Elaun Bandar Kakitangan Awam di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh : RM400-RM500 Sebulan?

Elaun Bandar Kakitangan Awam di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh : RM400-RM500 Sebulan?

Dek kerana kos sara hidup yang terus melambung tinggi dan merasakan ada keperluan dan kehendak yang mendesak yang memerlukan kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dibantu segera.

elaun bandar

Cuepacs mahukan kerajaan memperkenalkan elaun baru khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar bagi menghadapi gelombang kenaikan kos sara hidup yang berlangsung “meriah” hari ini. Elaun baru tersebut boleh juga dipanggil dan dikenali dengan elaun bandar

Apatah lagi…

Apatah lagi melihatkan permintaan demi permintaan tinggi oleh kalangan majoriti penjawat awam terutamanya yang tinggal di bandar mahukan elaun rumah dinaikkan masih lagi tidak diendah dan dipedulikan.

Butiran Cadangan Elaun Baru Kakitangan Awam : Elaun Bandar

Berdasarkan laporan berita Utusan, Presiden Cuepacs mahukan :

  1. Elaun baru khas ini yang dikenali elaun bandar dicadangkan untuk diperkenalkan antara RM400-RM500 sebulan
  2. Elaun bandar kakitangan awam bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dihadapi penjawat awam, terutama yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh.
  3. mengelakkan kualiti kerja kakitangan awam terus terganggu dek kerana pilihan kalangan penjawat awam yang melakukan pekerjaan sampingan dalam mendapat pendapatan tambahan apabila mereka tinggal di bandar

P/S : Apa respon balas 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia dengan cadangan elaun baru  (elaun bandar) untuk anda kali ini? Setuju atau tidak?