Efes Ptptn Online : Semakan Penyata Baki dan Bayaran PTPTN?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Efes Ptptn Online : Semakan Penyata Baki dan Bayaran PTPTN?

Kalau dahulu semasa melajutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi menggunapakai kemudahan pinjaman PTPTN, kaedah cukup leceh.

efes ptptn

Anda sudah boleh sekarang ini membuat bayaran PTPTN dengan cara lebih mudah dan senang dengan menggunapakai kemudahan yang disediakan di Efes PTPTN atau dikenali dengan e-Financing Educational Solution

Selain itu juga ia menyediakan kemudahan membuat semakan penyata baki PTPTN anda tanpa perlu lagi menunggu surat daripada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional seperti sebelum-sebelum ini

Kemudahan dan Perkhidmatan EFES PTPTN Online?

  • Kemudahan semakan kira-kira akaun pembiayaan pendidikan, semakan penyata baki
  • Anda juga boleh terus buat bayaran PTPTN secara online samada akaun bank anda baik daripada Bank Islam, CIMB Bank, Public Bank, Maybank, Hong Leong, RHB Bank

Perkara Butirannya
Semakan Penyata Baki Online EFES PTPTN KLIK SINI
Semakan Baki Secara SMS PTPTN<JARAK>NOPIN<JARAK>NO. KAD PENGENALAN
CONTOH : PTPTN NOPIN 1234567890
Kemudian hantar kepada 33199.
Setiap yang berjaya dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.50. Perkhidmatan semakan no pinjaman PTPTN ini beroperasi selama tempoh 24 sehari.
Semakan Baki dengan Pegawai PTPTN Ataupun; hubungi talian hotline PTPTN 03-2080 4455

Perkara Butirannya
Cara Bayaran Melalui Kaunter 1) Ibu Pejabat PTPTN
2)Pejabat PTPTN Negeri (Pahang; Perak; Kelantan; Terengganu; Melaka; Pulau Pinang; Sarawak; Negeri Sembilan dan Kedah)
3) One Stop Centre PTPTN; KL Sentral
4) One Stop Centre PTPTN; Putrajaya
5) Urban Transformation Centre (UTC)
6) Bank Islam Malaysia Berhad
7) CIMB Bank Berhad
8) Bank Simpanan Nasional
9) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
10) Pos Malaysia Berhad
11) Ibu Pejabat LHDNM
Cara Bayaran PTPTN Melalui Potongan Gaji a) Borang permohonan potongan gaji untuk bayaran balik PTPTN secara automatik boleh anda download dan muat dengan cara KLIK SINI
b) Pastikan anda hantarkan surat; emel; dan maklumat mengenai majikan; diri anda dengan lengkap ke Pejabat PTPTN yang berhampiran.
Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui Pembankan Internet 1) CIMB Bank Berhad (www.cimbclicks.com.my)
2) Maybank (www.maybank2u.com.my)
3) Public Bank Berhad (www.pbebank.com)
4) RHB Bank (www.rhb.com.my)
5) Ambank (www.ambankgroup.com)
6) Pos Online (www.posonline.com.my)
7) Bank Islam Malaysia Berhad (www.bankislam.biz)
8) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (www.irakyat.com.my)
Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui Pengeluaran KWSP a) Untuk pengeluaran KWSP bagi akaun 2; anda boleh semak Syarat-syarat pengeluaran; kelebihan bayaran balik Melalui KWSP dan juga kaedah permohonan dengan cara KLIK SINI
Cara Bayaran PTPTN Melalui Bank Draf a) Anda boleh hantarkan bank draf yang berpalang untuk bayaran balik PTPTN atas nama ‘PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL’.
b) Sila poskan ke alamat berikut:Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Lot G2; Tingkat Bawah; Wisma Chase Perdana; Off Jalan Semantan; Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur (u.p: Unit Terimaan)
Nota Tambahan Untuk Semakan Blacklist : KLIK SINI

Kalau yang tidak mampu untuk buat bayaran semula pinjaman PTPTN sekaligus pun, bayarlah sedikit demi sedikit setiap bulan.

Asalkan bayaran semula melalui kemudahan Efes PTPTN secara konsisten dan nama anda tidak dikenakan PTPTN blacklist sudah memadai.



Share.

1 Comment

  1. Ainur Balqish Binti Abd Basid on

    saya ingin tahu sama ada pinjaman ptptn saya telah diluluskan atau tidak .. dan saya harap pinjaman saya tidak lulus kerana saya sudah lama berhenti belajar di kolej saya .. tq

Leave A Reply