e SPLG KPM Online e- Profile Login : Sistem Pengurusan Latihan Guru SPLG KPM atau MOE

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

e SPLG KPM Online e- Profile Login : Sistem Pengurusan Latihan Guru Moe

e SPLG online ini sebenarnya dibangunkan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikan di Malaysia.

splg

Data kepakaran yang diperolehi membolehkan pihak BPG dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ataupun Ministry of Education (MOE) khasnya untuk melaksanakan dan memperkasakan perancangan latihan pada masa akan datang.

Modul e-profile SPLG merupakan sebahagian modul utama dalam Sistem Pengurusan Latihan Guru login. Data asas SPLG e-Profile bagi kumpulan guru diakses terus dari sumber EMIS. Manakala data asas pegawai-pegawai di bahagian dan dijabatan sehingga kini masih lagi menggunakan data asas ini. Data asas ini diselenggara oleh pegawai data/ suldp di bahagian dan jabatan masing-masing.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sedang berusaha untuk menyelaras maklumat dan data tersebut dengan pangkalan data hrmis bagi membolehkan semua data diperolehi dari sumber yang sama.

Semakan Cara Kemaksini e SPLG KPM Online : MODUL INDIVIDU

Perkara Butiran dan pautannya
Panduan Penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Guru KPM KLIK SINI

 

1. Akses Masuk SPLG Online

  • Sila KLIK link ini : https://splkpm.moe.gov.my/
  • Dan….Klik pada modul Individu e-profile
  • Kemudian masukkan no. kad pengenalan anda dan kata laluan (password). Pastikan kata laluan yang anda masukkan adalah merupakan 4 digit kad pengenalan anda. Dan jangan lupa, apabila anda berjaya login modul individu tersebut, sila tukarkan semula kata laluan tersebut.
  • Selepas itu, anda sudah boleh menekan butang LOGIN

2. Setelah berjaya login, akan terpapar di skrin komputer anda paaran dan rupabentuk laman portal SPLG KPM Individu yang anda mahukan

3. Untuk makluman anda, dengan pengenalan Modul PPB guru-guru selepas ini boleh terus semak kursus-kursus yang telah mereka hadiri sebelum ini melalui MODUL SULDP, apabila ia hanya akan dimasukkan oleh pihak penganjur sahaja.

3) Terdapat beberapa bahagian data e-Profile yang perlu dikemaskini iaitu :

4) Untuk mengemaskini data e SPLG, sila click pada bahagian yang berkaitan. Setelah selesai mengisi maklumat, click perkataan HANTAR. Jikalau anda masih samar-samar dengan penerangan di atas boleh semak tutorial dalam bentuk bergambar yang lebih mudah untuk difahami seperti di bawah ini…..

P/S : Apa pandangan anda semenjak menggunakan perkhidmatan? Berpuas hati atau tidak?




EMIS Online Portal Login emisonline.moe.gov.my. Data Guru KPM!

Guru guru sekarang ini sudah boleh menyemak maklumat dan data peribadi masing-masing melalui Portal EMIS Online dengan menggunapakai Login Guru.

emis

Guru diminta untuk membuat semakan dan memaklumkan kepada Guru Data mengenai sebarang pembetulan.

Untuk makluman, setiap guru boleh gunakan nombor kad pengenalan anda masing-masing ada ruangan login ID dan juga kata laluan yang terpapar untuk akses masuk.

Sejarah Portal EMIS Online?


Perkara Butiran dan pautannya
Untuk akses masuk KLIK SINI

Kalau dahulu sejak tahun 1997, penggunaan aplikasi SMPP/EMIS MAP telah membolehkan pengisian data secara elektronik dibuat oleh guru data di peringkat sekolah. Itu dahulu..sekarang ini seiring dengan perlembangan teknologi ICT yang semakin berkembang pesat, aplikasi tersebut yang menggunakan platform MS Access telah dipertingkatkan menjadi sebuah aplikasi yang berdasarkan web iaitu EMIS Online (emisonline.moe.gov.my).

Portal atas talian online ini menyediakan data yang terkini, sahih, tepat dan berkualiti kepada pemutus dasar, perancang, penyelidik dan pengguna lain. Ia digunakan untuk mengumpul data asas pendidikan dan sistem ini merupakan satu usaha berterusan BPPDP untuk meningkatkan kualiti data dan memantapkan lagi pengurusan kutipan MAP bagi memenuhi keperluan maklumat di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

P/S : Apa pendapat anda sepanjang menggunapakai portal ini? Adakah anda berpuas hati atau tidak? Ada cadangan penambaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan kemudahan yang lebih baik?




Share.

28 Comments

  1. cam haram website..kerajaan memang suke ye susahkan org utk guna service diorang..aku log in elok2 pastu bila tekan e profil disuruhnya aku log in lg sekali..ni konfim amik anak beranak wat website..dasar kroni

  2. Anonymous on

    susahnye nak masuk esplg suldp. asyik-asyik masuk modul individu je…. mcm mn nk buat keja ni.

  3. sakit ht kan??? bodohnyeee la suh isi online tp line mcm taik.. ehhh taik pon laju la kuo dri bontot.. eiii xmemasal pepagi carut.. dri mggu lepasssssssssss bukak xbleh2

  4. makinsusah on

    Memang buang masa sahaja. Yang untuk tu TM, syarikat Wifi dan crony

  5. Anonymous on

    Jadual akses spl kpm dikeluarkan mengikut hari dan negeri..tapi nak akses tak boleh juga

  6. Sistem talian paling teruk di dunia. Saya berada di kawasan Pedalaman Sabah. Untuk capai talian SPL KPM buat saya stress bagai nak gila. Kalau nak buat sistem online, fikirlah juga kawasan luar bandar, jangan main hentam saja. Menyusahkan guru-guru sehingga larut malam hanya kerana mahu mengisi SPL KPM yang HANCUR. TERUK, DAN MENYAKITKAN HATI. Semua ini hanya semata-mata untuk menguntungkan Syarikat dan Crony-crony mereka sahaja.

  7. Bbanyak na iklan…da kul 2.26 pagi nih….haram tak dapat masuk. sya ingat gajikan 1 pekerja la kasi bikin ini semua.

  8. FATIMAH BINTI NGAH on

    Saya terlupa kata laluan saya , dah banyak kali saya mencuba tapi gagal, mohon bantu SEGERA.

    Terima kasih

  9. salam admin. saya tak boleh login sebab dah tak ingat password. mcm mana nak retrieve balik password. tolong beri penyelesaian untuk dapatkan semula password. terima kasih

  10. Posa-posa nie malas nak kata, walapun hati nie Allah la ketahui…

Leave A Reply