e filing LHDN Malaysia. Hasil Cukai Pendapatan. Semak Panduan DISINI!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


e filing LHDN Malaysia. Hasil Cukai Pendapatan. Semak Panduan DISINI!

Sistem e filing LHDN Malaysia melibatkan borang cukai tahun taksiran 2011 sudahpun dilancarkan bermula 1 Mac 2012 yang lalu.

e filing lhdn

Sekarang ini semuanya menjadi mudah di hujung jari.

Terkini, pembayar cukai sudah mempunyai akses dan b0leh untuk sertakan sekali Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun taksiran 2015 anda terus melalui kemudahan e filing LHDN melibatkan pelbagai borang seperti yang telah pun disenaraikan speerti di bawah ini :

  1. Borang E
  2. Borang BE
  3. Borang BT
  4. Borang B
  5. Borang P
  6. Borang M
  7. Borang MT
  8. Borang TP
  9. Borang TF
  10. dan juga Borang TJ

Jikalau dahulu ada yang sibuk bekerja dengan urusan masing-masing sampai masih tidak sedar akan keperluan membayar cukai pendapatan pada waktu yang ditetapkan.

Masakan tidak pembayar cukai kena beratur panjang untuk mengisi borang. Itu dahulu sekarang ini tidak lagi :

  • LHDN Malaysia dah pun sediakan sistem e filing LHDN Hasil (secara online). Lebih mudah!!
  • Terbaru Lembaga Hasil LHDN Malaysia untuk tahun ini, buat pertama kalinya menyediakan kemudahan pengemukaan borang nyata Cukai Pendapatan Individu bagi pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan (BE) melalui platform di peranti mudah alih.

e Filing LHDN Malaysia Cukai Pendapatan. Pertama Kali Guna Sistem eFiling?

Jikalau anda baru pertama kali menggunakan sistem e filing LHDN Malaysia ini, apa yang perlu anda lakukan ialah membuat permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :

  1. No.Rujukan Cukai
  2. Alamat terkini
  3. Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
  4. No telefon

Ataupun anda boleh juga pergi sendiri ke pejabat LHDN bagi mendapat nombor pin untuk akses masuk ke sistem e filing LHDN Malaysia. Manakala pembayar cukai yang pernah menggunakan e-Filling boleh terus menyediakan :

  1. Nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor pin
  2. Menyediakan dokumen penting seperti penyata gaji daripada majikan iaitu borang EA atau EC 
  3. Menyediakan segala resit dan dokumen penting untuk mendapat pelepasan cukai sebelum memasukkan data-data ke dalam e-Filling
  4. Tetapi, pembayar cukai seperti anda tidak perlu menghantar borang EA atau EC, resit premium insurans, resit pembelian buku atau perubatan.
  5. Dokumen sokongan berkenaan perlu disimpan selama tujuh tahun untuk memudahkan LHDN menyemak sama ada tuntutan itu adalah benar. Atau seelok-eloknya sehingga 12 tahun lamanya

Kemudian setelah anda berjaya mendapatkan no PIN tersebut, anda perlu :

  1. Tentukan anda pembayar cukai daripada kelompok yang mana satu. Samada (gaji/peniaga) ?
  2. Akses masuk ke laman web  dan portal Lembaga Hasil Dalam Negeri
  3. Pilih kelas anda. Samada anda – Be (gaji) ataupun B jika anda berniaga
  4. Jika anda penerima gaji pastikan kesahihan jumlah gaji anda sebelum masuk ke e-filing
  5. Jika anda peniaga (B) pastikan penyata akaun untung rugi dan Kunci kira-kira tersedia lebih awal sebelum masuk ke e filing LHDN Malaysia. Pastikan anda buat semakan melalui mana-mana akauntan terlebih dahulu, untuk membuat semakan sebelum akses masuk ke laman e filing LHDN Malaysia
Perkara Butiran dan Pautannya
Tarikh Akhir Borang Nyata Cukai Pendapatan BNCP Borang E adalah pada 31 Mac 2017
Untuk anda yang tidak berniaga pada 30 April 2017
Borang B; P; BT; M; M; TP; TF dan TJ untuk anda yang urus perniagaan 30 Jun 2017
Permohonan No PIN Boleh dibuat terus di LHDN Hasil; UTC yang berdekatan
Dokumen seperti salinan kad pengenalan/ No passport atau nombor polis atau nombor tentera dibawa sekali
Dapatkan borang permohonan No PIN (borang CP55D yang boleh anda dapatkan di kaunter LHDN hasil
Panduan Terbaik Cara guna LHDN E-Filing KLIK SINI
Pautan E filing LHDN KLIK SINI
Senarai rebat dan pelepasan cukai pendapatan KLIK SINI
Masalah? Hubungi Portal rasmi LHDN Hasil www.hasil.gov.my
Talian bebas tol: 1-800-88-5436

P/S : Harap dielakkan untuk menunggu saat-saat akhir, barulah hendak bertindak untuk mengisinya. Akhirnya nanti apabila server e filing LHDN Malaysia “hang” anda juga yang akan berhadapan dengan masalah. Sementara keadaan masih lagi “terkawal” inilah, anda gunakan kesempatan dengan sebaiknya.






Share.

26 Comments

  1. Salam,

    saya agak khuathir menggunakan sistem berkomputer e-filing kerana setahu saya syarikat yang bertanggung jawab ke atas sijil digital adalah digicert. baru2x ini syarikat direvoke SSL mereka atas dasar implementasi polisi yang lemah. justeru itu saya sebagai pembayar cukai lebih merasakan untuk menghantar borang secara manual.

  2. abdullah ihlam on

    natasha,

    aku agak bersetuju dengan concern anda.
    erm mmg cara digicert berkerja x ikut prosidur. aku pernah berurusan dgn digicert dalam sistem akauntan negara penggunaan mykad. erm masa tu diorang x apply root cert expired walaupun dah lama patut apply fixed updates tu. apa lagi mengelupur la diorang bila sistem kitaorg tu melibatkan pembayaran gaji gov servant x dapat digunakan. patutnya sistem monitoring backend dapat highlight senarai root cert yang akan expired. sbb buat keje macam buat rumah kampung camnih la jadinya. tengah bulan pulak tu masa nak buat pembayaran gaji. mmg horror bekerja dgn syarikat ini. dah la masa tu bagi alasan ikut sedap je n tak minta maap secara rasmi. Isu SSL dan sijil digital individu pun x sure macamana prosidur dan polisi kat backend system diorang. kita pengguna bukan tahupun cara implementasi tu ikut polisi atau tidak. kalau kat US mmg dah tutup syarikat ini pasal isu SSL tempoh hari. tengok la apa yang terjadi sekiranya syarikat CA luar negara yang melanggar polisi atau prosidur. x sure apa peranan SKMM dan MAMPU dalam isu ini. Diorang nih paham ke idak isu ini?

  3. Saya sudah mengisinya,anda bila lagi?
    Nak tunggu last minute pastu server baru nak mengamuk?

  4. saya baharu sahaja selesai mengisi. mudah sahaja bila pakai efiling ni
    insyaallah dalam 2 minggu or less akan dapat cek refund kelak

  5. sebelum2 ni declare berasingan dengan wife
    tahun ni ingatkan nak declare atas nama aku
    which one better ye? siapa tahu?

  6. Azhar Tahir on

    sudah selesai ke lhdn untuk tunggakan 2010. lengang selengang-lengangnya.
    sesiapa yg nak buat clarifications ke, tuntutan ke apa ke, baik pegi sekarang.

  7. bila boleh dapat refund nie?dulu lepas 2 minggu submit, dah dapat surat dah..kali ini tarak…mcm tak nak refund jer?

  8. orang gomen on

    Nak tanya, kalau beli komputer thn lps mesti tolak pelepasan 2011 ke? Boleh ke kalau saya tak tolak utk 2011 tapi tolak utk pelepasan 2012 atau 2013? Sbb blh tolak 3 thn skali
    Lagi satu sport equipment tu blh tolak kan utk raket badminton/tenis? Kalau kasut sukan blh ke?
    Suami saya ada beli majalah lawak tiap2 bln tp dia tu tak pernah simpan lak resit..ni kalau kena bagi resit blh ke kita bwk je majalah2 tu ke LHDN sbg bukti? Kalau sape2 yang tahu mintak tolong bantu saya

    Tq in advance utk sapa2 yg blh tlg jawab..

  9. macamne nk buat klu dh terlepas tarikh wat penyata cukai pendapatan e filing..?tolong bagi info..risau dibuatnye…

  10. cindy Cheong on

    Maaf tahnu lepas saya pakai e-filing untuk submit income tax
    but i ter lupakan semua password . so how ?

  11. kenapa bila pendapatan bercukai melebihi rm35ooo maka dah x dapat rebat individu rm400?macam ni banyak le kena bayar….kalau nak bayar secara ansuran mcm mana caranya?

  12. saya nak tanya berapakah pendapatan minima bg lelaki yang sudah kahwin.gaji seth saya ialah 13,762. elaun 1,720.anak 10 orang.sbb kalau saya tak layak cukai isteri saya akan ambil semua plpasan anak

  13. faridah bt mahmood on

    baru selesai isi e-filing..mmg benar Y bercukai lebih rm35000 xdapat rebet..cian saya kne byr bnyak..tp nsib baik jg la beli komputer boleh latolak sikit…tp nk tanya la..kita byr zakat terus keindividu..xde resit..valid kr utk tolak cukai..saya bagi zakat seketul utk individu yg kesempitan nk byr bil hospital krn pmbedahan jantung coronory bypass..individu yg terima zakat sbgai saksi pun dh meninggal..hanya Allah jer saksi saya bayar zakat..

  14. 1. Saya mmg tak simpan resit pembelian majalah & perubatan
    2. Saya memang selalu tak ingat no paswod
    3. ada tak cara lebih mesra alam untuk mengatasi masalah ini

    realitinya mmg setiap kita akan beli majallah/buku/sakit so apakata LHDN terus tolak rm500 atau apa2 nilai tanpa resit dan ke dua…jadikan paswod no ic / yg lebih sesuai diingat oleh responden so tak de lah tiap2 thn dok minta benda yg sama….

    tq

  15. Saya nak Tanya tidak perkerja/ pendatan lagi apa saya kena buat bila nak submit income tax?

  16. Bobo Yeong on

    1) I just change my job in September 2011 so I have receive 2 EA for year 2011 from my ex-company & current company. How to I fill in the Rujukan Majikan No. E in the Borang BE column?

    My Action is:- I will in the ex-company Majikan No. E in my Borang BE for Year 2011.

    2) For this income tax Year 2012 – I forget to change the Majikan Number to my current working company in the Borange BE 2012. Borang EA is submitted. Could you please advise what should I do.

    Thank you.

  17. I boss, I have call in come tax office and no body pick up the calls for days and hours trying still the same.
    next sent email on password reset no respones.

    Any assistant please>, terima kasih and moga-moga tuan sihat selalu.

    016-886 7515

  18. salam..
    kalau tidak kemaskini masih ada
    peluang dapat kaa atau buat rayuan…..

  19. Maaf lari dari topik cik,sy ingin bertnya soal brim kelompok kedua sepatutnya sudah dapat 28feb tp knp smpai 2 mac masih belom dpat saya punya brim..bila sy col line bzy je nak katakn setiap minit setiap saat sy col ingin bertnya soal brim sy masih belum dapat sedangkan brim sy lulus..
    Nom ic saya 831010016231

Leave A Reply