≡ Menu

Nilai Eksport Malaysia Jatuh dan Pelaburan Asing Lembap. Ringgit Malaysia Semakin Mengecil Dibandingkan Dollar Singapura & Amerika

Nilai Eksport Malaysia Jatuh dan Pelaburan Asing Lembap. Ringgit Malaysia Semakin Mengecil Dibandingkan Dollar Singapura, Amerika

Realitinya hari ini apabila anda berbelanja ketika berada di luar negara terutamanya di negara Eropah, Singapura dan di Amerika contohnya mahupun membeli barangan dari negara luar, kita akan melihat sendiri betapa kecilnya nilai ringgit Malaysia hari ini yang berada di tangan kita sekarang.

eksport malaysia

Harga minyak mentah turun di paras yang terendah sejak daripada tahun 2011 memburuk lagi keadaan terhadap nilai ringgit Malaysia pada ketika ini.

Pendapatan Malaysia bersumberkan dan bergantung harap kepada minyak sahaja sudah meliputi 30%. Jadi kejatuhan harga minyak mentah dunia memberikan implikasi buruk kepada pendapatan dan pulangan pendapatan kerajaan bagi menguruskan negara.

Dan tekanan semakin hebat terhadap kadar dasar semalam (BNM OPR) yang masih lagi bertahan pada kadar 3.25 mata oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini untuk dinaikkan kepada 3.5 selepas ini.

Malaysia Paling Terjejas Teruk? Eksport Malaysia

Nizam Idris yang merupakan Ketua pendapatan tetap dan strategi mata wang, Macquarie Bank Ltd mengatakan Malaysia adalah satu-satunya negara yang eksport bersih minyak di rantau Asia Tenggara yang paling terjejas teruk dengan kejatuhan minyak mentah dunia sekarang.

ekonomi malaysia

Hari ini perkembangan ekonomi di malaysia telah bergerak perlahan pada suku terakhir selepas selepas nilai eksport Malaysia dan pelaburan asing terus lembap sekaligus dijangka rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan berita pengumuman subsidi yang ditanggung kerajaan Malaysia sekarang daripada masa ke semasa selepas ini.

  • Permintaan terhadapan produk dan barangan Malaysia mulai lembap dalam keadaan ekonomi dunia sedang bergelut dengan pemulihan global yang terumbang-ambing
    Manakala syarikat-syarikat terus bergelut apabila berhadapan dengan kos operasi yang lebih tinggi dek kerana kerajaan terus mengurangkan kadar subsidi di Malaysia

Dan penganalisis ekonomi terus menjangkakan yang mana ekonomi Malaysia akan terus bergerak perlahan pada suku tahun yang mendatang memandangkan ekonomi domestik juga telah mula merasai kesan-kesan fiskal yang mula diketatkan. Apa respon anda pula?