Kenaikan Elaun Perumahan : Naik Daripada RM180 Kepada RM300


Kenaikan Elaun Perumahan Penjawat Awam Naik Samada Tetap atau Wilayah

Berbanding sebelum ini, di mana banyak teka-teki yang bertebaran samada kakitangan awam ada dapat bonus raya atau tidak?

elaun perumahan

Tetapi kali ini tidak, apabila kerajaan berbesar hati menghadiahkan bayaran saguhati duit raya seperti berita di bawah ini :

Bagi mana-mana yang terlepas dengan intipati ucapan Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak kepada penjawat awam yang diucapnya sebentar tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kepada kakitangan awam, suka untuk Berita Semasa kongsikan seperti di bawah ini :

Butiran Intipati Berita Kenaikan Elaun Perumahan Penjawat Awam Naik?


GredKadar Lama (RM/Sebulan)Kadar Terkini (RM/Sebulan)
40 dan ke bawah180300
41 dan 42250300
43 dan 44400kekal
45 hingga 50700kekal
51 dan 52700kekal
53 dan 54900kekal

  1. Penjawat awam berperanan menjalankan perancangan kerajaan melalui pelaksanaan yang berkesan;
  2. Produktiviti Penjawat awam dan kutipan hasil perlu ditingkatkan. Walaupun bukan semua jabatan kutip hasil tetapi ukuran yang akan digunakan adalah level of public satisfaction yang boleh kakitangan kerajaan lonjakkan;
  3. Perlu mencari new sources of growth. Jabatan perkhidmatan Awam JPA diminta buat kajian produktiviti (measurement yang objektif) secara menyeluruh terhadap penjawat awam secara spesifik.
  4. Kementerian yang menjimatkan peruntukan kerajaan, penjimatan tersebut akan dipulangkan semula kepada kementerian tersebut (diberi insentif). Ketua Setiausaha Negara KSN dan juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam perlu berbincang untuk membuat kajian untuk membentuk dan merealisasikan formula seperti ini di masa akan datang
  5. Kakitangan awam tidak dibenarkan sama sekali berniaga dan berbisnes.
  6. Kakitangan awam disaran menjaga rahsia kerajaan Malaysia. Jika kerajaan belum sedia buat keputusan jangan war-warkan kepada umum. Contohnya isu kenaikan tol naik baru-baru ini.
  7. Dan akhir sekali, seperti yang dijanjikan akhirnya penambaikan imbuhan tetap perumahan pada tahun diumumkan di mana berlaku kenaikan elaun perumahan naik daripada RM180 kepada RM300. Manakala pada yang tinggal di kuaters, akan dapat faedah tambahan 25 peratus daripada kelayakan elaun tetap perumahan ETP
  8. Walaubagaimanapun, Berita Semasa dimaklumkan kenaikan elaun perumahan naik ini akan untuk kalangan penjawat awam gred 41 ke bawah sahaja. Bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan pula akan mendapat tambahan 25 peratus dari Imbuhan Tetap Perumahan itu.

Bagaimana berpuas hati dengan berita kenaikan elaun perumahan kakitangan awam naik kali ini? Apa kata kakitangan kerajaan semuanya di sini?