≡ Menu

Elaun Perumahan Wilayah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak


Elaun Perumahan Wilayah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Jikalau anda merupakan kalangan kakitangan awam dari Semenanjung Malaysia dan berkhidmat di Sabah atau Sarawak, anda layak menerima apa yang dipanggil sesebagai elaun wilayah.

elaun perumahan wilayah

Begitu juga jikalau anda merupakan penjawat awam yang berasal dari Sabah atau Sarawak tetapi bekerja di Semenenjung Malaysia, anda juga layak menikmati elaun perumahan wilayah atau singkatannya EPW.

Walaubagaimanapun anggota Polis Diraja Malaysia ataupun Angkatan Tentera Malaysia ATM sama sekali tidak tergolong kumpulan yang boleh menerima elaun ini.

Ini bermakna, jikalau anda sudah menerima elaun ini, anda sama sekali tidak layak menerima imbuhan tetap perumahan atau ITP.

Apabila anda sudah menerima elaun ini, anda sama sekali tiada akses untuk tinggal di kuarters kerajaan sepanjang berkhidmat dalam kerajaan Malaysia. Begitulah sebaliknya.

Jadual Kadar Baru Elaun Perumahan Wilayah

Tidak kira di mana penempatan anda samada di Sarawak, Sabah, Selangor, Johor, Perak, Melaka, Terengganu, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perlis, Kedah dan juga Pulau Pinang, semuanya boleh anda semak berapa yang anda boleh dapat elaun tambahan pada setiap hujung bulan

Sebenarnya pada hari anda melaporkan diri, anda boleh terus sahaja menikmati kemudahan elaun seperti ini. Untuk borang permohonan, anda boleh DOWNLOAD di sini di mana borang ini boleh diisikan apabila anda sudah mula diarahkan untuk berpindah wilayah.

etw

Manakala panduan untuk semakan kelayakan untuk elaun perumahan wilayah dan imbuhan tetap perumahan boleh anda semak pada jadual yang dikongsikan di bawah ini

itp