Bayaran Insentif Wilayah JPA: Kadar BIW 2023 Terkini

Kadar Bayaran Insentif Wilayah JPA: Pembayaran BIW 2023 Terkini

kadar bayaran insentif wilayah 2023

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam(CUEPACS) sangat prihatin terhadap kos sara hidup penjawat awam di Malaysia.

BACA SINI >> Kadar elaun penjawat awam 2024

Beberapa elaun disuarakan bagi membantu penjawat awam dan menambahbaik kehidupan mereka, sebagai contoh Bayaran Insentif Wilayah, Bayaran Imbuhan Sara Diri dan banyak lagi.

Ini menunjukkan nilai integriti dan keprihatinan sebuah kerajaan terhadap masyarakat.

Jadual Kadar Bayaran Insentif Wilayah

Kadar Bayaran Insentif Wilayah (BIW) yang dibayar kepada pegawai kerajaan mengikut peratusan yang telah ditentukan oleh pihak Kerajaan berdasarkan lingkungan gaji seseorang pegawai.

pembayaran biw

Kadar bayaran ini berkuatkuasa dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012. Rajah di atas ini menunjukkan kadar bayaran terkini yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. 

Siapa Dapat Bayaran Insentif Wilayah

Bayaran ini diberikan kepada pegawai yang layak selaras dengan kelayakan yang tertakluk kepada tiga (3) keadaan pertukaran wilayah, termasuklah;

  1. Pegawai yang berkhidmat di Semenanjung berasal daripada Sabah dan Sarawak.
  2. Pegawai yang yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak berasal daripada Semenanjung.
  3. Pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak dan bertukar di negeri-negeri tersebut.

Walaubagaimanapun, bagi pegawai yang telah diberikan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) ini akan dikecualikan daripada menerima Bantuan Imbuhan Sara Hidup seperti yang tertakluk di bawah Perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005.

Pegawai kerajaan hanya akan menerima salah satu daripada elaun tersebut. 

Tujuan Pembayaran BIW

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa elaun yang akan diberikan kepada penjawat awam dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 dan dipinda beberapa kali dari semasa ke semasa.

Pekeliling ini berkuatkuasa dalam perlaksanaan pemberian elaun kepada para perkhidmatan awam. 

Antara elaun yang diperkenalkan ialah Bayaran Insentif Wilayah (BIW).

  • Bayaran insentif wilayah ini merupakan satu insentif atau elaun yang diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang bertukar wilayah.
  • Tujuan elaun ini diberikan adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan para penjawat awam yang rela bertukar wilayah untuk tujuan berkhidmat. 

SUMBER: https://docs.jpa.gov.my

Apa Itu Bayaran Imbuhan Sara Hidup Penjawat Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2019 memperkuatkuasakan pemberian Bayaran Imbuhan Sara Hidup kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pembayaran ini tidak tertakluk kepada pegawai yang bertukar wilayah.

Bayaran ini diberikan bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan taraf hidup penjawat awam supaya menjadi lebih baik.

Kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan adalah seperti pada Rajah 2.0 mengikut pejabat pegawai atau institusi pengajian pegawai bagi pegawai yang diluluskan cuti kursus jangka panjang dalam Malaysia sahaja.

Bagi kursus yang diluluskan untuk luar negara, mereka akan dikecualikan daripada elaun ini.

bayaran imbuhan sara hidup

Kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup ini dibayar kepada pegawai yang berkhidmat atau bekerja di kawasan-kawasan yang telah disenaraikan seperti pada Rajah 3.0. Ianya terbahagi kepada dua (2) kawasan iaitu Kawasan A dan Kawasan B. Kawasan yang tidak tersenarai di dalam Rajah 3.0 diklasifikasikan sebagai kategori Kawasan Lain.

bayaran imbuhan penjawat awam

Siapa Yang Dapat Pembayaran Bantuan Imbuhan Sara Hidup

Bayaran Imbuhan Sara Hidup hanya tertakluk kepada individu pegawai yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Pekeliling daripada Kerajaan. Pegawai perkhidmatan awam yang layak untuk menerima Imbuhan Sara Hidup ini adalah mereka daripada golongan seperti berikut;

  1. Pegawai yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana iaitu Kumpulan Gred 41 dan ke atas seperti Pegawai Kewangan Gred 41, Akauntan Gred 41, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan banyak lagi.
  2. Pegawai yang memegang jawatan tetap, sementara, kontrak dan guru interim.
  3. Pegawai yang diluluskan cuti bergaji penuh.
  4. Pegawai yang mendapat cuti separuh gaji dengan kadar separuh.
  5. Pegawai yang diluluskan cuti belajar dengan kadar bergaji penuh yang dibayar mengikut tempat institusi pengajian di dalam negara.
  6. Pegawai yang lulus cuti belajar dengan kadar separuh gaji mengikut lokasi institusi pengajian di dalam negara.

Tambahan pula, bagi pegawai yang layak memenuhi syarat-syarat di atas juga akan diperuntukkan Rumah Kerajaan seperti berikut;

  1. Kediaman atau rumah kerajaan yang terletak dalam lingkungan 25 kilometer radius daripada tempat kerja dan dibayar atas kadar separuh daripda kelayakan pegawai.
  2. Kediaman atau rumah kerajaan yang terletak melebihi 25 kilometer radius daripada tempat kerja dan dibayar dengan kadar yang penuh kepada pegawai tersebut.

Siapa Yang Tak Layak

Namun, bagi pegawai yang tidak layak mendapat bayaran imbuhan sara hidup adalah golongan pegawai seperti berikut;

  1. Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang memegang Jawatan Strategik, Pakar dalam Kelayakan dan Pakar Bidang Khusus.
  2. Pegawai di bawah lantikan Service for Contract.
  3. Pegawai yang mendapat Bayaran Insentif Wilayah.
  4. Pegawai yang memangku jawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
  5. Golongan pegawai yang berada di dalam Skim Saraan Agensi yang diasingkan daripada pengurusan saraan.
  6. Pegawai yang mendapat Elaun Perbezaan Sara Hidup.
  7. Pegawai yang mendapat kelulusan cuti belajar selama satu (1) tahun di luar negara.
  8. Pegawai yang bercuti tanpa gaji.
xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia