EMIS Online Portal Login emisonline.moe.gov.my. Data Guru KPM termausk sistem ssdm kpm.
Guru guru sekarang ini sudah boleh menyemak maklumat dan data peribadi masing-masing melalui Portal EMIS Online dengan menggunapakai Login Guru.
Guru diminta untuk membuat semakan dan memaklumkan kepada Guru Data mengenai sebarang pembetulan.
Untuk makluman, setiap guru boleh gunakan nombor kad pengenalan anda masing-masing ada ruangan login ID dan juga kata laluan yang terpapar untuk akses masuk.
Sejarah Portal EMIS Online?
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan pautannya
Untuk akses masuk,KLIK SINI
[/table]
Kalau dahulu sejak tahun 1997, penggunaan aplikasi SMPP/EMIS MAP telah membolehkan pengisian data secara elektronik dibuat oleh guru data di peringkat sekolah. Itu dahulu..sekarang ini seiring dengan perlembangan teknologi ICT yang semakin berkembang pesat, aplikasi tersebut yang menggunakan platform MS Access telah dipertingkatkan menjadi sebuah aplikasi yang berdasarkan web iaitu EMIS Online (emisonline.moe.gov.my).
Portal atas talian online ini menyediakan data yang terkini, sahih, tepat dan berkualiti kepada pemutus dasar, perancang, penyelidik dan pengguna lain. Ia digunakan untuk mengumpul data asas pendidikan.
Sistem ini merupakan satu usaha berterusan BPPDP untuk meningkatkan kualiti data dan memantapkan lagi pengurusan kutipan MAP. Ia bagi memenuhi keperluan maklumat di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia KPM
P/S : Apa pendapat anda sepanjang menggunapakai portal ini? Adakah anda berpuas hati atau tidak? Ada cadangan penambaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan kemudahan yang lebih baik?