak mngaku, pastu nak saman WSJ, pastu nak saman kat Malaysia jer… pastu kata ada tetapi ia wang derma dari Arab

  14. Takkan lah.. on

    tak kan DS Najib seorang pembohong, dia seorg Perdana Menteri

  15. Takkan lah.. on

    Anina Saadudin ahli Wanita UMNO Lgkawi kata DS Najib kaki kencin…

  16. Seloka Kencin Orang Utara on

    Orang Melayu di negeri2 Utara Semenanjung cukup familiar dgn perkataan “kencin”… Ia bukan membawa maksud “buang air kecik”…. Tapi ia merujuk kepada satu perbuatan atau tingkahlaku yg tak elok seperti menipu, berbohong, putar belit, tak jujur etc…

  17. Seloka Kencin Orang Utara on

    Selain perkataan atau frasa “kaki kencin” terdapat beberapa frasa lain yg berhubungkait dgnnya… frasa2 itu seperti “taik kencin”, “kencin tua”,”kencin meleleh”… etc . Semua frasa2 di atas menggambarkan imej yg sangat buruk kepada org yg dimaksudkan

  18. Limah Janda on

    Imah x faham maksud “kencin tua…” tu, boleh terangkan tak…

  19. Asalam… isu exit policy nie dah lama, naik basi, ini timbul pulak mcm nak ugut penjawat awam, kalau di kira peratusan dan jumlah penjawat awam, gurulah paling ramai, hampir 500 ribu guru, dikuti polis 100-130 ribu dan tentera 120-140 ribu, yg lainnya berbagai jawatan dan kategori. Kita kena bertanya kenapa penjawat awam rendah prestasinya, jawabnya mudah, jaga kebajikan penjawat awam, dari soal gaji, elaun, perumahan, pertukaran, kenaikan pangkat, kenaikan ke jawatan baru, kemudahan pengangkutan awam, persekolahan anak, kos sara hidup dan sebagainya. Sekiranya ini diambil berat masalah ini akan selesai, ia di ibaratkan bapa dengan anak. Berbeza pula kumpulan pengurusan dan profesional, bermula gred 41, gaji mula RM2700, kenaikan pangkat mengikut timebased, cukup 5 tahun naik gred 44 pulak, bila gred 48 hingga 54, kemudahan dah banyak, ada pemandu, tukang kebun, tukang masak, bil telepon, api-air percuma, ada elaun keraian, ada kenderaan jabatan 4-5 buah siap pemandu, makan dan minum percuma semasa mesyuarat dan akhir sekali pencen penuh sekiranya menjawat jawatan jusa hingga turus.. grant duty sampai RM700- 1 JUTA.. sepatutnya kerajaan menambahkan penjawatan penjawat awam, juga ditambah lagi bilangan penjawat awam, spt penguat kuasa agama hanya 8 orang setiap daerah, nak jaga 90 ribu penduduk, begitu juga polis 15 orang kekuatan nak jaga 120 ribu penduduk, itu yg patut difikirkan, bukannya saban tahun tambah PTD,PTN, tak perlu semua tue, kalau nak jimatkan kos pegawai baru, naikkan pangkat penjawat awam kumpulan sokongan yg ada ijazah dan diploma, mereka lagi berpengalaman berbanding pegawai baru yg dilantik tak tahu kerja, tahu mengarah dan memerintah. Kerja prestasi teruk, ditambah kuat mengampu.. jemaah pengambilan tau naik CGPA baik kes, tanpa mengambil kira akhlak dan kesungguhan mereka. Dulu dari PTD,PTN dan PEGAWAI lainya cuma IJAZAH AM jea tapi hasil kerja cukup berkualiti sebab mereka bermula dari bawah, mereka tahu susah payahnya sebab tu mereka bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkerjaan, sekarang kerja lebih kurang dan suka mengumpul harta. Semoga diwujudkan semula PEGAWAI AM sebagai dahulunya dengan gred 41. Jadi KSN,KPPA,KSU,TPM,PM tengok-tengok dan jengok-jengoklah pegawai atasan, takut mereka tengah main golf waktu kerja dan bagi penjawat awam sokongan berramahlah dengan mereka kerana merekalah KSN,KSU,KPPA,TPM & PM masih dibangku masing-masing. Jadi fikir-fikirkanlah..

  20. Duda Kaya on

    ha2 kencin tua tu maksudnya org tua yg buang duduk buang air…

  21. Anonymous on

    Macamana nak buat ayat lengkap drp perkataan:
    1. PM Msia.
    2. Kaki kencin.

  22. Bertemu lagi dlm rancangan dimana 2.6billion…yeahh..Baiklah kata kunci untuk persoalan ini adalah 1 Malaysia Dah Bankrap…nantikan jawpan dlm segmen seterusnya….

  23. Anonymous on

    Baiklah murid murid sekarang buat ayat lengkap dengan perkataan ini pula.
    1. Lembu
    2. Rm 250 juta.

  24. Anonymous on

    Undi tak percaya pada najib ni bukan saja ada dibangkitkan di parlimen tapi , dalam hati rakyat pun tersimpan untuk dilepaskan dlm pru nanti, …..

  25. Anonymous on

    “kencin tua” @ “taik kencin tua” merujuk kepada seorang yg sangat buruk perilakunya suka menipu org, putar belit, cakap bohong, kaki temberang, pendusta etc… perkataan “tua” tu pulak merujuk kpda keadaan perilaku yg dah lama atau temurun… maksudnya dirang ni turun temurun memang kaki tipu & pekena dan tipu daya org…

  26. Anonymous on

    T kasih murid murid. Kerana anak murid cikgu semakin pandai sekarang kita buat ayat yang lebih canggih.
    1. PM msia.
    2. Kencin tua.
    3. 1 MDB.
    4. RM 50 billion.
    5. RM 2.6 billion.
    6. Arul Kandasamy.
    7. Debat.
    8. Tak jadi debat.
    9. Rakyat jadi mangsa.

  27. Anonymous on

    Ada ke ringgit jatuh sebab 1MDB. 1MDB tu sebuah entiti yg hebat. Ringgit jatuh sebab kangkung banyak sangat dijual dgn murah.

  28. Anonymous on

    ada betul ada tak betul apa ko ckp. gaji gred 41 tak bermula dr rm2700. Timebased gred 41 ke 44 tak adalah cepat sangat 5thn tu. gred 48-54 betul ke api-air percuma? Mesyuarat, makan minum memang free, gred 17 pun kalau mesyuarat atau kurusu makan minum memang free, mesyuarat jawatankuasa kahwin pun makan free hehe.

  29. Anonymous on

    slagi ptd bermaharajalela kt tmpt pembuat dasar mcm spa/jpa/jpm tuh, jgn harap ler keadilan dpt ditegakkan. mereka nih sume tulang belakang bn, atau dlm bahasa kasar dia, ‘anjing pengawal’ bn. tuh yg rmi teraniaya terutama kumpulan sokongan yg susah sgt nk naik pangkat. yg ade degree wat pjj dlm sokongan pun dipinggirkan camtu jer, setiap kali ade penjawatankosong, diambilnye budak baru, yg sokongan nih gigit jari jerlah

  30. Anonymous on

    Ada aku nampak kat astro awani. Nak jawab isu duit 1 mdb 3 disember ni.
    Sudah sudahlah.
    Jangan kaorang kena tipu ngan umno cam pakcik makcik felda pasal saham felda.

  31. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    Dengan segala hormatnya dari saya maklumkan untuk semua rakyat malaysia saudara islam ku muslimin dan muslimah merenung dengan menggunakan akal fikiran yang teguh beriman agar mendapat jawapan yang betul dan dan dapat memberi jawapan.
    1). Saya mahukan anda semua mendapatkan satu rahsia akta Negara yang telah di rahsiakan oleh perdana menteri kita kerana telah bersumpah untuk merahsiakan akta Negara ketika ia mula-mula di naikkan pangkat menjadi perdana Menteri.
    2). Saya mahukan anda semua mendapatkan perjanjian kemerdekaan yang telah di janjikan oleh Tun Abdul Rahman dengan British di London.
    3). Adakah Negara kita ini TIDAK LAGI DI JAJAH OLEH BRITISH ?

    Dari saya,
    Roziha Bin Dollah

  32. Anonymous on

    Adakah semua bukti penyelewengan 1mdb dah dibersihkan bru geng umno berani bersuara sekarang?

  33. SambalBelacan on

    …selagi ada Dajjal, Freemason dan Illuminati…selagi itulah kita masih di jajah lagi…

  34. SambalBelacan on

    …walaupun ringgit jatuh jahanam…namun Najib dan Rosmah tetap tidak akan jatuh miskin…

Leave A Reply