Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid

Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi hasil pandangan & penulisan salah seorang tokoh ekonomi iaitu Allahyarham Datuk Salleh Majid berkenaan ekonomi negara Malaysia sebagai panduan kita bersama.

ekonomi negara

Insyaallah, sangat menarik & bermanfaat untuk dikongsikan bersama….

Ekonomi Negara Malaysia : Daya Saing, Gaji Tinggi, inovatif Dan Kreatif

SAYA tertarik dengan hasrat untuk meningkatkan tahap gaji pekerja kita kepada tahap yang lebih tinggi. Maknanya gaji pekerja kita lebih tinggi daripada sekarang. Ini sesuatu yag sudah lama patut dilakukan.

Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja.

Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka. Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.

Kalau tengok Singapura, menteri mereka gaji paling lumayan. Perdana Menteri mereka gaji berpuluh ganda gaji Presiden Amerika Syarikat. Sebab apa? Sebab orang putih kata,

“kita bagi kacang, kita dapat monyet.”

Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah Malaysia naik gila-gila. Sebab apa? Bukan orang yang beli rumah nak duduk di rumah itu tetapi nak jadi bahan spekulasi. Masyarakat yang suka spekulasi ini, tahu-tahulah…

Pasaran saham pun orang Melayu mana tahu nak lakukan spekulasi? Naiklah melambung macam Repco dulu sampai RM150 sesaham. Bila tengok tiada isi, tapi orang kejar juga macam nak gila. Bila kita tegur jangan beli, dia balas balik menyembur kita mengatakan apa kita peduli, bukan duit kita. Inilah yang menyebabkan segala-galanya jadi bahan spekulasi.

Tengoklah ayam pun jadi bahan spekulasi. Kerajaan suruh turunkan harga pasal kita tahu orang takut makan babi, dia tak mahu. Bukankah biadab? Kita mesti ajar sikit mereka ini.

Macam juga yang jual rumah harga gila-gila.

  • Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung.
  • Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.
  • Berapa ramai orang yang beli rumah pertama terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu. Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

Cuba bayangkan dalam tahun 1978 beli rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, suatu kawasan perdana ialah RM60,080. Pada 1989, harganya RM200,000. Sekarang, cuba teka harga rumah yang sama, dinding sama, kawasan kecil sikit lagi batu-bata sama. Kalau tak ada RM600,000, jangan cakap.

Ekonomi Negara Malaysia : Perbezaan Pendapatan Tahun 1970 an VS Pendapatan Rakyat Malaysia Sekarang

  • Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000
  • Sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan.

Kononnya krisis, jadi kena kurangnya kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti. Sikap begini memang menjadi lumrah syarikat swasta. Sampai bila pun orang kita tak ke mana.

Kemudian kita berhasrat nak tingkatkan daya saing negara. Satu hajat yang murni.  Sekarang bandingkan negara kita dengan 134 negara lain :

  • Kita duduk nombor 21
  • Dua tahun lepas kita nombor 19
  • Empat tahun dulu kita nombor 16

Maknanya, kita dah jatuh. Laporan Daya Saing Dunia dari Switzerland (World Competitiveness Report) menyatakan orang yang buat bisnes dengan kita beri beberapa faktor yang menjadi penghalang utama. Bukan saya yang kata, tapi boleh laporan ini sendiri. 

  1. Nombor satu penghalang: Perkhidmatan awam yang kurang cekap
  2. Kedua, rasuah di Malaysia.
  3. Ketiga, jenayah dan kecurian (dua orang mengandung mati kena ragut, mat rempit menjadi-jadi, tengah tukar tayar, kena tembak di siang hari).
  4. Keempat, ketidakstabilan dasar (hari ini naik tol, esok tak jadi).
  5. Kelima, tenaga kerja yang kurang terlatih, bukan tak terlatih tapi kurang terlatih. Mana tidaknya, ramai orang Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebut saja rakyat mana – kita ada. Malahan ada kawasan yang dia kontrol

Jadi kita tengok jiran kita nombor lima. Rakyat dia satu per sepuluh daripada penduduk kita. Ini menunjukkan yang membuatkan sesebuah negara itu berdaya saing ialah bakat rakyatnya. Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing.

Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

Ekonomi Negara Malaysia : Produktiviti Perlu Ditingkatkan

Macam saya tulis dulu, kalau setiap orang pekerja tambah kerja 10 minit sehari, kalau tiga juta pekerja dah ada 20 juta minit bertambah. Ini tidak – terlekat dengan kesesakan lalu lintas saja berjam-jam. Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.

Di mana datangnya inovatif dan kreatif pekerja kalau tidak diberikan latihan? Latihan untuk jadi inovatif dan kreatif tak sama macam pergi kelas biasa. Inovatif dan kreatif guna otak sebelah kanan, logik, matematik dan hujah guna otak sebelah kiri. Jadi macam mana nak digerakkan otak sebelah kanan.

Memadaikah kalau dengan menyuruh jadi inovatif dan kreatif. Kalau dia segan nak baca buku, (rakyat Malaysia baca purata dua halaman setahun), yang ada pengetahuan mana nak dapat ilmu?

Pelatih yang bakal melatih inovasi dan kreativiti sendiri mesti dilatih dahulu. Macam tongkat ali dah bertahun-tahun di hutan kita, orang luar datang buat macam-macam dengannya. Kita yang tidak kreatif. Amang bijih pun boleh jadi bahan perkilangan tapi bank kita akan tolak sebarang permohonan berkaitan perkara-perkara sebegitu. Jadi, satu golongan saja nak jadi kreatif dan inovatif, tak jadi juga.

Bila orang bank kita tak biasa dengan sesuatu yang pelik sikit, bukan dia nak cari pakar dalam bidang pelik tersebut, dia akan senang sahaja tolak permohonan.

Dunia sekarang, dunia pengetahuan. Ekonomi sekarang, ekonomi pengetahuan K-ekonomi. Kita sudah siapkah nak pindah kepada K-ekonomi? Inovatif dan kreatif bukan lagi K-ekonomi tetapi era konsep atau dunia konsep. Di mana kita dengan nanoteknologi misalnya?

DATO’ SALLEH MAJID ialah Felo Utama
Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Pihak Berita Semasa tidak mengubah sebarang idea & corak penulisan beliau. Kami hanya menyusun setiap penulisan beliau dalam rangka yang mudah dibaca oleh anda semua

Dikesempatan ini, mari sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Apa yang anda baca di atas adalah hasil pandangan daripada penelitian & pengalaman beliau memegang jawatan yang besar di Bursa Malaysia dan tahu selok-belok ekonomi selama beliau hidup. Cuma  beliau bukan menteri yang “mencorakkan ekonomi negara Malaysia” sekarang ini.

P/S : Apa pula penelitian & pandangan yang anda ingin kongsikan merujuk kepada penulisan Allahyarham Dato’ Salleh Majid ini mengenai ekonomi negara Malaysia masa kini?



Share.

58 Comments

  1. Boleh di golongkan dalam golongan yang bijak. Segala yang disampaikan adalah benar. tapi…apakan daya, sudah 54 tahun

  2. Sgt setuju pandangan arwah..
    Syg.. Patut beliau jd menteri ekonomi, kewangan..
    Al-fatihah.

  3. bila baca kita tahu dan sedar.. tapi apakan daya kita hanya mampu mengundi.. yang membuat dasar & polisi dah tahu lama, cume rakyat je yang redha apa yang berlaku.. Sedar, geram sekejap.. dpt duit skit, bonus skit, baucher skit.. yang geram & sedar tadi dah terlupe.. itu kah rakyat Melaysia?

  4. sebab dari dulu dasarnya begitu.. inilah Malaysia ku ..

    selain aman dari peperangan, pembangunan pencakar langit dsb, banyak lagi aspek untuk menjadikan negara maju… espr minda dan pemikiran..

    aku rasa mcm sedih pun ada bila fikir2kan keadaan malaysia skrg ni…..
    banyak hasil bumi, berpendapatan tinggi tetapi??? bila kita lihat orang2 yang dibawah2, golongan yang dibawah…..yg di atas semuanya mengejar dunia… hmmm ..

  5. Gurkha Pencen on

    Aku setuju 102% atas pendapat pengarang di atas. Kesemua diatas adalah salah urus tadbir negara. Mereka ini sepatutnya beri laluan dah kepada mereka yang layak tapi dok ego nak kekal kan kuasa tapi hasilnya hampeh. Ambil contoh negeri Perak, sewaktu PR pegang tampok pemerintahan tak pulak nampak gunung gondol..Kini hampir semua gunung dah gondol atas alasan nak buat ladang rakyat. Kalau ikut kira dah kaya dah kerajaan negeri. Kalau search dalam Google Map kemudian zoom kat negeri Perak, hancus semua hutan simpan contoh kat Telok Rubiah, Kg. Sg Cermin Bendang Kering, pinggir Hutan Belum dah punah semua. Itu baru satu penggal aja, dah macam Kasim Baba aja. Lagi satu isu PATI ( PENDATANG TANPA IZIN ) Setiap kali lapuran yang mengatakan berjuta yang masuk ke Malaya, Pak menteri tak malu ke dengan negara jiran. Itu bermakna sistem pertahanan negara adalah paling lemah. Nasib baik PATI tu pikul kain pelekat jer kalau pikul senjata dah lama kita ditawan mereka. Kalau dicerita kisah PATI ini , kita ibarat pikul biawak hidup.
    1. Mereka ini tidak di suntik apa-apa pelalian sewaktu masuk ke Malaya. Kalau yang ada TB maka rakyat Malaya pun bakal kena TB. Kalau penyakit yang dibawak dari negara mereka , maka rakyat Malaya pun bakal kena penyakit tersebut. Kos ubatan bakal naik mendadak. Mereka boleh kerja kat restoran yang boleh jadi punca merebak.
    2. PATI yang tak bekerja ni banyak yang jual besi buruk, kutip sampah dan macam-macam. Pantang jumpa besi. besi penutup longkang,besi papan tanda dan macam lagi Kos repair tu kerajaan juga yang tanggung.
    3.PATI yang dok pinggir hutan pulak, selagi ada khazanah dalam hutan tu semua diorang bolot. Tongkat Ali, landak, pokok hutan buat hiasan taman habis dioerang sapu.
    4. PATI juga dok sapu subsidi kita. Minyak,gula,beras dan macam macam lagi malah subsidi air dan elektrik pun diorang sapu gak.
    5. Bila PATI ada, rakyat sendiri jadi terpinggir macam cerita terbaru ni pekerja tempatan diberhentikan tapi pekerja asing dikekalkan.
    6. Kadar jenayah meningkat bila ada PATI. Macam-macam cerita kita dengar. Pelabur pun takut nak datang jika jenayah tidak dapat dikawal.
    Banyak lagi kalau nak cerita pasal urus tadbir yang lemah ni…

  6. Pulau Kundur on

    saya sokong 100%. KENAPA saya sokong!!!!!saya salah seorang rakyat malaysia yang bekerja dengan sebuah syarikat yang dirasmikan oleh salah seorang menteri MALAYSIA,mempunyi saham di papan utama,syarikat tempatan,tokey tempatan, product ANTARABANGSA.SYA bekerja sebagai QA/QC ENGINEER,BERTANGGUNGJAWAP terhadap projek RATUS JUTA,RATUS JUTA, RATUS JUTA, bukan RATUS RIBU.tempoh bekerja,melebihi 15thn,TAPI TAPI TAPI TAPI??????????GAJI YANG SAYA DAPAT HANYALAH RM2000/BLN belum tolak epf/socso/cuti.
    DENGAN INI SAYA BETUL BETUL MINTA TOLONG TAK KIRA DARI PIHAK MANA,,,,,,,,UMNO,PAS,PAKATAN,DAP,ULAMA ULAMA,MUFTI MUFTI,GENSTER,BAPAK BAPAK MENTERI,SULTAN SULTAN,RAJA RAJA,TAK KIRA LAH SAPA PUN.TOLONGLAH TOLONGLAH TOLONGLAH,SAYA DAH TAK TAHU NAK MENGADU ATAU MINTA TOLONG PADA SIAPA LAGI,DIATAS SEBAB RAMAI YANG MAMPU MENDENGAR SAHAJA,TAPI TAK MAMPU NAK MENOLONG.///////////////////////////////////////////////////////////// //////KERJA SEMAKIN CANGGIH—-HIDUP SEMAKIN MENDERITA/////////ni yang RAJA RAJA MELAYU mahukan ke!!!semakin hari MELAYU semakin MERUNDUM–lama lama BUNGKAM.

  7. Dah lemauuu, kerana hidup lena dgn subsidi, complacency, rasa hidup ‘ketuanan’ sampai lupa dan tak sedar diri dan diulit mimpi hanya dengan kata2 puji dan cerita sensasi yg membawa negara di tahap ciptaan kita sendiri. Saya pernah mencabar rakan2 penjawat awam utk tingkatkan pengetahuan diri namun tiada sahutan kerana MBA/PHD tiada kenaikan pangkat atau gaji. Sebut inovasi, kreativiti dan teknologi; majikan kata membuang masa dan menambah beban je..cukuplah dgn apa yg ada..dasar saya yg menurut perintah..u jgn byk cakap, nnti frozen mcm dok lokap. Belajar tinggi2, ide melimpah ruah tapi tak bole implementasi, nnti mereka marah. Alfatihah buat yg saya sanjung tinggi, Arwah Dato’ Salleh Majid.

  8. Perkara pertama yg perlu diperbaiki adalah gaji. Gaji yg tinggi kunci semua nya. Sebab apa, gaji naik, perbelanjaan naik (pendapatan boleh guna naik), pendapatan naik (pendapat firma naik),cukai naik(pendapatan kerajaan naik)….kan. .Kan . .Kan

  9. Jin kecoh kacau kampung (JKKK) on

    Kerajaan memang selalu takkan terima pendapat orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Pendapat Dr. Salleh ni logik dan berfakta. Dalam bidang pendidikan sebagai contoh, pakar pendidikan mengatakan PPSMI tak perlu dibuat, tapi kerajaan tak dengar. Sekarang ni apa jadi? Begitu juga dalam bidang sukan negara….jadinya,bila nak negara kita nak maju dalam berbagai bidang kalau kita tak mau dengar cakap orang yang berilmu dan berpengalaman? PUNCANYA KENAPA? SEBAB CAMPURTANGAN DARI ORANG POLITIK YANG MENYALAHGUNAKAN KUASANYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI.

  10. “Orang Melayu mampu bersaing dengan bangsa lain tetapi mereka takut gagal, tak yakin pada diri sendiri, takut bersaing, gagal meneroka bidang baru dan berhasad dengki sesama sendiri. Inilah faktor yang menyebabkan mereka tertinggal dalam bidang ekonomi berbanding kaum lain.”

    -Datuk Salleh Majid

  11. jack sparrow on

    Masih terlalu ramai lg rakyat malaysia yg bahalol, x nk guna otak yg Allah anugerahkan utk berfikir….negara yg almost totally complete dr segi sumber yg Allah berikan, negara yg bertuah ttp sayang pemimpin dr golongan binatang ternak….
    mcm datuk salleh majid pn sama, bila bersara dh x pegang jawatan baru dgr kritikan, ketidakpuasan hati tp dimana suara anda sms memegang jawatan?
    Ramai yg melalak slps pencen @dberhentikan…

  12. sistem pendidikan kita yang tak fokus pada pembangunan kreativiti di tambah awal2 lagi di momokkan dengan ‘jangan lawan cakap cikgu’

  13. nak bagi contoh kat sini, beza negara kita dengan negara luar conthnya
    kalau yang kerja dgn petronas semuanya boleh bermegah-megah dengan title PETRONAS contohnya dan dan gaji lumayan diorang

    tapi bila tahun lepas sadik saya ke Qatar atas urus kerja
    meeting dengan Qatar Petroleum, suprisingly org melayu malaysia yang chair the meeting, and he is ex Petronas and he claimed, gaji petronas is the lowest in the world within O & G industry..haha
    anda fikir, apa yang saya fikirkan ms itu?

  14. YA…aku setuju sgt2…meneri2 skg ni..bukan yg dulu2…byaknye buat semak negara je…bukan byk sumbgn pada rakyat oun..tp tuk kpntigan diri je lebih….sebabnye RAKYAT YANG PILIH…kesimpulanya lu pikir le sendiri guna akal yang waras.bukan emosi dan politik yang akal sempit.

  15. Betul Juga on

    Cikgu baru tahu ke kijer Petronas murah je berbanding company lain dalam Oil&Gas? Saya dah lama tahu.

    Terpulang kepada individu untuk menentukan nak kijer di mana-mana. Memang lumrah untuk kita pergi ke tempat yang offer kita gaji lebih.

    Cuma sedih jugak bila mereka-mereka yang ex-petronas ni dulu sambung belajar pun dengan biasiswa Petronas atau JPA. Sama la yang berlaku dengan Pilot dan Engineer yang ditaja MAS, tapi akhirnya bekerja dengan aviation company yang lain selepas mendapat kepakaran.

    Dulu heboh dengan kes pelajar2 medic IPTA yang bila grad je terus pergi Singapore ramai2 sedangkan diorang belajar Medic dulu banyak dapat peruntukan dari kerajaan (Medic adalah course yang makan banyak kos dan paling banyak dapat peruntukan kerajaan). Kalau diorang ni awal2 lagi nak jadi doktor di luar malaysia, cubalah belajar Medic dengan actual cost.

    Akhirnya manusia akan nampak duit juga, termasuk lah yang berkata-kata dengan hadis.

  16. Sensasi sangat isu naik gaji. Orang kampung mata terkebil-kebil, mulut ternganga dengar orang bercerita pasal untung….para petani dan peniaga kecil tak ubah macam tu juga. Mengingati harga barang akan naik, hati gundah gulana. Kasian kan??

  17. Cikgu pegi la buat kerja sekolah jgn layan internet je. Kan cikgu beban banyak.

  18. habis tu sedara, nk beli makan pakai tmpt tinggal sume kn kena guna duit..bukan pakai daun je.

    itu hak memasing utk tentukan usaha apa yg terbaik utk masa depan memasing.

    dh kerajaan x reti nk jaga kepentingan dan kebajikan rakyat sebaiknya,x heran la ramai yg xnk balik!

    tenaga kita yg disumbangkan utk bekerja patut dihargai sebaiknya..kita ni semua bukan buat kerja kebajikan sepenuh masa

  19. x payah kita persoalkan mengapa best talent cabut lari..krn jawapannya dah ada..ya duit dan juga suara..kalu kat Malaysia yg senyap dan yesmanlah (kononnya setia) yg cepat naik dan meneruskan agenda berpolitik ‘tin kosong’, sembang deras..tu la syarikat Malaysia x leh pegi jauh kecuali dibantu oleh consultant luar negara..realitinya skrg, perlu High Income..no wonder, Jawatan Premier SBPA gaji beso utk offer kpd Best Talent..tapi yg tukang merangka pun tumpang sekaki makan free :)

  20. percayalah sdr jack sparrow, sapa yg angkat suara nnti kena gam, kuarantin..nak jadi whistleblower, karang kena blow dgn C4 pulak :) so, eloknya calm down and patience, kena timing dgn waktu dan platform yg sesuai..Cth di gomen pun ada dato’ di frozen, pakar2 polisi yg diletak pada posisi mengajar dan buat keputusan..sesetengah theses phd mrk tersimpan, walaupun ada action plan yg berkesan..saya amat berharap GTP iaitu transformasi gomen dpt mengubah senario skrg..

  21. agenda politik mempunyai sejarah berakar umbi, memperjuangkan kepentingan tertentu spt yg kita dapat lihat senario politik negara skrg..ada yg terkorban, penghinaan dan dipenjara kerananya..perlu sorang pemimpin yg bole menyatupadukan politikus2 ini, agar duduk sebumbung dan hadapi realiti ekonomi dunia skrg, itulah yg idealnya.

  22. sudah sampai masanya utk berubah..kita beri mandat kpd pemimpin baru utk membela nasib rakyat,menjalankan amanah rakyat mentadbir negara dengan amanah, telus dan mengutamakan rakyat..kita sebagai rakyat mempunyai kuasa 5 tahun sekali utk menentukan nasib kita..gunakanlah kuasa ini utk kesenangan dan kesejahteraan hidup di negara malaysia yg tercinta ini..

  23. Tok Berjanggut on

    sokong, masalah besar selepas salah urus negara ialah PATI. PATI ni bawak masuk penyakit, gaji RM300 pun mereka ambik sebab time malam boleh buat part time menyamun dan merompak.

  24. Menteri Gila Harta on

    Cubalah mintak tolong dengan ALLAH ke…. Simpati aku tapi janganlah macam kau ni kes pesakit wad psikiatri.

  25. raja melayu?bukan aku ni penderhaka,tapi pada pandangan aku, raja-raja ni hanya ada satu fungsi penting —adanya diorang menyebabkan “melayu” ada jati diri,ada sesuatu untuk dipegang…
    tapi selain tu,cuba tengok harta sensorang…aku amat terpegun dengan kenderaan2 yang dimiliki oleh sultan johor(sultan lain aku x tahu),sultan bola yang dok oversea,jarang2 balik ke negeri baginda sendiri…amat kecewa dengan isu pembalakan,sbb aku rakyat bawahan hanya boleh tengok tiap2 ari melambak lori balak melintas segamat-pahang nih…mereka terlalu kaya,orang kata prihatin nasib rakyat,setakat perabih duit dok wat aktiviti kembara,apakata salurkan bantuan betul2 ke rakyat yang susah…

  26. tipu ar kalo dh kje 15 tahun xde increment..melainkan ko dtg keje,bancuh kopi,bukak tenet men facebook smpai abis keje..mmg segitu la gaji..bincang la..ko yg xberani..aku relax je mintak revise gaji, xdpt nek,blah la cari company len..dulu bidang aku(IT) sume dok kutuk kata m’ganggur..skrg ni IT la antara yg org cari..=)

  27. Salam..
    Sekadar pertanyaan, rasanya ramai sedia maklum dengan kenyataan Arwah mengenai pelbagai masalah yang menyebabkan birokrasi melanda perkhidmatan awam…
    Cadangan yang selalu diberikan adalah tukarlah kerajaan dari BN ke PPR…
    Ok, tukar boleh…Lima tahun sekali tetapi dengan penukaran kerajaan adalah masalah2 negara akan terhapus atau sekurangnya berkurangan…

    Sebagai contoh, masalah PATI… PR tidak menyatakan berkenaan cara penyelesaian jika memang nanti, begitu juga kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, belum lagi kaedah untuk mengurangkan karenah birokrasi Perkhidmatan Awam yang semakin pelik2…
    Kot nak kurangkan bilangan pekerja awam… Rasanya kurang sesuai..tak tahu ler…

    Kawan amat berharap memandangkan kerajaan BN ini banyak masalah seperti artikel Arwah ini, maka pihak PR diharapkan mengeluarkan cara-cara untuk mengatasi masalah itu atau sekurangnya dasar sahaja…

    Barulah rakyat aau pengundi atas pagar akan yakin untuk bertukar kerajaan,… ini tukar tidak tukar ..masalah tidak settle jer… walaupon sedikit sebanyak kurang..

  28. aljonggang on

    bagus untuk pembuka minda rakyat Malaysia terutama orang melayu…..

  29. allahyarham adalah seorang yang bersifat terbuka dan out spoken. apa yang diperkatakan adalah benar belaka. Pandangan yang diutarakan beliau adalah hasil permerhatian dan pengalaman beliau sendiri. saya pernah bekerja di BSKL (sekarang Bursa Malaysia) di bawah pentadbiran beliau. tidak berkira dan tidak terlalu menjaga ‘prestige’. tidak kisah makan diwarung tepi jalan…..TETAPI setiap apa di lakukan atau beliau pandang akan mempunyai KENAPA, APA, SEBAB DAN AKIBAT, etc…… Saya sendiri pernah ditegur secara terus oleh beliau dan diberi sebab KENAPA saya ditegur???? Semoga beliau dicucuri rahmat AMIN……..

  30. Satu kenyataan yang cukup bermakna dan bertepatan pada masa kini. sesuai untuk direnungkan bersama dimana betul dan silapnya kerjaan dan rakyat M’sia amnya.

  31. Rakyat Malaysia toksah cakap banyak lah. Pi design dan buat dulu machine sendiri. Ni nak buat kilang, machine pun beli produk luar.

    Bila gaji tak naik, ada ati nak banding dengan Taiwan, Korea, Jepun, Cina, malah Thailand pun. Orang bukan Engineering sembang lebat especially rakyatnya yang perasan bagus. Bagi komen konon penuh ilmu di dada.

  32. saya juga berharap sekiranya masalah jenayah ini dimasukkan ke dalam plan perancangan PR supaya hidup rasa lebih selamat. Nak tinggal emak sorang2 kat rumah pun takut. Smp urusan kerja agak terganggu. Anakpun sukar bermain di luar. Masalah kedua kemalangan jalan raya…siapa yanga ada anak dan suami yang berulang agak jauh pasti cuak kalau mereka lambat balik. Buat masa ni hanya Allah saja tempat mengadu..tapi bertawakal mestilah selepas berusaha..

  33. betul kawna sokong ..

    Bukan setakat jenayah jer, semua bidang sekali.. buat siap2 , bentang sebagai manifesto…

  34. macam datuk salleh cakap melayu adalah penakut gagal, hasad dengki sesama sendiri, tak ada keyakinan diri…lain-lain

  35. “Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000
    Sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.”

    jadi kenapa jadi macam ini. kos sara hidup naik. rumah harga naik

  36. Saya setuju pandangan diatas bab PATI tapi bab pertahanan negara longgar saya kurang setuju kerana untuk menjaga pantai Malaysia dari Perlis sampai Sabah dengan kapal yg ada memang tak cukup. Nak belik kapal harga semuanya mahal kerana krj guna org tengah, krj tak percaya kepada anggota tentera yg buat kerja. Hanya satu pendekatan saja iaitu sekiranya terserempak dengan PATI yg masuk melalui laut sebolehxnya kapal TLDM atau APMM langgar saja bot PATI tsb buat seperti singapura sebab itu PATI tak masuk singapura. Nampak kejam tapi itu adalah pilihan jalan yg terbaik, tak siapa suruh PATI masuk kat Malaysia yg masuk semuanya adalah penjenayah kat negara asal. Jangan baik kepada org asing akhirnya rakyat sendiri yg menderita. Krj kena sedar, janga hanya levi yg sedikit sanggup gadai maruah negara. Fikirkanlah……….

  37. Tak ada istilah menderhaka dalam AL-Quran kepada Raja Melayu, Raja Melayu yg buat semua tu dan Tuhan tak suruhpun. Sepatutnya golongan ini tiru para Nabi kerana pentingkan rakyat dulu ini tidak rakyat yg kena jaga diaorg. Harta banyak tapi rakyat tetap miskin kerana semuanya mereka bolot, sepatutnya golongan ini tak perlu ujud kat Malaysia, tak ada faedahnyapun. Nak kata tolong melayu tak juga, nak kata jaga agama islam tak juga tapi krj yg perlu bayar gaji tanpa kerja pada diaorg. Islam dah bagi tahu tanpa usaha tidak akan berjaya, tak perlu ada raja melayu semua ni. Fikirkanlah…………

  38. Bukan takut gagal tapi semuanya R&D yg cerdik pandai Malaysia buat semua tak boleh keluar kerana Krj dah kata semua kena beli dgn negara luar jika tidak tiada perniagaan maka tiada cukai import, salah krj kerana buat perjanjian masa awal dulu. Lihat negara china semua org kata barang tak berkualiti tapi semua org kat seluruh dunia guna dan tiada masalah pun, barang kualiti pun ada masalah. Bukan rakyat tak yakin kepada keupayaan sendiri tapi krj yg tak nak itu berlaku. Fikirkanlah…………..

  39. Sebabnya org luar dah banyak kerja kat Malaysia, kenapa syarikat nak bagi gaji RM 2,000 kepada rakyat Malaysia kalau dia boleh bagi kat pekerja asing gaji RM 1,000 lebih baik dibagi kat PATI. Krj yg salah kerana import PATI masuk untuk dapat levi dan akibatnya rakyat yg menderita. Sebab tu gaji tak naik kerana terpaksa berkerja dengan gaji yg ada atau tak berkerja langsung, lagi susah. Fikirkanlah…………

  40. salah takbir negara…………….kebanyakan wang rakyat hbs.. mn pakar2 yg bntu mengurus wang negara…. sekarang banyak gn ‘politik wang’…’
    undang2 tidak telus sentiasa berubah2 wlaupun gn akta yg sm..kesalahan yg kecik hukuman paling besar mnkala kesalahan jenayah yg besar lg terang xle nak sorok2 hukuman xseberapa…
    wlpun PATI telah ramai kat M’sia msh ttp hndk ambil pekerja asing masuk.. pdhal dah berapa banyak wit negara digunakan untk menghantar pulang PATI yg xsah kenegara masing2….
    baik hati sgguh negaraku….

  41. 1. Macamna kerajaan import Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI)? Kalau kerajaan dah bagi permit tu, rasanya tu bukan PATI. Itu namanya Pekerja Asing.

    2. Ada ke PATI jadi akauntan?

  42. krj bukannya suka sangat dengan orang yg pandai nati miwm tokey. Dia suka orang yg bodo nanti senang nk diperbodo-bodokan.

  43. ketirisan, kebocoran,kebaziran ni dah berbuih kita semua sejak dulu lagi..tapi gomen kata diorang teror manage ekonomi, org lain tak pandai
    susah rakyat kalau dapat kerajaan bodoh sombong macam ini

  44. terbaiklah, puas aku membaca
    padat dengan informasi
    berita macam ini konfirm tak akan keluar kat TV3 tv3, Utusan

  45. competitor on

    Kat tempat aku kerja (sebuah outlet operasi makanan untuk hospital) hampir separuh warga kerja adalah Bangladesh.. Guess what? Mereka semua kerja full shif tiap2 hari. Sepatutnya kami ada kerja shif, tapi mereka taknak. Cuti rasanya sebulan sekali je. Akibatnya? Aku nampak staf aku ni mengantuk dan kurang produktif masa kerja..Dah la komunikasi dengan klien (pesakit) sangat lemah.. Faham2 la camna mereka berkomunikasi..?

    Pihak pengurusan ambil kesempatan nak ambil ramai staf Bangladesh sebab apa? Gaji lagi murah, dan staf sanggup kerja lebih…

    Oh sangat setuju part kesesakan lalulintas dan rakyat Malaysia malas membaca tu.

  46. Insan kurang pengalaman. on

    pela ko ni kaitkn raja2…cri kerja tmpt lain jela,lgi ko nk tggu smpi b,janggut la cmtu…kdng2 cian jgk ak tgk..

  47. tolongla naikkan gaji swasta …x tahan dengan kos sara hidup sekarang ni…akibatnya terpaksa melacur la hari2.

  48. rakyat biasa on

    haa bab thesis tu memang tol..walaupon nampak real apa yg diceritakan dalam thesis tuh, namun bagi menjaga periuk nasi “mereka” yang melimpah-limpah, “mereka” simpan thesis tu wat pekasam jek..takpon simpan sampai basi..hah

  49. rakyat biasa on

    betol2..contoh tengok prototype proton design berapi tapi bile kuar end product macam hampas tebu je..

  50. bukan salah kakitangan kerajaan tapi salah mereka juga yg gi sokong BN maka barang naik lah kalau sokong PAS (Pun Akan Senang)

  51. terengganu on

    aku pun heran………… hari tu, aku ada tanya dengan orang bangla/mynmar, aku tanya dia…….. harga minyak brapa satu liter kat negara dia org……….. katanya RM5 seliter, so aku tanya harga satu hidangan nasi campur brapa ??? kata mereka cuma RM2.50 sahaja. so aku cakap lah kat malaysia brapa ??? dia org kat mahal………… harga minyak murah, tapi harga makanan mahal……………. kenapa macam ni ya……….???? kenapa malaysia begitu terpangaruh dengan harga minyak……… sedangkan malaysia adalah negara kaya pengeluar minyak, yang mana hasil paling banyak negara ialah melalui cukai minyak………….?????pening?????

  52. terengganu on

    kakitangan kerajaan hanya mematuhi apa-apa dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan sahaja beb………. jangan lah asyik tunding jari kat kakitangan kerajaan jer…………. peranan rakyat lah yang lebih penting………….. yang ramai hanyalah rakyat………….ktgn kerajaan hanya 1.4 juta ajer…….. (kenaikan drastik dari 800,0000 ke 1.4 juta)……… kita menjalankan tugas berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan sahaja………… (kata pegawai kerajaan lah……. betul salah tak tahu lah………. kena tanya orang kerajaan lah …….)))

Leave A Reply