ePangkat KPM Online. Semakan Kenaikan Pangkat di MOE!!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


ePangkat KPM Online. Semakan Kenaikan Pangkat di MOE!!

Sekarang ini semua urusan kerajaan sekarang menggunapkai konsep  “e” termasuklah platform bagi urusan semakan kenaikan pangkat epangkat KPM online (e Pangkat) di Moe yang ada sekarang ini.

epangkat

Apa yang boleh kami katakan sistem e pangkat ini memudahkan pengguna bagi mengisi urusan kenaikan pangkat atau kekosongan jawatan yang disediakan oleh KPM (Moe Gov My).

Jikalau diikutkan sebenarnya sistem ini disiapkan secara berfasa. Namun begitu, fasa yang sedia ada sekarang telah mula digunapakai mulai Mei 2011 ialah aliran proses urusan kenaikan pangkat secara Time-Based. Dan juga….sebenarnya sistem online ini belum diimplementasikan sepenuhnya kerana ia masih lagi menggunakan cara lama iaitu permohonan secara manual

Fungsi Sistem Kenaikan Pangkat Online ePangkat KPM?

Sistem Naik Pangkat atau ePANGKAT merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang melaksanakan:

  1. proses pemangkuan
  2. menangani isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
  3. penempatan pemangkuan
  4. pertukaran jawatan
  5. memantau serta mengemaskini data-data naik pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Kedua-dua kenaikan pangkat untuk gred seperti di bawah ini adalah berdasarkan time based. Jadi tidak perlu sama sekali untuk hantar permohonan. Semuanya boleh dilakukan berdasarkan perakuan dan pengesahan daripada pihak Ketua Jabatan.

  1. Semakan dg41 ke dg44
  2. Semakan dg44 ke gred dg 48

Sesiapa yang berkenaan boleh melayari laman semakan melalui aplikasi e Pangkat dengan cara KLIK LINK di bawah ini :

Perkara Butiran dan Pautannya
Portal Rasmi epangkat KLIK DI SINI
Semakan Kenaikan Pangkat Online KLIK SINI
Jika ada sebarang masalah? Sila Hubungi Cawangan Naik Pangkat; Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;Kementerian Pelajaran Malaysia KPM; Aras 4; Blok E12 Kompleks E; Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan; 62604 PUTRAJAYA.
Tel: 03-88847963/7863/7816
Email: cnp@moe.gov.my
Borang Kecemerlangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KLIK: Muat turun borang
Cara dan Panduan Menggunakan Online KLIK: Semakan Manual Pengguna
Aplikasi Sistem Pengurusan Sumber Manusia KLIK: hrmis

P/S : Apa pandangan setelah menggunapakai sistem ini bagi aplikasi  e Pangkat Online KPM ini? Berpuas hati atau tidak kalangan guru, pensyarah, ketua jabatan, pegawau pendidikan dan lain-lain? Ada cadangan ke arah penambaikan?



Share.

31 Comments

  1. Turut terbabit dalam kenaikan gred itu ialah 158 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk 10 kelas dan atas) bergred DG48 dan 636 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk sembilan kelas ke bawah) bergred DG44 serta 1,039 guru akademik serta kokurikulum bergred DG52, DG48 (3,311) dan DG44 (8,728).Alimuddin berkata, kenaikan gred pensyarah di IAB itu membabitkan sejumlah 757 jawatan iaitu satu untuk kategori DG54, 77 (DG52), 250 (DG48) dan 429 (DG44).Kenaikan gred pensyarah di IPG pula membabitkan 4,772 jawatan iaitu 28 untuk DG54, 584 (DG52), 1,933 (DG48) dan 2,227 (DG44); serta 3,160 jawatan di Kolej Matrikulasi, iaitu 256 untuk DG52, 1,085 (DG48) selain 1,719 (DG44).”Kelulusan terbesar permohonan menerusi Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) 2008 itu membuka peluang kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPRS) di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

  2. semua ada tersenarai naik pangkat ttp kami yg dga32 yg telahpun menamatkan pengajian 2010 dan telahpun ditemuduga dan diperakukan ttp sehingga kini belum dilantik lagi, adakah ia melibatkan naik pangkat atau pertukaran kategori kalau sekadar pertukaran kategori kenapa susah sangat sedangkan pihak kpm mencanang2kan agar guru2 sekolah rendah berusaha utk meningkatkan akademik. Terkilan kawan2 sama2 temuduga ada yang telahpun dilantik kenapa ada jurang perbezaan.

  3. malinbentan on

    Seronaknya cikgu yg dpt naik pkt dan yg menuggu! ttp kami yg menguruskan ni yg sakit kepala, kurang tidur, sever lembab, peralatan tidak memuaskan. Broban guna wang sendiri. ttp tak dpt apa-apa. nak kata amal jeriah tak juga sebab mulut ni celupa juga.

  4. yang Prihatin on

    Apabila kita mengetahui skop kerja kita sepatutnya tak ada keluhan dan rungutan, banyak kerja di kira tapi ada tuntutan kerja lebih masa, tuntutan luar berlambak2 terlupa lak nak senaraikan…. rezeki orang lain kalau boleh nak sekat2 macamlah duit dari poket sendiri keluar. muasabahlah diri….

  5. Saya sngt stuju ngan sistem kenaikan pangkat time-based kpm ini. Bagi diri saya yg. telah berkhidmat > 23 tahun, & hakiki dga32 slma 14 thn. sgt2 mengharap , ttp shingga kini blm lg menerima surat, bahkan maklumat kenaikan pangkat tersebut. Bygkn. pun tlh x bgrak sjk 2009. Tlh buat semakan online, ttp TIADA dlm rekod. Rjk kpd peg. yg diptjwbkn, dia org kata, tak tahu, dhlh tu, bagi no. tel org lain utk d ajukan, ttp semua kata tak tahu.Sistem naik pangkat dhpun dikemaskini. Siapa lg yg harus dihubungi. Tolonglah. 6 thn. lg nak pencen.

  6. realitinye skrg ni..guru adalah golongan byk mengeluh dgn kerja..rugutan demi rugutan…sampaikan skim2 lain pun naik menyampah…jgnkan skim yg dalam perkhidmatan awam…yg swasta pun dah perasan perkara ini…siapa yg perlu muasabah…

  7. Isteri saya seorang guru yang berkhidmat 6 tahun sebagai DG29 dan 8 tahun DG41. Bila keputusan kenaikan ke DG44 diperolehi, perkiraan hanya dibuat berdasarkan 8 tahun DG41. Yang 6 tahun DG29 tu pegi mane ek? Masuk poket ke? Bila isteri saya call ke putrajaya untuk bertanyakan permasalahan ini, bukan dapat penjelasan tapi dilayan dengab biadab oleh pegawai yang berkaitan. Antara penjelasan yang pegawai tersebut berikan adalah mengatakan 6 tahun DG29 tu nanti boleh digunakan untuk pengiraan kenaikan ke DG48 (kalau dasar tak berubah – jelas pegawai tersebut). Jadi saya mohon kepada pegawai berkenaan, kalau pun tertekan dengan tugasan, wajarkah bertindak sedemikian. Kalaupun server lembab janganlah pulak disalahkan kat orang lain. Server lembab salah siapa? Tanya kementerian berwajib tanya kenapa server lembab and kenapa tak diupgrade kepada yang jauh lebih baik. Kata nak meningkatkan sistem penyampaian kerajaan tapi kelengkapan tak diupgrade nak tingkat ape. Beban kerja semakin meningkat tapi sistem masih lagi tak diupgrade. Haha…kadangkala saya hanya menggelengkan kepala je…nak buat macamana…dengan harapan pihak berwajid jangan pandai bercakap je…kalau tentang time base tu, guru memang beruntung 8 thn dah naik..kita org dalam bahagian kesihatan 15 thn baru naik. Haha…sedangkan sama-sama berkhidmat dalam kerajaan. Pikir-pikirkanlah….hahaha

  8. Kenapa asyik mengumpat dan menuduh cikgu-cikgu sahaja? semua berita tentang keistimewaan gaji cikgu tu hanya pembongak sahaje. Saya akui skim gaji guru tu adelah baik sedikit berbanding dahulu. Kalau ada kini hanye segelintir sahaja yang dapat keistimewaanya tak semuenye le! kalau diberi gaji tinggi-tinggi bengkrap lah kerano jumlah cikgu ramai le! otak ade fikir ke? saye ni dah 23 tahun jadi cikku ‘graduate’ penolong kanan pulak tu masih DG44 le! dan ramai lagi le yang macam ni. Cakap aje di surat khabar semua guru dapat time based naik gred selepas berkhidmat 8 tahun, jangan nak melalak mrahkan cikgu. Orang yang melalak marahkan cikgu tu tak tau, buat dosa aje. Kalau dah jadi cikgu baru tau le.

  9. Guru Sudah Lama on

    Untuk pengetahuan ED bila seseorsng guru itu dah berada dalam DG41 maka kiraan genapya lapan tahun tidak mengambil kira tahun dalam DGA29. Lainlah kalau seseorang itu nak masuk ke DGA32, barulah tempoh dlam DGA29 diambil kira.
    Alahai… bersyukurlah kerana dah dipendekkan tempoh untuk ke DG44 iaitu hanya 8 tahun je. Dulunya kena tunggu hingga 10 tahun! Malah ada yang dlam DG41 selama 15 tahun baru dapat DG44 kerana terperangkap oleh SISTEM SSB dan SSM. Tapi bersyukur juga kerana dapat juga merasa kenaiakan pangkat.

  10. Guru Sudah Lama on

    Cikku… dah cukup lapan tahun ke dalam DG44 tu? Kalau dah cukup isilah borang… sbb utk kenaikan pangkat kena isi borang. Bukan naik secara otomatik.
    Kalau dah isi juga masih tak dapat… mungkin ada sesuatu yang tak kena kot yang menyebabkan anda TIDAK LAYAK untuk diberi kenaikan pangkat.

  11. saratoktan on

    Hi Cikgu semua,
    Saya ingin kongsi pengalaman saya di Jabatan lain. Saya kerja hampir pencen barulah dapat Gred 32. Ada Jabatanjabatan lain yang sangat sukar untuk memberi kenaikan pangkat kepada kakitangan sendiri. Jika PM sendiri tidak umum untuk bagi kenaikan pangkat kepada pegawai yang sudah 15 tahun berkhidmat mungkin saya akan bersara tanpa naik Gred 32. Semua cikgu patut bersyukur tuan/puan tidak berkerja di Jabatan atau agensi lain.

  12. kalu mcm saya ni kompunan lah nak rasa naik pangkat, xpa la syukur lah dgn apa yg ada skrg…… Kalu dah Rezeki kita..mcmna skalipn org lain dok sekat Rezeki ttp akan dtag jg…Allah tu adil dlm segala hal.

  13. Terima kasih banyak2 kpd KPM kerana telah mengambil berat kpd guru-guru.Guru adalah sebagai Mualim,Murabbi dan Mudarris. Sangat banyak pengorbanan.Mudah-mudahan akan bertambah rezeki.

  14. Cgu Is K.B;PA on

    Ada Ulamak berPendapat bhwa.,”Tanda2 Rezeki tu berkat ialah Amal ibadah semakin berTambah terutamanya Solat2 Sunnat@ nafil… BUKANNYA Rezeki berkat bila Cepat Naik Pangkat @ Naik Gaji ” ???? Ada jg Ustaz berpendapat Berkat Rezeki Bila BERTAMBAH Kesihatan Rohani , Emosi ( Tdk ada hasad Dengki dn banyak BerSabar ) dan hati semakin Tenangg…. so Umat islam sekarang asyik ndak puas Hati sesama sndiri, berBalah n berPecah belah Kerana TERLALU CINTA DUNIA DAN TAKUT AKHIRAT ( TAKUT MATI CEPAT )… KAN ALLAH SWT. DAH JAMIN REZEKI SETIAP MAKHLUK D SELURUH ALAM APATAH LAGI MANUSIA… TIADA SUATU MAKHLUK PUN YG BOLEH MENGHALANG REZEKI @MENYEKAT KENAIKN PANGKAT/GAJI SESEORANG KECUALI DENGAN IZIN ALLAH,…KALAU PUN BERLAKU LEWAT/LAMBAT NAIK PANGKAT MUNGKIN DISEBABKN AMALAN2 SESEORANG TU YG TIDAK DIREDHAI OLEH ALLAH, MAKA BANYAKLAH ISTIFAR N BERTAKWA@ HANYA BERSERAH KPD ALLAH SWT….

  15. Isteri Sy seorang guru Yg mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah baling…. Apa Yg saya kesalkan peluang naik pangkat ke DG 34 diabaikan walaupun sudah cukup syarat 2 nya.. Ini disebabkan kejahilan pihak pentadbir dalam sistem online epangkat.. Haraplah KPM dapat membantu …

  16. YELAH…..SETUJU JUGA DENGAN PENDAPAT INI……nak sedapkan hati saya yang asyik tak dapat-dapat kenaikan pangkat kerana urusan yang tidak beres.

  17. GAJI UNTUK KAKITANGAN PEMBANTU TADBIR RENDAH N1 PUN YANG TINGGI GAJI UNTUK KENAIKAN PANGKAT UNTUK DG44

  18. abdul rahman bin hussin on

    Saya di kelaskan kes cicir bagi kenaikan pangkat ke DG52 bagi tahun 2015..pada bulan Oktober 2016 sya akan bersara wajib.Sehingga kini bulan Jun 2016 saya masih lagi berada pd DG48.Adakah saya akan bersara pada matagaji DG48 dan menerima pencen dan ganjaran skel DG48?

  19. Time base ni ada baik bagi membantu dari segi kewangan bagi menampung kos sara hidup semakin meningkat…jgn putus asa cuba usaha sehingga berjaya bagi yg sudah cukup tempoh perkhidmatan….

  20. patut naik ke DG52 pada 1 Julai 2015 tapi sehingga hari ini sistem menunjukkan mesej “Maaf .Maklumat tiada dalam…….bla..bla..bla…hang pi pusing balik ke Ketua Jabatan..” .Sistem Ketua Jabatan pula memberi mesej “Dalam Tindakan” Mana satu betul dah..

  21. setahu saya, kenaikan gred 44 ke 48 ni saingan sengait sikit, kena isi borang…macam2 nak kena lengkapkan…pastu kena tengok juga calon tu ada advantage pada dia sendiri…mungkin ketua @ orang yang buat soalan peperiksaan (PMR @ SPM @ STPM)….dan mungkin ada kretaria lain untuk dapatkan gred 48…

    saya tau pun sebab rakan kat opis suaminya dapat gred 48…guru cemerlang…tak silap dia juga panel soalan peperiksaan…selain bergantung pada rezeki masing2 juga…

  22. gred diploma nak samakan dengan ijazah mane maunya yeop…kalau nak samakan dalam kumpulan lulusan diploma gred 29 – 38 @ 39…tu baru betul kalau nak kira timebase…

    gred 41 kiraan barulah…atas kumpulan gred tersebut…

    sekadar pandangan je…oklah tu dah dapat 41…..isteri teman habis pensiswazahan guru 2012 releks je tunggu nak naik 42…dia kata sampai masa naiklah tu…nak pikir2 buat pening pala buat ape…janji belajar kerajaan bayar dan habiskan dengan jayanya…

  23. Othman bin Sitlin on

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..Saya sudah berkhidmat di sekolah sejak Januari 1986 sehingga kini Mei 2017.(Tempoh Perkhidmatan lebihkurang 31 tahun bekhidmat sebagai guru).Sebagai guru bukan siswazah(tidak memohon sambung belajar), alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia(Bahagian Pembangunan Sumber Manusia) kerana memperakukan kenaikan pangkat saya daripada DG34 ke DG38 baru-baru ini.Saya juga berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,Pejabat Pendidikan Daerah Beluran dan pihak sekolah atas sokongan moral kepada saya selama ini.. lagi 5 tahun saya akan berpencen wajib……..pokoknya kita perlu sentiasa bersabar dalam perkhidmatan kita…….ALHAMDULILAH….

  24. bagaimana dengan kami Pembantu Pengurusan Murid n19 yang mempunyai diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak? tidak adakah kenaikan pangkat untuk golongan kami? semoga ada jalan untuk kami semua yang kalau dikira time base akan pergi ken22 dahulu (spm)…kalaulah dapat kenaikan mengikut diploma atau ijazah pastilah lebih baik lagi… diharapkan ALLAH permudahkan urusan Pembantu Pengurusan Murid. Bersyukurlah anda semua yang telah dinaikkan pangkat.

Leave A Reply