≡ Menu

Ekonomi Malaysia : Pertumbuhan Merisaukan. Perbelanjaan Lemah. GST Diturunkan 5 Peratus!

Ekonomi Malaysia : Pertumbuhan Merisaukan. Perbelanjaan Lemah. GST Diturunkan 5 Peratus!

Ketua ekonomi Alliance Bank, Manokaran Mottain satu nama yang tidak asing lagi di mana cukup terkenal dalam berkongsi pandangannya mengenai keadaan ekonomi Malaysia.

ekonomi malaysia gst

Kali ini beliau tampil menyuarakan pandangannya dengan apa yang sedang berlaku di negara kita terutamanya melibatkan aspek ekonomi negara.

Monakaran Mottain sama sekali tidak terkejut dengan pengumuman mengejut Bank Negara Malaysia BNM melalui Gabenor yang baru Datuk Muhammad Ibrahim untuk mengurangkan kadar dasar semalaman BNM OPR tetapi, beliau agak terkejut dengan pengumuman secepat ini.

Malah Manokaran Mottain turut menjangkakan yang Bank Negara BNM akan mengumumkan satu lagi pengurangan kadar dasar semalam OPR Malaysia selepas melihatkan beberapa data termasuklah perbelanjaan anda-anda semua rakyat Malaysia sekarang ini, sangat lemah.

Ini kerana pengurangan 25 mata OPR tidak cukup untuk mengkatkan kadar perbelanjaan di Malaysia.

  • pengurangan 25 mata – tidak cukup, sangat lemah
  • pengurangan 50 mata – cukup untuk sekurang-kurangnya meningkatkan perbelanjaan Malaysia

Kemungkinan pengurangan 25 lagi mata OPR akan berlaku pada suku pertama 2017.

Manokaran Mottain yang dilihat optimistik untuk separuh kedua tahun 2016, melahirkan kerisauan mengenai tahap perbelanjaan rakyat Malaysia sekarang ini yang mana diharap kalangan pakar ekonomi, perbelanjaan domestik dapat membantu merangsang ekonomi negara Malaysia sekaligus pulih daripada kelembapan pada separuh pertama tahun 2016.

  1. perbelanjaan runcit serdahana
  2. jualan kereta serdahana
  3. kredit pengguna serdahana

Manokaran Mottain menjangkakan untuk separuh kedua tahun 2016 tiada tanda-tanda pemulihan melihatkan ekonomi luar negara yang agak lemah termasuklah :

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia VS Ekonomi Dunia?

  1. permintaan yang semakin lemah global daripada pasaran utama telah merencatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia
  2. IMF juga telah mengurangkan jangkaan kadar pertumbuhan ekonomi dunia daripada 3.6 peratus kepada hanya 3.1 peratus sahaja untuk tahun 2016 ini
    yang mengejutkan
  3. jumlah eksport malaysia jatuh ke paras negatif walaupun sepatutnya kita boleh melonjak lebih lagi dengan kadar matawang Malaysia yang lemah pada ketika ini
  4. Ekonomi negara maju agak perlahan tahun ini

Manokaran Mottain mencadangkan salah satu cara terbaik pada masa ini untuk meningkatkan kadar perbelanjaan di Malaysia adalah melalui usaha dari pihak kerajaan iaitu dengan mengurangkan kadar GST malaysia daripada 6 peratus kepada 5 peratus

  • Kutipan GST melebihi daripada jangkaan
  • Cukup untuk mengekalkan kadar fiskal yang ditetapkan awal
  • Ini kerana harga minyak dunia yang diunjurkan pada waktu pembentangan Bajet adalah sekitar 35 dolar setong untuk tahun 2016. Hakikatnya harga minyak dunia masih lagi berlegar di paras 40 dolar setong ke 50 dolar setong.

Persoalannya adalah kerajaan Malaysia bersedia “berkorban” untuk rakyat Malaysia?

P/S : KerisauanKetua ekonomi Alliance Bank berasas melihatkan sebahagian data-data yang Berita Semasa kongsiakn seperti di bawah ini: