Elaun Cola Kos Sara Hidup Naik. Terakhir Pada Tahun 2012!


Elaun Cola Kos Sara Hidup Naik. Terakhir Pada Tahun 2012!

Kali terakhirnya elaun kos sara hidup naik adalah pada tahun 2012.

Elaun cola

Pada masa itu, sedang gegak gempita majoriti penjawat awam di Malaysia yang menolak sama sekali cadangan kerajaan Malaysia yang mahu memperkenalkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Kerajaan telah mengambil keputusan drastik yang mana SBPA telah pun dibatalkan. Malah pada pengumuman yang sama, kerajaan Malaysia telah umumkan elaun cola penjawat awam naik.

Semestinya ia memberikan kegembiraan kepada kalangan kakitangan awam di Malaysia, pada masa itu

Kadat Terkini Elaun COLA


PerkaraKadar lamaKadar baru
kadar bagi kawasan ARM300 sebulanRM300 sebulan
kadar bagi kawasan BRM200 sebulanRM250 sebulan
kadar bagi kawasan CRM100 sebulanRM150 sebulan

Tahun berganti tahun, dari tahun 2012 menganjak ke tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 adakah kerajaan Malaysia akan mengikut saranan dan desakan daripada pihak Cuepacs ?

Persoalannya sampai bila penjawat awam hanya berharap dengan kadar yang lama sedangkan hakikatnya hari ini kos sara hidup terus melambung tinggi. Semestinya kadar yang diberikan snagat tidak relevan dan munasabah.

P/S : Cuepacs sentiasa optimis dan sangat berharap agar elaun cola kos sara hidup diseragamkan ke seluruh gred. Tidak berbeza-beza seperti sekarang?