eCCRIS BNM : Semakan Secara Online oleh Bank Negara Malaysia
Mungkin ini satu berita kurang baik kepada penyedia laporan kredit dan kewangan di Malaysia seperti CTOS.

Jikalau sebelum ini, untuk mendapatkan laporan CCRIS BNM perlu pergi ke kiosk Bank Negara Malaysia. Ataupun anda boleh pergi ke mana-mana cawangan AKPK yang berhampiran dengan anda bagi mendapatkan laporan penyata CCRIS.
Ataupun juga terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapatkan laporan CCRIS melalui sistem CCRIS online.
Terbaru, Berdasarkan laporan mypt3 Bank Negara Malaysia telah melakukan tindakan pantas dengan kepantasan teknologi maklumat hari ini apabila mengumumkan sistem semakan CCRIS online dipanggil eCCRIS BNM.
Ini sekaligus membantu rakyat Malaysia melakukan semakan eCCRIS BNM online walaupun di mana sahaja melalui telefon pintar atau komputer anda.
Semakin mudah rakyat Malaysia untuk mengetahui tahap kesihatan kewangan dan kredit melibatkan samada pinjaman kereta, pinjaman perumahan mahupun pinjaman perniagaan yang telah anda lakukan untuk tempoh 12 bulan terakhir. Ia sekaligus membantu rakyat Malaysia menjaga tahap kewangan mereka daripada masa ke semasa.
Akses eCCRIS BNM secara online
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Semakan eccris secara online,KLIK SINI
[/table]
Cara Daftar Akaun eCCRIS BNM secara Online di AKPK
- Untuk daftarkan akaun eCCRIS BNM, anda perlu terlebih dahulu pergi ke mana-mana cawangan AKPK yang berdekatan dengan rumah anda
- Kakitangan yang bertugas akan mendaftarkan anda melalui pengesahan kad pengenalan. Mereka akan buat kerja mereka untuk proses pendaftaran
- Dalam tak sampai beberapa minit, anda akan menerima satu SMS ke telefon bimbit anda yang mengandungi PIN 6 digit.
- Nombor PIN ini anda akan gunakan untuk daftar bersama-sama nombor kad pengenalan untuk pertama kali daftar dan akses.
- Anda ikut sahaja turutan yang diberikan sehingga akan boleh mula akses tanpa sebarang masalah