E Penyata Gaji. Slip Gaji Bulanan dan Tahunan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kemaskini berita pada November 17th, 2017 pada 04:49 pm


E Penyata Gaji. Slip Gaji Bulanan dan Tahunan

Jabatan Akauntan Negara ANM telah mempertingkatan sistem slip gaji online ataupun juga dikenali dengan e penyata gaji bagi memudahkan kalangan penjawat awam dan kakitangan kerajaan untuk melakukan semakan secara online pada setiap bulan dengan mudah dan cepat.

e penyata gaji

Yang bagusnya sistemnya adalah percuma. Malah anda boleh muat turun terus daripada sistem mereka.

Jikalau dahulu, kalangan kakitangan awam terpaksa menunggu sehingga bayaran gaji dimasukkan dan diterima melalui akaun bank masing-masing. Tetapi dengan sistem e penyata gaji ini, penjawat awam boleh membuat semakan dan mengetahui berapa jumlah pembayaran gaji yang diterima pada setiap bulan lebih awal daripada duit bayaran yang diterima di dalam akaun.

Jadi, kalangan penjawat awam boleh melakukan sedikit perancangan kewangan.

Tambahan pula, dengan hanya ada talian dan sambungan internet ataupun WIFI, anda boleh akses untuk semak slip gaji online dengan mudah dan juga boleh terus download dan muat turun epenyata gaji, tidak kisah di mana pun. Berbanding dahulu anda perlu jumpa dengan kerani di pejabat kerana untuk mendapatkan salinan slip. Leceh. Sekarang tidak lagi.

Anda boleh pilih sendiri samada mahu mendapatkannya secara bulanan ataupun tahunan.

Semakan e Penyata Gaji Online


Semakan pautannya
SISTEM e Penyata Gaji dan Laporan KLIK SINI

1. Apa yang perlu anda lakukan adalah, terus pergi ke Portal Akauntan Negara melalui pautan yang tertera di jadual atas

2. Klik pada ikon gambar “Sistem ePenyata Gaji dan laporan”. Paparan gambar yang di atas sekali ada sebagai rujukan anda. Selepas itu akan terpapar halaman yang aman meminta anda untuk daftar akaun bersama mereka

3. Jikalau anda sudah ada akaun bersama Jabatan Akauntan Negara. Anda boleh akses seperti biasa.

Mana-mana daripada anda yang ada pengalaman sepanjang menggunakan sistem online ini, boleh kongsikan pengalaman anda di runagan komen bawah ini.



Share.

Leave A Reply