e filing LHDN 2018 : Semak Panduan Isytihar Hasil Cukai Pendapatan


e filing LHDN Malaysia 2018 Hasil Cukai Pendapatan. Semak Panduan DISINI!

Sistem e filing LHDN Malaysia melibatkan borang cukai tahun taksiran 2011 sudahpun dilancarkan bermula 1 Mac 2012 yang lalu.

e filing lhdn

Sekarang ini semuanya menjadi mudah di hujung jari.

Terkini, pembayar cukai sudah mempunyai akses dan b0leh untuk sertakan sekali Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun taksiran 2017 anda terus melalui kemudahan e filing LHDN melibatkan pelbagai borang seperti yang telah pun disenaraikan speerti di bawah ini :

  1. Borang E
  2. Borang BE
  3. Borang BT
  4. Borang B
  5. Borang P
  6. Borang M
  7. Borang MT
  8. Borang TP
  9. Borang TF
  10. dan juga Borang TJ

Jikalau dahulu ada yang sibuk bekerja dengan urusan masing-masing sampai masih tidak sedar akan keperluan membayar cukai pendapatan pada waktu yang ditetapkan.

Masakan tidak pembayar cukai kena beratur panjang untuk mengisi borang. Itu dahulu sekarang ini tidak lagi :

  • LHDN Malaysia dah pun sediakan sistem e filing LHDN Hasil (secara online). Lebih mudah!!
  • Terbaru Lembaga Hasil LHDN Malaysia untuk tahun ini, buat pertama kalinya menyediakan kemudahan pengemukaan borang nyata Cukai Pendapatan Individu bagi pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan (BE) melalui platform di peranti mudah alih.

Pertama Kali Guna Sistem eFiling LHDN Malaysia?

Jikalau anda baru pertama kali menggunakan sistem e filing LHDN Malaysia ini, apa yang perlu anda lakukan ialah membuat permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :

  1. No.Rujukan Cukai
  2. Alamat terkini
  3. Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
  4. No telefon
PerkaraButiran dan Pautannya
Tarikh Akhir Borang Nyata Cukai Pendapatan BNCPBorang E adalah pada 31 Mac 2018
Untuk anda yang tidak berniaga pada 30 April 2018
Borang B; P; BT; M; M; TP; TF dan TJ untuk anda yang urus perniagaan 30 Jun 2018
Permohonan No PINBoleh dibuat terus di LHDN Hasil; UTC yang berdekatan
Dokumen seperti salinan kad pengenalan/ No passport atau nombor polis atau nombor tentera dibawa sekali
Dapatkan borang permohonan No PIN (borang CP55D yang boleh anda dapatkan di kaunter LHDN hasil
Pautan E filing LHDNKLIK SINI
Senarai rebat dan pelepasan cukai pendapatanKLIK SINI
Masalah? HubungiPortal rasmi LHDN Hasil www.hasil.gov.my
Talian bebas tol: 1-800-88-5436

Ataupun anda boleh juga pergi sendiri ke pejabat LHDN bagi mendapat nombor pin untuk akses masuk ke sistem e filing LHDN Malaysia. Manakala pembayar cukai yang pernah menggunakan e-Filling boleh terus menyediakan :

Senarai Semak Semasa Isi E Filing LHDN

  1. Nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor pin
  2. Menyediakan dokumen penting seperti penyata gaji daripada majikan iaitu borang EA atau EC 
  3. Menyediakan segala resit dan dokumen penting untuk mendapat pelepasan cukai sebelum memasukkan data-data ke dalam e-Filling
  4. Tetapi, pembayar cukai seperti anda tidak perlu menghantar borang EA atau EC, resit premium insurans, resit pembelian buku atau perubatan.
  5. Dokumen sokongan berkenaan perlu disimpan selama tujuh tahun untuk memudahkan LHDN menyemak sama ada tuntutan itu adalah benar. Atau seelok-eloknya sehingga 12 tahun lamanya

Kemudian setelah anda berjaya mendapatkan no PIN tersebut, anda perlu :

  1. Tentukan anda pembayar cukai daripada kelompok yang mana satu. Samada (gaji/peniaga) ?
  2. Akses masuk ke laman web  dan portal Lembaga Hasil Dalam Negeri
  3. Pilih kelas anda. Samada anda – Be (gaji) ataupun B jika anda berniaga
  4. Jika anda penerima gaji pastikan kesahihan jumlah gaji anda sebelum masuk ke e-filing
  5. Jika anda peniaga (B) pastikan penyata akaun untung rugi dan Kunci kira-kira tersedia lebih awal sebelum masuk ke e filing LHDN Malaysia. Pastikan anda buat semakan melalui mana-mana akauntan terlebih dahulu, untuk membuat semakan sebelum akses masuk ke laman e filing LHDN Malaysia

P/S : Harap dielakkan untuk menunggu saat-saat akhir, barulah hendak bertindak untuk mengisinya. Akhirnya nanti apabila server e filing LHDN Malaysia “hang” anda juga yang akan berhadapan dengan masalah. Sementara keadaan masih lagi “terkawal” inilah, anda gunakan kesempatan dengan sebaiknya.

PP/S : Cara isi mestilah tepat dan terkini. Jangan tersilap ya.