≡ Menu

E Operasi Guru : Semakan Maklumat dan Data Guru

E Operasi Guru Online : Semakan Maklumat dan Data eoperasi kpm login keberadaan guru kementerian pendidikan malaysia

Sekarang ini setiap guru dikehenaki melakukan semakan dan kemaskini maklumat masing-masing di portal E Operasi bermula (tarikh adalah subejktif berubah daripada masa ke semasa).

e operasi guru

Untuk kepada yang yang tidak tahu lagi, apa sebenarnya yang ditawarkan melalui portal ini, maklumat dan info ini mungkin akan membantu anda. “Pelaksanaan modul eoperasi adalah bertujuan untuk pengurusan penempatan dan pertukaran guru mematuhi Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2010 berhubung kuasa penempatan dan pertukaran guru di bawah Sektor Operasi Pendidikan”

Sekarang ini kalangan guru-guru diminta melaksanakan pengemaskinian maklumat guru, kelas, murid dan subjek sekolah tuan melalui modul eOPERASI bagi pengiraan keperluan guru mengikut opsyen.

E Operasi Guru : Panduan Pengemakinian Maklumat Secara Online

KLik pautan di bawah :

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Login eoperasi,KLIK SINI
Tempoh Kemaskini,akan dimaklumkan daripada masa ke semasa
Panduan dan Tutorial E operasi,KLIK SINI BACA
[/table]

Jangan tidak tahu, selain daripada login melalui akses di atas, anda juga boleh akses melalui Sistem Pengurusan Sekolah SSP SSO yang mana di sana anda boleh juga akses APDM dan juga EMIS.

Berikut adalah panduan untuk melakukan semakan dan kemaskini

  1. Masuk ke laman www.apps.moe.gov.my/eoperasi/
  2. Daftar masuk menggunakan Username dan kata laluan masing-masing. Sekiranya terlupa, sila klik pada ‘lupa katalaluan’
  3. Sekiranya anda belum pernah menyemak atau mendaftar di EOperasi, sila daftarkan diri anda dengan mengisi borang online melalui ‘Pendaftaran Baru’.
  4. Setelah log in, sila semak dan lakukan pengemaskinian data Maklumat Guru anda. Setelah kemaskini, sila pastikan anda klik KEMASKINI bagi tujuan data disimpan dan diterima.
  5. Sekiranya maklumat yang ingin dikemaskini tidak boleh dibetulkan, sila isi borang pembetulan

Adakah kalangan guru-guru mengalami masalah sepanjang melayari dan menggunakan perkhidmatan ini yang disediakan oleh KPM Malaysia?

P/S: Berita Semasa menerima banyak aduan dan report yang mengatakan akses ke portal ini sangat menyusahkan. Mohon KPM mengambil tindakan penyelesaian sesegera mungkin. Apa kata dan respon balas daripada anda pula?